GERHANA BULAN 16 JUN 2011.. TELUR AYAM PUN BERDIRI... SUBHANALLAH

Sebiji telur berada dalam keadaan berdiri ketika berlakunya gerhana bulan penuh. Apakah ertinya semua ini? Subhanallah!!!



Fenomena gerhana bulan penuh telah berlaku pada awal pagi Khamis iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.

Apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada 10 Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada awal pagi tadi.

# Fasa penumbra (P1) Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan Gerhana Bulan Penuh masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
# “Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.

# “Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi,”

# Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
 .. Penumbra jam 2.23 am

Gerhana Bulan Penuh 3.04 am




Klik link dibawah ini untuk menyaksikan  Live Video Webcasting dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.
.... tapi gerhana dacing takde ye...wakakakaka

Jika anda teringin melihat video gerhana bulan tersebut, sila layari Google.com dan lihat sendiri video yang dipasang pada muka hadapan Google. Video tersebut dikatakan kejadian sebenar gerhana bulan sebentar tadi yang berjaya di rakam di Dubai.

Ulasan

Catatan Popular