SPR TAK BOLEH HARAP!!!

Transparency International Malaysia (TI-M) menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

“Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang),” kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Ulasan

Catatan Popular