APA PUNYA DAKWAAN... ABDUL RAHMAN AS SUDAIS BAWA WAHABI KE MALAYSIA

Zamihan Mat Zin (gambo) yang merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Sheikh Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As Sudais cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan”. Beliau yang sebelum ini pernah mendakwa bahawa Dr Asri Zainal Abidin penyebar fahaman wahabi di Malaysia.


Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”

“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata... ada tangan... ada kaki... itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Ada yang mendakwa Zamihan Mat Zin Al Gua Musang Pakar Fitnah

(ini antara tuduhan beliau terhadap PMIUM bahawa PMIUM mengamalkan fahaman wahabi)

Ulasan

Catatan Popular