28 Okt 2010

Ku Li boikot majlis rasuah ‘mee segera’??? Kenapa???
KHAT KUFI on CANVAS28 Okt 2010 2 Komentar


Nampaknya BN tidak menghormati malah menghina peranan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil bagi DUN Galas apabila menjanjikan beberapa prjek ‘mee segera’ seperti pemberian rumah PPR kepada masyarakat Gua Musang, menjadikan Gua Musang sebagai ‘Kampung Wifi’ serta bantu kepada Orang Asli melalui JHEOA.

Bagi yang mengenali aspirasi Tengku Razaleigh yang selama ini kurang gemar dengan taktik rasuah, gula-gula dan janji-janji yang diamalkan oleh jentera BN sebelum ini pastinya ini merupakan syarat untuknya bersetuju menerima jawatan tersebut. Namun, ibarat semut dan gula begitulah BN dan rasuah yang tidak dapat dipisahkan lagi.

 gambar masa majlis rasuah PPR .. tiada kelihatan Ku Li ... yang ade Tok Pa... walaupun poster ade gambar Ku Li....

 
ni masa majlis rasuah 'kampung wifi'... Rais Yatim ngan Calon BN je... gambar yang dalam web kementerian rais yatim pun xde gambar Ku Li...


ni majlis rasuah kepada masyarakat Orang Asli... tak gak nampak Ku Li..

Dimanakah Ku Li????





(GAMBAR) JHEOA PULAK RASUAH DI POST BROOKE GALAS
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Rasuah seterusnya BN di Galas menerusi Kemajuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) (walaupun berita ini xde dalam web JHEOA) yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Post Brooke itu dihadiri masyarakat Orang Asli.


Turut hadir dalam Majlis 'rasuah' tersebut termasuklah Calon SPM BN DUN Galas, Aziz Yusof Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin, ADUN Nenggiri YB Mat Yusoff bin Abd Ghani, Ahli Dewan Negara Masyarakat Orang Asli dan beberapa pemimpin kawasan.

Beberapa rasuah BN diberikan kepada golongan masyarakat Asli ini:- 


Pemberian 200 unit Rumah PPR dan Projek Penambahbaikan 250 Unit Rumah Orang Asli.

Membekalkan 3000 jenset untuk mengatasi masalah bekalan elektrik.

Pemberian Mesin Rumput berjumlah 100 unit.

Pemberian 100 000 bekalan benih getah.


Bekalan tenaga solar sebanyak 1500 unit.

Selain itu, beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran berjanji akan meluluskan Projek Pembinaan Sekolah Menengah di kawasan Pos Brooke...  jika BN menang besar di DUN Galas.


Nampaknya sekali lagi SPR cuba pejam mata apabila dengan sikap BN yang mula merasuah dalam setiap kali pilihanraya... moga-moga Allah Taala bagipejam mata tersu sampai bila-bila baru tau....

AWAT LA WAKIL RAKYAT AKU (BN) TAK MATI... TIDAK MESTI BANYAK PERUNTUKAN AKU DAPAT MASA PRK...

ORANG BN BAGI APE KITA AMIK... YANG PENTING UNDI PAS

ISU RM4 BILLION : PEMUDA UMNgOk KELANTAN DAH XDE ISU...
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Nampaknya Pemuda UMNgOk Kelantan dah takde isu yang hendak dimainkan lagi rasanya... isu RM4 billion pulak nak dibangkitkan... isu tue dah lama SPRM dan Polis tutup buka...buang masa SPRM je nak siasat sebab cek tue pun bukannya dah clear... benda replika je... letak RM200  billion pun boleh.... budak lulusan 'SPM' pun boleh buat... baik suh siasat projek yang terang-terang umum kat Galas... lagi baik. Saya petik (dari blogger UMNgOk):-

Semalam 3.30 Petang - Bertempat di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan yg diwakili oleh Pen. Setiausaha Pergerakan itu, Che Othman Che Wil telah membuat laporan polis berhubung dengan sumbangan sebanyak RM 4 Billion yg didakwa telah disumbangkan oleh sebuah syarikat kpd Parti PAS berkaitan dgn Projek Super Mega Seri Tujuh.

(muka mamat mangkuk.. termasuk yang pakai topi tue...)

Che Othman yg turut diiringi oleh kira-kira 40 org anggota Pemuda Kelantan dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan bahawa laporan polis dibuat agar pihak berkuasa dapat menyiasat tentang kesahihan berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan imej sebuah kerajaan negeri Kelantan.
 
(klik untuk paparan yg lebih jelas untuk baca kebodohan UMNO)

GALAS : BANNER PROVOK BN... APA ADA HAL!!!
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

APAKAH KEJEDAHNYA PM INDIA RASMI 'LITTLE INDIA'?
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Apa kejadahnya PM India datang merasmikan 'Little India' di negara kita? Adakah Little India ini akan menjadi hub pendatang haram dari India? Adakah hanya semata-mata untuk kepentingan ekonomi dengan India, kita perlu berbuat demikian? Adakah selepas ini kita akan menyediakan tapak untuk Little China, Little Africa, Little Arab, Little Indonesia, Little segala macam Little? Dan setiap kali Perdana Menteri luar datang ke negara kita, pasti ada satu 'little hub' untuk negara mereka yang akan dirasmikan oleh mereka?


Apa rasionalnya Malaysia negara berdaulat meminta PM India merasmikan Little India? Mengapa Yang Dipertuan Agong tidak merasmikannya? Walhal rakyat di negara ini di bawah naungan Duli Tuanku. Tidak kiralah India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban, Bugis, Orang Asli dan sebagainya. Mengapa PM 1Malaysia terhegeh-hegeh meminta PM India merasmikannya? Adakah Little India itu suatu kawasan jajahan baru negara India?

Begitu juga kita pernah tertanya-tanya rasional tindakan Pak Lah Flip Flop yang meminta menteri dan pegawai Malaysia ke China meminta maaf dan memberi penerangan tentang salah laku polis yang membogelkan tahanan wanita yang dikatakan berasal dari negara tersebut. Walhal, selepas disiasat, wanita itu ialah rakyat Malaysia.Bukan saya mahu menyokong PDRM, tetapi tertanya-tanya tentang daulat negara ini.

Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, namun kadang kala kita hairan dengan gelagat dan sikap tidak rasional pemimpin negara yang menjatuhkan maruah dan daulat negara. Lebih menyedihkan, Malaysia tercinta ini juga sering mengalah dengan permintaan pulau kecil di selatan negara baik dari segi politik, ekonomi, dan perebutan kawasan jajajahan.

ISA : SUHAKAM SUH PM KAJI BALIK TAHANAN 7 PEGAWAI IMIGRESEN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa pentadbiran Najib agar mengkaji semula penahanan tujuh pegawai Imigresen dan suspek-suspek pemerdagangan orang atau penyeludupan manusia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.



Pegawai-pegawai imigresen yang ditahan itu dilaporkan bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang kerana terlibat dengan sindiket pemerdagangan orang.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya berpendirian penggunaan ISA terhadap suspek-suspek pemerdagangan orang tersebut jelas melanggar prinsip hak asasi manusia.


“Ini kerana terdapat undang-undang khusus yang tersedia ada bagi kes-kes pemerdagangan orang iaitu Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Hasmy juga berkata, Suhakam memandang berat penggunaan penahanan tanpa bicara dan menyarankan semula supaya semua tahanan ISA didakwa di mahkamah untuk menjamin pengadilan sebagai hak asasi manusia serta sebagai tindakan pencegahan jenayah yang berkesan.


“Tindakan menahan seseorang tanpa sebarang perbicaraan adalah bercanggah dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang memberi penekanan terhadap hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri, tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara arbitrari; dan setiap individu berhak kepada perbicaraan adil dan terbuka oleh tribunal bebas dan saksama.”


Pada 14 Oktober lalu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman ketika itu berkata, hukuman tahanan di bawah ISA ke atas tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia tidak harus dilihat sebagai hukuman berat.


Beliau berkata sebaliknya hukuman itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada berdasarkan bukti kukuh yang dikumpul polis.


“Biasalah pada kita yang tak tahu (hasil siasatan) ini, mesti kita kata keraslah, kejamlah dan sebagainya,” katanya.

27 Okt 2010

(GAMBAR) LAGI PROJEK MEE SEGERA UMNO DI GALAS
KHAT KUFI on CANVAS27 Okt 2010 0 Komentar

Nampaknya UMNgOk sekali lagi mengumumkan projek 'mee segera' dalam usaha merasuah masyarakat Galas apabila menjadikan Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program “Kampung Wifi” melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.


Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, Abdul Aziz Yusoff, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli dan ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.







sumber dari kementerian depa sendiri http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2140%3Amajlis-pelancaran-program-kampung-wifi-gua-musang-oleh-yb-dato-seri-utama-dr-rais-yatim-menteri-kpkk-pada-26102010&catid=16%3Acover-flow&lang=bm

GALAS : PENGANALISIS POLITIK RAMAL PAS MENANG KERANA....
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Penganalisis politik meramalkan keputusan pilihan raya kecil 4 November ini akan menyaksikan status quo dengan PAS boleh mengekalkan kerusi Galas.


“Kerusi DUN Galas akan kekal di tangan PAS ,” kata Dr Ong Kian Ming (gambar) pada sesi taklimat berkaitan pilihan raya kecil Galas di sini malam tadi.

Kira-kira 10 jam sebelum itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan status calon dengan DUN Galas menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
Menurut Ong, walaupun persaingan di Galas kelihatan sengit tetapi PAS akan mempertahankan kerusi tersebut.

“Saya meletakkan peluang 52 peratus untuk calon PAS menang di Galas dan 48 peratus untuk calon BN,” kata beliau.

Selepas proses penamaan calon semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu pemberita bahawa kempen pihaknya bergerak dari paras keyakinan 48 peratus untuk mencapai kemenangan di Galas.

PAS merampas kerusi itu buat julung kali dari tangan BN pada 8 Mac 2008 menerusi Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia bulan lalu.

Hari pengundian pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi ditetapkan 4 November.

Di DUN Galas, BN diwakili Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala Dr Zulkefli Mohamad, pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang mewakili PR.

Ong juga berkata, arah aliran sokongan pengundi Cina di kawasan DUN Galas akan kekal sebagaimana pernah disaksikan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum di mana undi mereka tidak memihak kepada BN.

Dengan mengambil kira arah aliran sokongan pengundi Cina ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang pada Mac 2009 dan Hulu Selangor April lalu, ahli akademik UCSI University ini juga melihat BN tidak akan menikmati perubahan besar citarasa di kalangan pengundi Cina.

Begitu juga kata beliau, isu gereja diroboh juga akan memberi impak dalam sokongan Orang Asli kepada BN di Galas.

Isu tindakan meroboh gereja Orang Asli di Pos Pasik dan Kampung Jias juga dikatakan boleh mempengaruhi undi mereka kepada BN walaupun Orang Asli dilihat sebagai “kubu kuat sokongan” bagi perikatan itu selama ini.

Kedua-dua Pos Pasik dan Kampung Jias terletak dalam bahagian DUN Nenggiri, yang dimenangi BN dua tahun lalu. Pada 2008, BN memperoleh 64 peratus daripada 1,942 undi Orang Asli di Galas.

Galas terdiri daripada 11,553 pengundi dengan kalangan orang Melayu adalah 7,125 atau 61.7 peratus, Cina (2,317 atau 20.06 peratus), India (185 orang atau 1.6 peratus), Orang Asli (1,889 orang atau 16.3 peratus) dan Bumiputera Siam (10 orang atau 0.08 peratus).

Ong juga tidak melihat “faktor Ku Li” akan menjadi pengaruh besar dalam pilihan raya kecil kali ini.

Dengan merujuk kepada arah aliran sokongan yang tidak memihak kepada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada 8 Mac 2008, Ong berpendapat bahawa situasi tersebut akan berulang kali ini.

Dr Zulkefli merupakan calon kerusi Parlimen mencabar Tengku Razaleigh pada 8 Mac 2008.

Tengku Razaleigh berjaya mempertahankan kerusi Parlimennya tetapi sokongan beliau daripada DUN Galas hanya 3,826 undi berbanding undi diterima Zulkefli sebanyak 4,143 undi.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh memperoleh undi terbanyak di dua DUN yang lain dalam Parlimen Gua Musang.

Difahamkan PAS juga meletakkan sandaran pada aspek itu untuk menang di Galas.

Ong juga berkata fenomena itu merupakan salah satu sebab mengapa Tengku Razaleigh yang mesra dikenali sebagai “Ku Li” tidak mahu menjadi calon pilihan raya kecil ini.

“Beliau sebaliknya hanya bersedia untuk mengetuai jentera pilihan raya,” kata Ong lagi.

PRESIDEN "KITA BEKERJASAMA DENGAN DAP UNTUK PERUBAHAN NEGARA".
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan kempen pilihan raya kecil di DUN Galas malam tadi dengan menegaskan bahawa parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.


Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi “jambatan” antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.

“Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang,” kata beliau.

Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.

Dalam ceramahnya itu, Hadi terus mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) yang melantik Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil BN sambil menyifatkan parti itu tidak menghormati pemimpin yang lebih senior.

Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Kerinting di sini malam tadi, Hadi berkata, Tengku Razaleigh tidak lagi dihormati dalam kepimpinan BN sekarang.

NENEK 50 TAHUN BERKHALWAT NGAN ABANG LA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KULIM: Perbuatan mencurigakan beberapa lelaki warga asing yang sering memasuki rumah seorang jiran berstatus janda akhirnya terjawab apabila rumah berkenaan diperiksa Penguat kuasa, Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK).
Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.

“Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga,” katanya.

Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya.

Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.

Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.

Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.

“Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.

“Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin,” katanya...

INDEX RASUAH : OK APA NO 56 DARIPADA 178 NEGARA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.


Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

Tempat teratas dikongsi oleh tiga negara - Singapura, New Zealand dan Denmark daripada 178 negara yang dikaji.

Menurut TI Malaysia, meskipun laporan yang dikeluarkan petang tadi, menunjukkan negara menuju ke arah yang betul, namun masalah timbul ketika pelaksanaannya.

Presidennya, Paul Low berkata kejatuhan dalam markah itu “secara statistik tidak signifikan”.

Beliau berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.

Di samping itu, katanya lagi, usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui GTP belum lagi menghasilkan sebbarang kejayaan kerana faedah daripada usaha yang dilakkukan akan mengambil masa sebelum kesannya dapat dirasai oleh rakyat di negara ini.

Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah.

"Kita boleh lihat sebagai contoh, terdapat kebimbangan di kalangan umum bahawa tiada "ikan besar" yang didakwa dan juga kemajuan yang lembab dalam mengenal pasti serta mendakwa individu yang terbabit dalam skandal PKFZ (Port Klang Free Trade Zone).

"Begitu juga dengan keputusan "tiada sebarang tindakan"" (NFA) oleh peguam negara terhadap individu-individu yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim dalam badan kehakiman dan amalan berterusan memberikan kontrak projek-projek Mega secara tidak telus," katanya.

TI-Malaysia, katanya mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa mendakwa disamping membolehkan badan itu melaporkan secara terus kepada ahli jawatankuasa parlimen.

"Pada masa kini, menteri kabinet mengistiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri namun butir-butir pengisytiharan harta mereka tidak pernah diumumkan kepada awam. Kami juga menggesa ditegakkan kebebasan maklumat melalui pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan," katanya. -Aidila Razak

PAUL "PIALA DUNIA" DAH MATI!!!
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Paul The Octopus menjadi sangat terkenal pada musim Piala Dunia Afrika yang lalu. Sotong kurita ini diberitakan telah mati pada hari Selasa lalu di sebuah akuarium di Oberhausen, Jerman. Menurut sumber, Paul  telah mencapai usia maksimum bagi haiwan sejenisnya, iaitu 2 1/2 tahun.

berita lanjut (dlm bahasa ongputeh) http://www.dailychilli.com/news/7264-oracle-octopus-paul-dies

26 Okt 2010

Petisyen mansuhkan menara bagak 100 tingkat
chedet26 Okt 2010 0 Komentar

Anda sudah tandatangani petisyen menuntut dimansuhkan cadangan membina menara bagak 100 tingkat di kawsan berdekatan Stadium Merdeka di Kuala Lumpur? Kalau belum, sila tandatangani di sini.

Hari ini, memang mereka kata kosnya adalah RM5 bilion. Tetapi bagai biasa, kosnya dijangka mencanak hingga RM10 bilion. Macam-macamlah alasan depa nak merembat duit Permodalan Nasional Berhad (PNB). Konon duit rakyat yang melabur tak akan diusik sikit pun. Boleh percaya ka?

Anda tahu tak, kalau melalui tender terbuka, kos membuat sebuah politeknik ialah kira-kira RM100 juta manakala kos untuk membuat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula kira-kira RM36 juta. Maknanya dengan RM5 bilion itu atau boleh buat 50 politeknik atau kira-kira 142 MRSM untuk kepentingan rakyat. Tolong bagi tau orang Galas mengenai perkara ini.

Persoalannya, kenapa mereka gian sangat nak rembat sebanyak-banyak duit rakyat dengan bertopengkan pelbagai projek bagak atau projek mega? Ingatlah, kalau berhutang pun, rakyat juga yang kena tanggung termasuk anak cucu kita yang tak tau apa-apa.

MENARA WARISAN : CAMNO JIB RAMAI YANG BANTAH DARI SOKONG DLM FB??
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

BILA LA BOLEH DIPRAKTIK KAT MALAYSIA???
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

... tak tau la bila boleh tengok benda ni dipraktikkkan kat Malaysia ku tercinta... selagi BN memerintah... sampai 2 kali kiamat pun belum tentu BN nak laksanakan... dulu ada gak kecoh yang pasal anak ngan mak ditangkap sebab pakai seksi ... tapi akhirnya kes tue lepas sahaja coz melibatkan orang yang ada 'link' dengan YB BN....

Saya petik:-
NAPLES: Sebuah bandar di pesisir pantai selatan Itali bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat.


Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.
“Peraturan ini dikhususkan kepada individu yang gemar berperangai buruk atau sukar mengawal diri sendiri,” katanya, semalam.

Castellammare di Stabia adalah bandar terbaru di Itali yang cuba mengawal perlakuan penduduknya daripada kegiatan tidak bermoral, seperti meminum arak di jalanan, bermain bola sepak di tempat awam atau menghina tuhan

Turut bakal dilarang adalah berjemur di pantai.

Di beberapa bandar lain, amalan bercium dalam kenderaan, memberi makan kucing terbiar dan memotong rumput pada hujung minggu turut dilarang. - Agensi

APA NAK JADI... ANAK TUPAI 14 TAHUN TEBUK PUTIK KELAPA 13 TAHUN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

(gambar nie takde kaitan pun dengan cerita di bawah...)

Asalnya suka sama suka. Namun apabila dilaporkan kepada polis, kes ini diklasifikasikan sebagai kes rogol.


Ingatan kepada ibu bapa. Pastikan anak anda tidak menjadi "tupai junior" atau "putik kelapa yang sudah berlubang". Masalah begini semakin membarah dalam masyarakat. Semalam, budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari apartment 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remaja lelaki.


Saya petik:
[BH] AMPANG: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa di sekitar Ulu Klang di sini, Jumaat lalu.
Suspek berusia 16 tahun dikatakan melarikan diri ketika sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila bilik itu diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata mangsa mengaku di hadapan bapa dan bapa saudaranya dia pernah mengadakan hubungan seks dengan suspek beberapa kali sebelum ini.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, dan anggota polis menahan suspek di rumahnya di sekitar Keramat, pada hari sama.

“Suspek turut mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan mangsa ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Pasangan itu mengaku mereka sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” katanya di sini, semalam.

Abd Jalil menasihatkan kepada semua ibu bapa supaya menjadikan kes itu sebagai contoh dengan memberikan perhatian lebih kepada anak mereka terutama perempuan dan dinasihatkan tidak meninggalkan anak mereka keseorangan di dalam rumah.- Suhana Roslan

(TERKINI) GALAS : 2 PARTI KEMUKAKAN BORANG PENAMAAN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

GUA MUSANG, 26 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan menyaksikan hanya dua orang — dari Barisan Nasional dan PAS mengemukakan borang penamaan calon pagi ini.


Kedua-dua mereka ialah calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamad dari PAS, yang telah pun diumumkan sebelum ini.

Kini proses penamaan calon dibuka untuk bantahan. Ia akan berakhir 11 pagi.

MENYUSUL LAGI

PADERI VATICAN USUL ISRAEL TAMATKAN PEMILIKAN TAHAN PALESTIN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

VATICAN - Sekumpulan paderi dari T:imur Tengah yang diundang ke Rome oleh Vatican menuntut Israel menerima usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya pendudukan haram rejim itu di atas tanah milik Palestin ditamatkan.


:Paderi itu juga menegaskan Israel tidak boleh menggunakan konsep kitab Injil dengan mendakwa Baitulmaqdis adalah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada penganut Yahudi sebagai alasan untuk merampas kota suci itu daripada penduduk Palestin.

"Penggunaan kata-kata Tuhan untuk menghalalkan sesuatu yang tidak adil adalah tidak boleh diterima sama sekali," menurut kumpulan paderi itu.

Menerusi ucapan akhir selepas bermesyuarat selama dua minggu, kumpulan paderi itu turut berharap penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin menjadi kenyataan.

Baitulmaqdis menjadi punca pertelingkahan utama di mana Palestin menuntut kota itu dipulangkan untuk dijadikan sebagai ibu negara Palestin merdeka selepas rejim Zionis menjajah bandar itu dan mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel 'buat selama-lamanya', pada 1967.

11 KEMENTERIAN BELANJA LEBIH RM3.61 BILLION???
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

11 kementerian/jabatan didapati berbelanja RM3.61 bilion melebihi jumlah peruntukan keseluruhan yang diluluskan pada tahun 2009 untuk mereka iaitu sebanyak RM64,264.98 juta.

Kementerian/Jabatan tersebut ialah:-
* Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
* Kementerian Sumber Manusia,
* Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
* Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
* Kementerian Luar Negeri.
* Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah \
* Jabatan Perkhidmatan Awam
* Kementerian Kesihatan
* Kementerian Pertahanan
* Kementerian Dalam Negeri
* Kementerian Pelajaran.

TV "AL HIJRAH" MULA BEROPERASI DISEMBER INI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

...Sejauh mana siaran TV ini akan menceritakan pasal Islam... atau mungkin Islam mengikut acuan Najib dan Rosmah mansur... atau Islam mengikut acuan Islam Hadhari... ??? kita tunggu dan lihat je la...

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Stesen televisyen definisi tinggi percuma, TV Al-Hijrah akan memulakan operasinya Disember ini dengan peruntukan awal kerajaan RM60 juta manakala Felda dijangka menyalurkan tambahan RM100 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan awal kerajaan bagi saluran gaya hidup Islam itu adalah sebanyak RM60 juta dan kos itu dijangka mengalami peningkatan.

“Keseluruhan pembiayaan datang daripada kerajaan tetapi kami berharap pulangan daripada iklan akan berupaya untuk menampung kos operasi stesen ini.

“Pada peringkat awal, kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Operasi stesen ini akan bermula 1 November manakala siaran pula 1 Disember.

Stesen Itu dimiliki oleh Alhijrah Media Corporation, syarikat yang diperbadankan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Operasinya diterajui bekas ketua pegawai operasi TV9 Bukhari Che Muda.

Pengerusi Felda Tan Sri Yusoff Nor dilantik sebagai pengerusinya Oktober tahun lalu.

Jamil juga berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak spektrum siaran ke seluruh negara.

Peringkat awal stesen ini akan menyiarkan programnya ke seluruh Lembah Klang, Terengganu, Wilayah utara dan timur Johor, Sabah dan Sarawak

“Kawasan ini sudah memperoleh spektrum daripada suruhanjaya komunikasi,” kata beliau lagi.
TV Al-Hijrah merupakan saluran televisyen Islam pertama negara Malaysia. Kini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga memiliki radio hal ehwal Islam Salam FM.

Menurut maklumat diperoleh dari laman webnya, Al-Hijrah merupakan era baru evolusi maklumat hibur yang menawarkan pengetahuan dan pemahaman dunia Islam.

“Kami merupakan satu keluarga besar yang komited di dalam berkongsi maklumat pendidikan, hiburan dan penyatuan penonton Islam di Malaysia serta di masa yang sama, mendekatkan kepercayaan yang menyatukan kita bersama.

“Kami membawakan anda pertunjukan kreatif di seluruh dunia, program dan rancangan temu bual, siri filem dan drama yang memenangi anugerah, maklumat terbaru secara langsung dan komedi terbaik.

“Dengan teknologi penyiaran terkini, kualiti adalah keutamaan kami, sama ada dari segi visual atau kandungan,” katanya lagi.

25 Okt 2010

(GAMBAR PELANCARAN PPR) RASUAH UMNO DAH START DI GALAS
KHAT KUFI on CANVAS25 Okt 2010 0 Komentar

BN dah start bagi rasuah "gula-gula" kepada penduduk Dun Galas....



Orang yang bijak adalah ...orang BN nak bagi apa pun .... ambik je... yang penting pangkah PAS.....

sumber dari blog pro UMNgOk...


MASIH INGATANKAH KELANTAN vs N9 TAHUN LALU?
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

NAMPAKNYA SEUMPAMA ULANGAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2009 YANG LALU APABILA MENEMUKAN SEMULA 2 PASUKAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN...

Masih ingatkah lagi peristiwa pada perlawanan pada 2009 yang lalu? Bukan nak memburukkan penyokong sendiri... cume nak beri ingat agar kita sama-sama bersikap professional... ingat sikit Tuhan tak kiralah dia tu BN ke ape ke....

... penyokong memanjang pagar stadium sebab jam 4 petang pintu masuk tak bukak lagi... sapa suruh bukak lambat... lain kali bukak la awal.....
... rempuhan para penyokong sebaik sahaja pintu dibuka oleh pihak berkuasa...



4/5 stadium dipenuhi penyokong Kelantan.... pastikan mereka dok jauh-jauh... takut ade yang kene cucuh merecun pulak...

Padan muka gambor Annuar Musa kene bakar....
... mungkin pasukan keselamatan perlu lebih bekerja... jangan duk kawat je...
akhirnya kerusi jadi mangsa....


... Harapan aku selalu penyokong RED WARRIORS agar kejadian dulu tidak berlaku lagi... aminnnn

JURULATIH DIGANTUNG... PENYOKONG CADANG BERDEMO DEPAN FAM
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KOTA BHARU: Kontroversi ketua jurulatih B Sathianathan digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kian memuncak di Kelantan.


Insiden ini memberi gambaran pengurusan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors sudah mula ‘mencipta rasa benci’ terhadap badan induk itu ketika saat genting menentang Negeri Sembilan di final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Rasa marah itu seperti ‘menggegar’ bumi negeri Pantai Timur itu dan terkini Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan bercadang berdemonstrasi di depan Wisma FAM bagi menunjukkan sokongan kepada ketua jurulatih yang digantung dan didenda itu.

“Tindakan seperti itu seolah-olah menunjukkan wujudnya tangan-tangan ghaib yang ingin melihat moral pemain Kelantan terjejas menjelang final Sabtu ini,” kata Presiden kelab berkenaan, Marhashim Mat, semalam.

Apapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang turut kecewa dengan perkembangan ini meminta pengurusan pasukan dan penyokong setia bersabar dan memberi sokongan moral kepada pemain Kelantan sebelum final ini.

“Saya terperanjat sebab kes itu (membabitkan komen Sathia mengenai stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lalu) sudah berlaku dua atau tiga bulan lalu dan ketika kita berada di saat genting memerlukan jurulatih.

Tapi tiba-tiba kami tidak dapat khidmatnya.
“Saya minta pemain bermain dengan baik, jika mereka sayang kepada presiden dan jurulatih, mereka perlu berjanji untuk menang,” katanya selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam kelmarin.

.... BILA TARIKHNYA... FINAL DAH DEKAT NIE???

FILEM CUTI-CUTI CINTA AJAR BUDAK SEKOLAH BAHASA KOTOR
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Nora : U kata muka I tak cantik?


Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..



Nora : Haa?

Farid : Nasi lemak 50 sen.. (sambil menunjuk ke arah ***** Nora Danish)
 
Nora: Aaa..


Nasi lemak 50 sen...!!! Dialog yang sering disebut-sebut oleh budak-budak termasuk yang bersekolah rendah. Apakah nie yang kita ingin ajarkan kepada generasi kita... anak kita??? Apakah skrip tersebut wajar disebut ulang setipa kali promosi di TV??? Aku berani cakap dialog tersebut akan jadi mainan mereka mengutuk rakan-rakan sekelas (perempuan).


 
Hmm tak tahu sama ada ini skrip asal atau skrip spontan si Farid Kamil kepada Nora Danish. walau apapun pastinya ia mencermin gaya bahasa dan style percakapan sesetengah generasi muda masa kini.... dan itulah yang selalu dimain cakap oleh anak-anak kita... tak kira dimana pun hatta didalam kelas hari ini.



Filem cuti-cuti cinta arahan Ahmad Idham yang mengenengahkan pelakon popular masa kini Farid Kamil yang akan berganding bahu dengan Nora Danish serta di perkuatkan dengan Zed Zaidi. Filem selama 86 minit ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober 2010 nanti.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.