22 Jun 2011

INTERLOK : KERAJAAN SETUJU CETAK SEMULA BALIK... DUIT LAGI...
abu nu'man22 Jun 2011 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mencetak semula novel Interlok yang menjadi teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk pelajar Tingkatan Lima, bagi meminda beberapa perkataan dalam novel itu.


Timbalan Menteri berkenaan Dr Mohd Puad Zarkashi dipetik Bernama Online berkata, keputusan itu ekoran aduan daripada guru-guru yang terpaksa melakukan sendiri pindaan tersebut dengan membuat tampalan pada perkataan-perkataan dalam novel berkenaan.

“Sebelum ini kita gunakan kaedah tampal perkataan-perkataan tersebut kerana kos dan perubahan tidak banyak sebab hanya sembilan muka surat sahaja yang terlibat,” kata beliau.

“Tapi oleh kerana sudah jadi isu, kementerian buat keputusan hari ini, untuk mencetak semula.

“Jadi buku itu akan gugurkan terus perkataan paria, tiada tampal-tampal,” katanya.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyatakan tentang rungutan guru-guru yang terpaksa melakukan sendiri pindaan perkataan dalam novel tersebut dengan menampal perkataan “paria” dengan perkataan lain yang sama maksud.

Menurut laporan itu, Puad berkata, penarikan dan pencetakan semula novel itu melibatkan 390,000 buah yang telah diedarkan di sekolah-sekolah menengah di zon tengah iaitu, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan dan membabitkan kos kira-kira RM1 juta termasuk kos penghantaran.

“Kita tidak mahu membebankan guru-guru dengan kerja menampal ini dan kita juga mahu buku itu nanti datang dalam keadaan bersih, tidak ada kesan tampal-tampal,” katanya.

Novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, menjadi kontroversi setelah diperkenalkan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk pelajar Tingkatan Lima kerana mengandungi beberapa perkataan yang tidak disenangi masyarakat India.

Kerajaan kemudian bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif itu.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.