25 Jan 2011

PRK Tenang:Umpama el Classico Real Madrid vs Barcelona
Pejuang Muda25 Jan 2011 1 Komentar

ULASAN Pertembungan BN dan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang umpama perlawanan antara Real Madrid dan Barcelona di Stadium Barnabeau, Madrid, Sepanyol untuk perlawanan penentuan kejuaraan La Liga.

Bagi peminat setia kedua-dua pasukan itu, pertemuan itu adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia pasukan, apatah lagi Real Madrid bermain di hadapan penyokong sendiri.

Kedua-dua pasukan membarisi kesebelasan utama yang mantap dari bintang-bintang handalan dari segenap posisi sama ada serangan, tengah dan pertahanan serta penjaga gol bertaraf dunia.

Bagi Real Madrid, siapa yang tidak kenal seperti Higuan, Karim Benzema, Christiano Ronaldo, Gucci sehingga Iker Casillas. Manakala bagi Barcelona mereka menurunkan bintang seperti David Villa, Lionel Messi, Xavi Henandez, Carlos Puyol sehingga Victor Valdez.

NONEMaka BN, diumpamakan Real Madrid yang turun dengan kesebelasan yang mantap, apatah mempunyai kelebihan bertarung mempertahankan di kubu kuat, Tenang. BN mempertaruhkan Mohd Azahar Ibrahim, seorang bekas penolong pegawai daerah dan bekas bendahari Pemuda Umno Labis.

Manakala PAS diibaratkan Barcelona yang turun sebagai 'pasukan underdog' apatah lagi berdepan dengan ribuan penyokong lawan. Oleh itu PAS menobatkan bekas guru cemerlang dan ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman mewakili Pakatan Rakyat.

Kelebihan tuan rumah

Pada adat kata, selalunya tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mencapai kemenangan, tetapi ia juga harus berwaspada dengan taktikal pihak lawan.

Dengan mengetepikan andaian "bermain di atas padang tidak sama rata", pilihan raya kecil Tenang dilihat penting bagi kedua-dua parti khususnya kepada BN yang mahu mempertahankan kerusi tersebut yang dikuasai sejak dahulu lagi.

NONEManakala PAS dan Pakatan Rakyat juga mahu memenangi kerusi berkenaan bagi menambah suara pembangkang di DUN Johor seterusnya membuktikan momentum 'tsunami politik' pilihan raya umum 2008 masih lagi kuat selepas menang sembilan daripada 13 pilihan raya kecil.

Jika begitu, umumnya dalam situasi sebegini, perlawanan antara BN dan PAS bukan pertembungan angka atau jumlah kemenangan, tetapi
pertembungan strategi, taktikal dan corak permainan ketika berdepan dengan lawan masing-masing yang sama-sama handal.

Dalam separuh masa pertama, serangan BN terhadap PAS - beberapa hari sebelum penamaan calon - melalui jentera bahagian sayap kanan, MCA yang cuba merobek-robek pertahanan PAS melalui satu serangan - isu negara Islam.

Malah serangan tersebut, mendapat turut mendapat 'restu' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan "ada baiknya" masyarakat Cina dingatkan dengan perkara tersebut kerana PAS tidak meminda perlembagaan mereka berhubung perkara tersebut.

PAS memintas

Bagaimanapun, serangan itu dapat dipatahkan setelah pertahanan PAS 'merapati' isu berkenaan dan berjaya 'memintasnya' dengan sekadar berkata "itu isu lama" yang dibangkitkan semula, bahkan ia tidak memberi kesan kepada pengundi terutama kaum Cina.

tenang by election day 1 230111 normala greets tradersPenat dengan serangan yang tidak menjadi-jadi, BN menukar strategi dan taktikal dengan melancarkan serangan dari arah kiri melalui isu calon PAS - yang mesra dipanggil Cikgu Mala - melalui isu bahawa beliau enggan bersalaman dengan lelaki.

Serangan itu juga dimulakan sekali lagi oleh Chua Soi Lek melalui 'satu hantaran lintang' ke sebelah kiri yang disambut oleh rakan lain - Gerakan.

Bagaimanapun, PAS berjaya mematahkan serangan tersebut dengan 'bertahan' dan sekali sekala melancarkan serangan balas dengan berkata perkara tersebut adalah prisip agama dan wanita Muslim tidak dibenarkan bersalam dengan lelaki.

NONEMungkin strategi bertahan - buat masa ini - adalah yang terbaik di samping mungkin berbekal kata-kata azimat: "Istiqamah baru datangnya karamah".

Serangan yang bertali arus itu, gagal membuahkan hasil sehingga mendapat liputan meluas oleh media. Kebuntuan mencari gol, menyebabkan pengurus pasukan bangun dari tempat duduk bangku simpanan.

Kehadiran Timbalan Muhyiddin Yassin dalam 'walkabout' semalam bertemu masyarakat dan pengundi di DUN Tenang yang mahu "taktik dan strategi" mengenai isu bersalam ini dihentikan.

Teguran Muhyiddin

Sebaliknya, beliau menegaskan masih terdapat perkara lain yang harus ditumpukan "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan" kepada rakyat.

NONE"BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu.

"Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," katanya dalam satu sidang media di Tenang.

Teguran itu dilihat bukan sahaja kepada MCA tetapi kepada kepada parti komponen yang berada dalam gabungan BN.

NONEPemerhati politik melihat teguran Muhyiddin itu sebagai serangan dari PAS untuk mendapatkan gol di minit-minit akhir perlawanan separuh masa kedua. Teguran itu juga diumpamakan satu rembatan kencang 'ala Lionel Messi', melencong dan terkena pertahanan sendiri, lalu meniti masuk ke gawang sendiri.

Kedudukan berubah, 1 - 0, dan PAS menjerit "goool"! tanda kegirangan dengan jaringan itu kerana hasil bertahan dan sekali sekali melancarkan serangan pantas berjaya membuahkan hasil, tanpa 'bekerja keras' - buat masa ini.

Rebut peluang

Persoalannya sekarang ialah, berpeluangkah BN bangkit dengan strategi, taktikal dan mengubah corak pemainan yang masuk kepada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan walaupun tempoh berkempen masih lagi berbaki lima hari lagi.

tenang by election day 1 230111 normala sudirmanAtau mampukah PAS menggunakan peluang ini sekadar bermain bertahan sehingga tamat perlawanan, walaupun barang diingat BN mampu membuat serangan balas dalam permainan berbaki lima minit - masa kecederaan.

Apa sahaja boleh berlaku dalam masa lima minit, seperti mana berlaku dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah 1999 antara Manchester United dan Bayern Munich.

Bayern Munich mendahului hingga akhir perlawanan, tetapi akhirnya kecundang kepada Manchester setelah Teddy Sheringham dan Ole Gunaar Solksjear - masing-masing menjaringkan gol pada minit kecederaan.

Dan juga kita lupa,Real Madrid pernah kecundang teruk di tempatnya sendiri pada tahun 2008 2-6.Segalanya boleh berlaku...

p/s:Visca Barca,Visca PAS...

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. canggih ayat.... ceduk di mana??

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.