30 Sep 2010

SELAMAT BER'IJTIMA' TARBAWI 1-3 OKT
KHAT KUFI on CANVAS30 Sep 2010 0 Komentar


Antara program menarik dan penting sepanjang IJTIMA' TARBAWI ialah :
* Pembentangan kertas dan taujihat Tarbiyyatur Ruuhiyyah : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ]
* Talaqqi [ menadah kitab ] Tafsir surah al Hujurat [ sehingga khatam dalam tempoh 3 hari ] : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]
* Amanah Khas Amal Tarbawi oleh : Muraaqibul Am Ikhwanul Muslimin Jordan [ Penterjemah : al Fadhil Ustaz Mohd Khalil Tuan Guru Hj Abdul Hadi ]
* Taujihat [ motivasi ] Amal Tarbawi dan Amanah Harakah Islamiyyah - 1 : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Ustazul Murabbi Dato' Yahya Othman [ mantan Ahli Majlis Syura Ulama' PAS ]
* Taujihat Amal Tarbawi dan Amanah Harakah Islamiyyah - 2 : oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Ustazul Murabbi Yb. Dato' Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]
* Pidato - pidato Tarbawi Oleh :
Al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]

Al Fadhil Ustaz Dato' Hj Abu Bakar Chik [ Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]

Al Fadhil Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayyub [ Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]

Al Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin Hassan [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]
* Aktiviti spiritual seperti qiamulail , munajat ,al Mathurat al Kubra dan banyak lagi aktiviti yang menarik bersifat amal tarbawi akan dilangsungkan .

TUGU NEGARA : SUNGGUH JAHIL LT. JEN (B) SORANG NI
KHAT KUFI on CANVAS 4 Komentar

Kesian tengok Lt Jen (B) Datuk Abdullah Samsudin dalam kolum Forum Utusan Meloya 29 September... seboleh-boleh nak 'halal' istiadat kalungkan bunga di tugu negara... saya petik:-


(gambar hiasan... tiada kene mengena dengan UMNO atau BN)

SAYA harap Utusan Malaysia tidak keberatan berkongsi pandangan saya dengan para pembaca berkenaan Tugu Negara.


Daripada perhatian dan analisis, saya amat bimbang di atas usaha sekumpulan cerdik pandai Melayu yang mahu rakyat melupakan Tugu Negara, lambang kemenangan rakyat memperjuangkan pemberontakan bersenjata komunis.
Yang benci dan mencaci Tugu Negara ini adalah orang Melayu bekas ahli Parti Komunis Rejimen ke-10. Mereka mengatakan kerajaan patut bina tugu menunjuk rakyat menentang British dan bukannya tugu menentang komunis.
Sudah puluhan tahun kita memperingati mereka yang gugur dan meletakkan kalung-kalung bunga di Tugu Negara. Letakkan kalung bunga adalah praktik antarabangsa dan bukannya praktik satu-satu agama.

Apakah kita sudah bersalah dari ajaran Islam selama ini? Di manakah pembesar-pembesar negara asing yang melawat Malaysia akan meletak kalung bunga memperingati pahlawan kita.

Pengertian saya patung yang disembah sebagai tuhan adalah berhala yang diharam oleh Islam tetapi patung di Tugu Negara tiada siapa yang menyembahnya.
Apabila Tugu Negara terkeluar daripada pandangan, lupalah dia oleh rakyat. Kata Tun Dr. Mahathir, orang Melayu cepat lupa.Saya ingin memperingati cerdik pandai Melayu bahawa tujuan komunis melakukan pemberontakan bersenjata ialah untuk merampas kuasa dari British dan memerintah Malaya dan Singapura, bukannya untuk memerdekakan Tanah Melayu, walaupun ahli-ahli komunis itu orang Melayu.

Kata seorang penulis "Tidak ada kehilangan manusia yang lebih besar di dunia daripada kehilangan tanah airnya". Orang Melayu bernasib baik tidak hilang negaranya kepada pemerintahan komunis.

Saya amat berharap rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu terus menghormati pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur.
Saya juga mencadangkan 31 Julai dikenali sebagai ''Hari Pertahanan Negara" dan segala acara diadakan di Tugu Negara seperti masa lampau dan kekalkan tradisi penghormatan ini selama-lamanya untuk meningkatkan semangat kerelaan berkorban untuk negara.

LT. JEN. (B) DATUK ABDULLAH SAMSUDIN

NAK BAGI KORANG GAYAT PAGI-PAGI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Ni aku nak kongsi gambar yang bole buat korang rasa gayat..hehehe..

WAYANG UMNO KEPALA BATAS : KUAR RM100 DAPAT RM300...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Memang power la pak cik mak cik ini belakon wayang wayangi. Kuar RM100 dapat RM300 (mungkin lebih)... sape takkan... makan dapat.... duit dapat... glamour dapat.... ! Saya petik:


[UM] KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.

‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.

‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.

MEMANG RAJA KATAK NIE GILE GLAMOUR...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Memang gile glamour la Raja Katak sekor nie... saja nak raih publisiti murahan... poyo gile.... saya petik:

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau hanya akan mendedahkan rahsia pemimpin Umno - dua ahli Parlimen dan seorang menteri – apabila tiba sama yang sesuai tetapi hanya mahu ikut rentak mereka sekarang.


“Sama ada nak dedah rahsia mereka, terpulang kepada saya kerana saya hanya akan menari ikut rentak.

“Kalau cakap pasal mereka makna adalah sesuatu yang saya tahu,” katanya ketika sidang media di pejabat Suara Perkasa Sdn Bhd di sini di sini.

Presiden Perkasa itu berkata bahawa beliau bersedia menghadapi apa sahaja kritikan daripada mana-mana semua pihak termasuk pemimpin Umno.

“Saya bukan penakut, saya sedia hadapinya jadi tidak perlu nak paksa saya.

“Kalau saya cakap akan dedah maknanya akan dedah, saya nak tengok siapa tekan siapa dulu,” katanya.

Ketiga-tiga pemimpin Umno tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

29 Sep 2010

BPR : MP KULIM RM5 JUTA... MP KULIM-BANDAR BAHARU BRP JUTA LAK?
KHAT KUFI on CANVAS29 Sep 2010 1 Komentar

[HD] KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar. Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar) , Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

MP KULIM- BANDAR BAHARU LAK BERAPA JUTA YANG DIA DAH DAPAT????

BILA FIRAUN BESAR BERSUARA...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar


Awat la hang nie.... dah bertukar jadi katak pun dok sibuk dalam hal parti orang... lantok la PKR nak terlingkup ke... jehanam ke... tertonggeng ke... yang lu dok sibut-sibut pasal apa... awat takde kerja ke...gie jaga kebajikan Kulim-Bandar Baharu lagi baik la...

Ooooppps lupe lak... hang kan firaun besar... firaun memang begitu perangainya....

(SH) ALOR SETAR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan ‘berdamai’ dengan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sekiranya mahu parti itu terus bertahan.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, hubungan antara kedua-dua pemimpin PKR itu sememangnya tidak mesra sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

“Saya yakin Wan Azizah tidak akan menerima Azmin sebagai Timbalannya. Sekiranya kemenangan berpihak kepada Azmin, beliau terpaksa menerimanya atas arahan Anwar. Inilah sandiwara keluarga ini, Nurul Izzah (anak Anwar) yang juga tidak bersetuju dengan Azmin,” katanya.

.... (baca lanjut di sini) http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8230993.asp

Abu Bakar Baasyir Menasihati Ariel Peterpan Di Penjara
Pejuang Muda 1 Komentar


Vokalis kumpulan Indonesia, Nazriel Irham@Ariel kini sudah rajin mengerjakan solat lima waktu. Ini kerana dia selalu dinasihati oleh Ustaz Abu Bakar Baasyir di penjara. Ustaz Abu Bakar ditangkap anggota Detasemen Khusus 88 Antiteror Mabes Polri di daerah Banjar, Ciamis, Jawa Barat, pada 9 Ogos lepas atas dakwaan keganasan.

"Ustad Baasyir sering menasihati Ariel agar rajin shalat dan bertaubat," kata pembantu pribadi Abu Bakar Baasyir ,Hasyim Abdullah di Jakarta, Selasa (28/9).

Ustaz Abu Bakar ditempat ruang tahanan yang berhadapan dengan sel penyanyi tersebut.Ini menyebabkan mereka selalu berkomunikasi.Ustaz Abu Bakar mengetahui Ariel adalah penyanyi apabila diberitahu oleh tahanan yang lain.

Ariel didapati bersalah atas kesalahan mempunyai video porno bersama kekasihnya Luna Maya dan Cut Tari.Baasyir dan Ariel menjalani penahanan di Rutan Bareskrim Mabes Polri.

WIRA PERKASA POYO GILE.... INGAT BERANI SANGAT...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa yang diketuai oleh Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah (gambar)bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.
Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar, sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.
Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.

Kumpulan itu dikatakan bersurai 40 minit selepas diarahkan oleh pihak berkuasa.

ANALISA DARIPADA 11 PRK YANG LALU.....
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Daripada 11 pilihanraya kecil (PRK) yang berlangsung selepas drp PRU 12 hanya 3 kawasan sahaja yang dilihat dapat dirampas oleh parti lain iaitu di Kuala Terengganu (PAS daripada BN), Hulu Selangor (BN daripada PKR) serta di Sibu ( DAP daripada BN) dan yang selebihnya parti yang berjaya menyekalkan kerusi yang mereka sandang ketika PRU 12 lalu.

Jadi apakah PAS berjaya mengekalkan kerusi yang telah dimenangi mereka pada PRU 12 yang lalu? Sama-sama kita doakan.

KU LI LALUI SITUASI PALING SUKAR : AZIZ BARI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan “situasi paling sukar” dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.

Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS.

Profesor A. Aziz Bari berkata, beliau melihat Tengku Razaleigh yang lebih mesra dikenal sebagai “Ku Li” akan melalui situasi sukar dalam kerjaya politiknya dalam menentukan “bakal keputusan” pilihan raya kecil itu.

Penganalisis ini menjangkakan kemungkinan itu ekoran penerimaan Tengku Razaleigh dengan baik oleh komponen dan penyokong PR khususnya PAS sejak kebelakangan, lebih-lebih dalam isu royalti minyak.

“Saya lihat memang sukar, saat paling yang susah... cukup sukar bagi beliau (Tengku Razaleigh) sepanjang kerjaya politiknya dalam persekitaran sekarang.

“Ia tidak sukar baginya jika pilihan raya kecil ini diadakan di kawasan di luar bahagian Parlimen Gua Musang atau negeri lain seperti biasa,” kata beliau merujuk kepada kedudukan DUN Galas dalam bahagian Gua Musang.

Tengku Razaleigh juga merupakan ketua Umno Gua Musang.

Aziz menambah, dalam menghadapi pilihan raya kecil ini Tengku Razaleigh perlu mengambil keputusan yang cukup “menarik” dalam menggambarkan pendirian beliau.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh telah beberapa kali menegaskan Kelantan mempunyai hak untuk menuntut wang royalti minyak, yang dinafikan pusat dan bersedia untuk muncul di mahkamah jika pertikaian itu dibawa ke mahkamah.

SAH PADERI YANG HINA ISLAM ITU ANAK MELAYU
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Sah memang paderi ini orang Melayu dan dia mengaku bahawa sudah 10 000 orang Melayu di Johor sudah dimurtadkan. Saya petik:
[PD] Ini satu lagi maklumat yang sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Sebelum ini Mufti Perak pernah mendedahkan bahawa beliau tahu berkenaan beribu-ribu remaja Melayu yang ingin meninggalkan agama Islam. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad dan kemudian menjadi "mubaligh" dibayar ganjaran lumayan sekiranya dapat menarik lebih ramai orang Melayu sertai agama tersebut. Malah, kita juga banyak mendengar cerita berkenaan remaja masuk gereja yang terdiri dari kalangan pelajar IPT dan juga pekerja kilang terutamanya di bandar-bandar besar di seluruh negara. Tambah memilukan, kita juga mendengar ada gadis Melayu yang tertudung litup dan berjubah rupanya sudah masuk murtad sedangkan tidak diketahui oleh ibubapa mereka. Kita juga ada mendengar, pendedahan beberapa orang paderi Kristian yang telah kembali kepada Islam bahawa mereka telah disiksa begitu teruk sekali akibat pengkhianatan tersebut. Semua cerita-cerita ini kita dengar menerusi cakap-cakap mulut dan email semata-mata. Maka kita tidak sangka rupanya memang benar cerita berkenaan orang Melayu yang murtad kemudian menjadi "mubaligh" itu. Buktinya ialah Paderi Benjamin Stephen (foto) yang mencetuskan kontroversi apabila menghina Islam dalam gereja di Sarawak itu.

28 Sep 2010

GALAS : UMNO AKAN PASTIKAN JUMLAH ORANG ASLI BERTAMBAH
KHAT KUFI on CANVAS28 Sep 2010 0 Komentar



Daripada data jumlah pemilih pada PRU-12 pada 2008, sejumlah 10,330 jumlah pemilih telah didaftarkan dan daripada jumlah tersebut seramai kira-kira 2,000 orang atau 10.32% adalah terdiri daripada Orang Asli Gua Musang.... dan dengan angka yang begitu tinggi yang terdiri daripada orang asli sendiri tidak mustahil UMNO dan jentera-jenteranya akan pastikan jumlah mereka ini akan bertambah dan diper'guna'kan sepenuh-penuhnya oleh UMNO bagi memastikan mereka menang pada PRK kali ini.

Nasihat saya pada UMNO... korang xyah la rasuah banyak sangat... daripada 45 kerusi DUN 6 aje BN... so paham-paham je la ye

Amaran kepada UMNgOk!!!.. kami dah PASkan semua orang asli termasuk ngan tok batin depa sekali...wuahh...wuahhh...wuahhh...

GALAS : INSYA ALLAH KITA BOLEH MENANG, SALAHUDDIN AYUB
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima semalam.

Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

PAS NAK KERUSI PARLIMEN KULIM-BANDAR BAHARU
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

KULIM: PAS menuntut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dikembalikan kepada parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, kata Yang Dipertuanya, Hassan Razak (gambar).

Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas.

"Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut.

"Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini.

Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu.

Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain.

Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan.

"Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti,” katanya.


JUTAWAN BRITAIN BAKAL DIKUTUK UMNO, BN, PERKASA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson (gambar) berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

* Berita ini 100% tidak akan disiarkan dalam TV3, Utusan, dan media massa yang sewaktu dengannya.

LELAKI TUNJUK BURUNG DLM LRT... ADA JUGAK...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

GILA! Lelaki di atas menunjukkan KEMALUANNYA kepada seorang gadis yang menaiki LRT dari Sri Petaling sebelum turun di Stesen Chan Sow Lin. Awas, kaum hawa! Jika berhadapan dengan situasi di atas, sila maklumkan kepada pihak bertugas di stesen LRT atau orang berada berdekatan dengan anda. Saya petik:
[DC] Girls, beware. There is a flasher on the prowl on the Star LRT, a student told The Daily Chilli.
The brazen pharmacy student, who took a snapshot of the alleged flasher, said the man flashed his genitals at her when he sat opposite her in an LRT coach.
The incident occurred last Monday when she boarded the LRT at the Sri Petaling station to go home from college at around 8pm.
She sat at the side of the coach while the man took the seat opposite her.
She did not take much notice of the man until she noticed something jutting out of his crotch. That was when she spotted his sex organ which was exposed through a hole in his pants.
“I was really shocked when I realised what it was but I was unable to react,” she said, adding she was really tired that day.
“I acted like nothing happened but I went on to SMS a friend, but he did not reply,” said the student.
Strangely enough, the alleged flasher “closed his legs” and blocked his genitals with his umbrella when another female passenger sat next to her, the student claimed.
“Maybe he was afraid she would shout,” she reasoned.
“But that pervert was still facing me, so I decided to take a picture with my handphone. I think he knew I saw his private parts. Luckily, I managed to get a picture before getting out of the LRT at the Chan Sow Lin station,” the student said.
“The incident occurred in just about 5 – 6 minutes and there were quite a number of people on board the LRT. But I’m not sure if anyone else noticed,” she added... Fiona Ho

TOK GURU UCAP TAKZIAH, PAS SEDIA UTK PILIHAN RAYA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KOTA BARU, 27 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, petang ini.


Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman Adun itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan.

Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

“Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.

Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara.

“Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya,” katanya.

Di RANTAU PANJANG, Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berkata Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa dan banyak berjasa kepada rakyat khususnya di kawasan Gua Musang.

“Kita harap keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan Ilahi sebagai satu ujian,” katanya.

Tuan Guru mengimamkan solat jenazah yg turut dihadiri kira-kira 3000 ribu orang awal pagi tadi di Gua Musang.

27 Sep 2010

APAKAH MUNGKIN ADA PRK DI DUN GALAS???
KHAT KUFI on CANVAS27 Sep 2010 0 Komentar

Al-Fatihah buat Allahyarham Chek Hashim Sulaima yang menghembuskan hafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pakar Al-Islam Kg. Baru.
Sejarah ringkas Dun Galas.......
Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan petiundi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim  mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman.

AL-FATIHAH : ADUN GALAS MENINGGAL 4.25 PM TADI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang menghidap kanser usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kg Baru di sini petang ini.

Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.25 petang, kata Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang Hussin Embong.

MENYUSUL LAGI

.... apakah ada PRK lagi di Gua Musang???

JAHANAM AGAMA KALU MAK BAPAK LAGU NIE
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar


[HM] JAKARTA: Penyanyi Pinkan Mambo (gambar) sebelum ini dikatakan bertukar agama kerana terpengaruh dengan kekasihnya. Bapa Pinkan, Youke Mambo pula menafikan khabar itu.


“Berita mengenai Pinkan keluar Islam kerana terpengaruh dengan kekasihnya itu tidak benar,” ujar Youke ketika dihubungi melalui telefon, semalam.

Youke memberitahu dia sempat berbual dengan anaknya dan Pinkan memang ada memaklumkan yang dia sudah bertukar ke agama lain. Bagaimanapun, Pinkan juga meminta bapanya tidak mempercayai berita yang dipaparkan di media.

“Papa, Pinkan sudah berpegang kepada keyakinan baru dan berita mengenai Pinkan memeluk agama lain kerana terpengaruh dengan kekasih Pinkan itu tidak benar.

“Pinkan memang rela hati mahu memeluk agama baru ini,” jelas Pinkan kepada bapanya sebagaimana dituturkan Youke.

Youke berkata, dia tidak kesah dengan keputusan Pinkan itu. Menurutnya, penyanyi lagu ‘Kekasih yang tak dianggap’ itu sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dalam hidupnya.

“Saya hormati keputusan anak saya,” kata Youke. - Agensi                

NI KE SURAT YG KATE LIM BAGI WANG IHSAN DRP DUIT JUDI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar



Ni ke surat yang Datuk Reezal Merican Naina Merican kata Lim bagi wang ihsan daripada sumber judi....
Perhatikan kesalahan-kesalahan yang berjaya dikenal pasti. Logikkah surat ini dikatakan surat rasmi kerajaan negeri? Surat ini pula dijadikan bukti tuduhan tersebut.

DR. ASRI :HALAL TERIMA BANTUAN DR DUIT HARAM
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.


“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

PERKASA TERDESAK : AJAK PEMUDA PAS, PKR & UMNO BERUNDING.
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

ALOR SETAR, 26 Sept — Wira Perkasa Kedah hari ini mencadangkan supaya diadakan Rundingan Meja Bulat melibatkan Pemuda Umno, Pemuda Pas, Angkatan Muda Keadilan dan pertubuhan itu bagi membincangkan beberapa isu yang menyebabkan perpecahan Melayu.


Ketuanya Shaharol Niza Omar berkata tujuan rundingan itu diadakan bagi merungkai permasalahan dan pertelingkahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini antara Perkasa dan parti-parti politik itu.

“Saya berharap apabila rundingan ini dibuat, semua parti politik berasaskan Melayu ini dapat membuang ego (masing-masing) demi melihat agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu terus dihormati,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata walaupun semua parti berbeza ideologi politik, tetapi beliau mengajak semua parti bersatu hati dalam tiga perkara asas itu iaitu agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu.

“Apa yang dicadangkan nanti adalah pada akhir rundingan itu kita akan mendapat satu resolusi secara bersama berkenaan dengan agama Islam, hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu,” katanya.

Katanya beliau mencadangkan supaya keempat-empat pertubuhan itu termasuk Wira Perkasa memberi penerangan secara ringkas berkenaan perlembagaan pertubuhan masing-masing yang menyentuh kepada ketiga-tiga asas itu.

“Ia bertujuan supaya masing-masing dapat memahami asas perjuangan dan dapat mengelakkan persengketaan pada masa hadapan yang akan merugikan nasib bangsa Melayu sendiri,” katanya.

“Saya harap pemuda bagi ketiga-tiga parti itu dapat memberi maklum balas terhadap cadangan ini dan apabila maklum balas positif diterima, saya akan menjemput ketua-ketua pemuda berbincang bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk rundingan itu.

TAHNIAH LEE CHONG WEI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar


Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan mengalahkan musuh tradisi Lin Da dari China dalam kejuaraan Yonex Japan Open 2010.


KOTA RAJA PANAS : PKR HARAP JANGAN BAWA BUDAYA UMNO
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melakar sejarah dengan mengadakan pemilihan langsung buat julung kali, mencatatkan satu lagi rekod — pengiraan undi salah satu cabang yang dilihat panas — Kota Raja di Selangor —  berlarutan sehingga pagi ini.

Maklumat yang diperoleh sekitar 7 pagi tadi menunjukkan undi masih dikira.

Ia seolah-olah menggambarkan berulangnya sejarah pengiraan undi kerusi sehingga membawa sehingga tengah hari keesokan hari di Lembah Klang sedekad lalu.

Pengiraan dijalankan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, bermula lewat malam tadi, selepas proses mengira undi di Bukit Naga lewat petang tadi berakhir dengan kekecohan dan tindakan rampas kertas undi dan peti undi.

Sebanyak 18 peti undi dibawa ke ibu pejabat PKR untuk dikira dengan kawalan polis.

Cabang Kota Raja menyaksikan ketuanya Dr A Xavier Jayakumar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, berhadapan dengan saingan S Kottappan dan M Telaiamblam.

Keputusan tidak rasmi yang diperoleh pagi ini menunjukkan menunjukkan Xavier  memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 undi dan Telaiamblam pula mendapat 138 undi.

Undi rosak dikatakan dalam lingkungan 30.

Pengiraan undi jawatan ketua cabang siap dikira pukul pukul 5.30 pagi tadi.

Difahamkan setakat pukul 7.40 pagi ini undi bagi jawatan ketua Wanita masih dikira. Kerusi ketua AMK dimenangki oleh Azmizam Zaman Huri.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka akan mengadakan sidang media pukul 10 pagi ini untuk memperjelaskan perkembangan semalam, yang dilihat sebagai paling buruk dan memalukan parti itu.

Kota Raja merupakan salah satu daripada, sekurang-kurangnya enam cabang yang berhadapan dengan insiden kecoh sehingga menyebabkan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan terpaksa ditangguhkan dan dipertikaikan. Cabang-cabang lain ialah Klang, Kapar, Kuala Langat dan Subang.

Beberapa cabang dari negeri-negeri lain juga dilaporkan bermasalah termasuk cabang Parit Sulong.
Cabang-cabang PKR memulakan mesyuarat masing-masing pada 17 September lalu dan akan berakhir 3 Oktober ini sebelum meneruskan proses pemilihan mulai tengah bulan depan.

Setakat semalam sekitar 130 cabang telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan masing yang turut membuat pencalonan bagi jawatan-jawatan pusat.

26 Sep 2010

Gereja Vatican Disaman Berhubung Jenayah Seksual Kanak-Kanak
Pejuang Muda26 Sep 2010 0 Komentar

murphy223

Selepas 50 tahun menyimpan rahsia akhirnya bekas mangsa seks kanak-kanak , Terry Kohut dilaporkan akan membuka fail pertuduhan terhadap Pope Benedict atas jenayah pencabulan kanak-kanak.

Kohut mendedahkan beliau telah dicabul oleh Father Lawrence C. Murphy antara tahun 1950 hingga 1970. Dalam tempoh itu, Kohut juga mendakwa lebih 200 kanak-kanak pekak dirogol dan dicabul oleh Father Murphy.

Walaupun Father Murphy telah mati pada 1998, namun pertuduhan yang akan dibawa ke mahkamah ini ialah bertujuan mempersoalkan tindakan Gereja Vatican khususnya Pope Benedict yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Father Murphy walaupun mengetahui kesalahan tersebut.

c1mainstjohns

Mangsa-mangsa jenayah seksual Father Murphy yang masih hidup sekarang sangat dukacita kerana majlis pengkebumian Father Murphy dijalankan dengan penuh adat istiadat kemuliaan oleh pihak pengurusan Vatican sedangkan mereka sendiri mengetahui apa yang telah dilakukannya sepanjang perkhidmatannya di Sekolah St. John, Milwaukee.

murphy_pope

Pendedahan Kohut bersama beberapa orang lagi bekas mangsa seksual Father Murphy telah didedahkan melalui satu wawancara khas oleh CNN dalam satu siaran rakaman pada 23 September 2010.


24 Sep 2010

SALAH ALAMAT : DSAI GAGAL SAMAN MALU RM100 JUTA KJ
KHAT KUFI on CANVAS24 Sep 2010 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berjaya mengetepikan kes saman malu bernilai RM100 juta yang dibawa oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

“Hakim memutuskan bahawa writ serahan tidak menggunakan kaedah biasa,” kata peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Rembau.

Kata beliau, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof, yang membuat keputusannya di kamar, juga memutuskan bahawa notis saman seharusnya dihantar secara peribadi kepada Khairy di alamat rumah terbaru dan bukan ke alamat aktiviti beliau.

JOM KITE DENGAR GEBANG PERKASA...CHE DET GI PASIR MAS ESOK...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

PASIR MAS, 24 Sept — Di sebalik polemik kerjasama Perkasa dengan Umno-BN, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual berada di Pasir Mas, Kelantan petang esok dan dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.

Esok, Dr Mahathir akan tiba di Pasir Mas untuk menyertai Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas.

Program yang bertemakan “Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia” itu merupakan anjuran Perkasa dan juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.

Dalam SMS kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berkata, beliau dan bekas presiden Umno itu akan menghuraikan pelbagai kemulut politik semasa dan isu-isu penghinaan terhadap Islam, hak orang Melayu dan pribumi serta pentingnya perpaduan Melayu-Islam.

“Insya-Allah 20,000 orang akan hadir, 3,000 pemuda bermotor akan sambut Dr Mahathir... ada kejutan, kehadiran amat dihargai,” kata beliau.

SAMDOL JGK ZUL NIE... FAKIR MISKIN MANE WAJIB TUNAI HAJI...
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Samdol betul la mamat sekor nie... 40 orang yang dihantar tue terdiri dari daripada ulama' yang tak berapa kaya... lagi satu nak bagi tau 'fakir miskin' tak wajib tunai haji... sebab syarat wajib tunai haji orang wang mampu termasuk dari segi kewangan... awat la hang ni loklak sangat... sejak berbaik-baik ngan UMNgOk nie dah jadi tak berape cerdik agama..... 

dan satu lagi nak bagi tau... kalu Allah Taala makbulkan doa mereka nie... dengan duit RM3.2 billion yang Petronas hutang dengan Kerajaan Kelantan... bukan setakat 15 biji rumah atau 45 org fakir miskin.... lebih 200 ribu rumah orang miskin Kerajaan PAS boleh buat.... ADA FAHAM!!!!

‘Lebih baik minta Allah berkati kita’

(UM) KUALA LUMPUR 23 Sept. – Perancangan Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat yang memerlukan RM400,000 bagi mengadakan solat hajat di Masjidil Haram, Mekah berhubung isu tuntutan royalti minyak kerajaan Kelantan daripada Petronas adalah sesuatu yang mengejutkan.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana jumlah itu adalah terlalu besar sehingga boleh menyediakan rumah buat 15 keluarga fakir miskin yang bernilai RM15,000 sebuah.

Katanya, sekiranya jumlah itu digunakan untuk menaja fakir miskin mengerjakan ibadat haji pula, kira-kira 45 individu dari golongan itu boleh menyelesaikan tanggungjawab Rukun Islam masing-masing.

“Kalau difikirkan kembali, agaknya ada hikmah Allah tidak beri royalti ni (kepada Kelantan). Tahu sajalah, bab duit ni jangankan ustaz, adik-beradik pun sanggup berbunuh, yop.

“Bagi saya, daripada menghabiskan dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya Allah berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita,” tulisnya dalam entri terbaru blognya berjudul Bior betoi yop! semalam.

Zuklkifli merujuk laporan portal propembangkang, Malaysiakini yang menyebut tentang usaha kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang sedang menyediakan RM400,000 bagi membawa 40 ulama serta guru agama pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Usaha itu dibuat menerusi Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat yang diketuai Md. Zulaimi Kazin.

Md. Zulaimi Kazin seperti dipetik Malaysiakini berkata, jumlah RM400,000 itu adalah bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi kesemua ulama dan guru agama tersebut.

Katanya, pihaknya sedang mengedar dan menjual ‘kupon penajaan rakyat’ kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai tanda sokongan kepada usaha itu.

BAPA & ABANG LAHANAT : ROGOL DARAH DAGING SENDIRI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

[HM] ROMPIN: Dua beranak ini layak digelar iblis bertopeng manusia apabila tergamak menjadikan lima ahli keluarga mereka sebagai pemuas nafsu sejak setahun lalu dalam kejadian di sebuah kampung di Pulau Tioman, dekat sini.
Kejadian pertama membabitkan anak perempuan sulung berusia 15 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, yang dicabul kehormatan oleh bapanya berusia lingkungan 30-an pada 2008.

Tidak cukup dengan perbuatan terkutuk itu, bapa durjana terbabit menjadikan anak keempatnya yang masih bersekolah di tingkatan satu berusia 13 tahun sebagai tempat memuaskan nafsu pada tahun lalu.

Perbuatan keji itu berlarutan apabila bapa bernafsukan haiwan terbabit merogol anak ketiganya, seorang pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun sebelum mangsa seterusnya adalah anak kelima berusia 10 tahun.

Lebih mengejutkan lagi, abang mangsa berusia 17 tahun turut bersengkongkol dengan bapanya apabila merogol dan mencabul adiknya berusia sembilan tahun.

Difahamkan, semua kejadian terbabit berlaku di rumah mereka ketika isteri lelaki durjana itu tiada di rumah. Kejadian rogol itu juga dikatakan turut dilakukan di sebuah chalet di pulau berkenaan.

Kejadian terbabit terbongkar selepas anak perempuan mangsa berusia 15 tahun membuat laporan di Balai Polis Tioman pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu, selepas tidak tahan dengan sikap bapa yang sering bergaduh dengan ibunya.

Selepas mangsa mendedahkan semua kejadian terbabit, polis mendapati lelaki itu bersama anaknya menghilangkan diri.

AS PANAS PUNGGUNG DENGAN UCAPAN AHMADINEJAD
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

NEW YORK, 24 Sept — Perwakilan Amerika Syarikat dan beberapa lagi dari Eropah memulaukan sesi Perhimpunan Agung PBB apabila Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam mendakwa kebanyakan orang percaya bahawa pentadbiran Amerika yang mendalangi serangan 11 September 2011 demi survival Israel.

Dalam ucapannya, pemimpin Iran itu berkata, kebanyakan pegawai kerajaan Amerika percaya satu kumpulan pengganas berada di belakang serangan berani mati yang memusnahkan Pusat Dagangan Dunia dan ke atas bangunan Pentagon pada 2001.

Satu lagi teori, kata beliau ialah “beberapa segmen dalam Amerika Syarikat sendiri telah mengadakan serangan ini untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan genggaman di Asia Barat dalam usaha menyelamatkan rejim Yahudi.”

“Majoriti rakyat Amerika, malah kebanyakan orang dari negara-negara lain dan ahli politik akan bersetuju dengan pandangan ini,” kata beliau di Perhimpunan Agung dianggotai 192 negara.

Sebaik sahaja Presiden Iran ini mengeluarkan pandangan pedas yang lazim dilontarkan terhadap Barat, perwakilan Amerika dan beberapa negara Eropah bertindak keluar dari dewan sidang Perhimpunan Agung yang bermula semalam.


Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memegang Al-Quran & Injil sewaktu berucap di Persidangan PBB di New York semalam

PEHHH : PROJEK I'DA WORLD GROUP MACAM KAT DUBAI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Sekali tengok bangunan ini seumpama projek mega di Dubai.. tapi sebenarnya tidak... ini ada salah satu projek yang dicadangkan oleh I'da World Group di Selangaor iaitu 'Future Resort Hospital' ... yang mana disitu bukan sahaja untuk dapatkan rawatan tetapi ada segalanya... ada helipad ngan sky court kat atas sekali.. ada swimming pool dan gym...



Itu belum tengok project RM313.71 yang akan dibina di Pantai Seri Tujuh.... confirm kalah Dubai....

SOALAN BOCOR UPSR : PATUT LA TERENGGANU TERBAIK
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Alhamdulillah, selesai sudah Peperiksaan UPSR yang berakhir semalam dengan kertas ujian English dan Sains yang bermula sejak 21 September 2010 lalu. Cuma nak berkongsi peristiwa di salah sebuah sekolah di Terengganu semalam sebelum calon masuk ke dewan peperiksaan kertas I Bahasa Inggeris kelihatan sekumpulan murid-murid kelihatan sedang menghafal sesuatu...," A..C...B....A...D...D...C.....". Lalu saya pun menegur mereka," Tengah buat apa ni? Kejap lagikan nak masuk dewan?"... Lalu jawab salah seorang murid itu, " Tengah menghafal jawapan bahasa inggeris,"..."Tengah menghafal jawapan?" tanya saya lagi...lalu jawab murid tadi.."Aha, jawapan periksa nie la".. lalu saya terus bertanya lagi seolah seorang polis " Mana korong dapat jawapan ini?"... "Dari pusat tuisyen XXXXX (di terengganu)" balas murid tadi.

Kringggggg!!! Kedengaran loceng sekolah memanggil murid-murid masuk ke dewan peperiksaan. Murid-murid tadi kelihatan berlari-lari sambil mulut mereka terkumat-kamit menghafal jawapan kertas soalan I Bahasa Inggeris. Lalu dalam hati kecil ku berkata," Patut le Terengganu asyik dapat terbaik UPSR... rupenya tiap-tiap tahun 'BOCOR' di sana."
-----------------------------------------------------

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 20/11/2009

UPSR: Terengganu atasi negeri lain

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Terengganu terus cemerlang apabila muncul negeri terbaik yang mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat tahun kesembilan berturut-turut.

Daripada sebanyak 23,944 calonnya, sebanyak 3,664 mendapat semua A (15.3 peratus) iaitu peningkatan sebanyak satu peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu daripada 48,171 calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran UPSR di seluruh negara tahun ini, 8,756 daripadanya berada di Selangor menjadikannya negeri terbanyak menyumbang kepada angka keseluruhan tersebut.

..... TAHUN NI CONFIRM TERBAIK LAGI..... WA..WA...WA...WA....

AC MIZAL DAPAT GELARAN 'DATUK'
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Makin meriah nampaknya AC Mizal apabila beliau telah mengesahkan yang beliau akan menerima gelaran Datuk dari Sultan Pahang.

Surat penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu telah diterima dan beliau boleh menggunakan gelaran Datuk walaupon upacara penganugerahan akan diadakan pada akhir tahun ini

Tahniah untuk AC Mizal, bisnes menjadi, kini dapat gelaran Datuk pula. Takkan nak guna nama komersil Datuk AC Mizal, mungkin guna nama sebenar Datuk Mizal Zaini.

23 Sep 2010

TUA LAHANAT.. BINI 4 PUN DOK ROGOL ORANG LAGI....
KHAT KUFI on CANVAS23 Sep 2010 1 Komentar

KUALA TERENGGANU, 23 Sept — Seorang warga emas yang juga guru mengaji al-Quran dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah merogol anak muridnya 15 tahun lima tahun yang lalu.

Shamsuddin Abdul Rahman, 62, berasal dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong yang juga bekas pesara Risda mengaku bersalah merogol anak muridnya itu.

Tertuduh yang mempunyai empat isteri dan 11 anak diwakili oleh peguam Mohd Asaari Salleh.
Kes didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Che Muhamad Zulkifly Jusoh.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini selepas mengambil kira faktor usia dan pengakuan tertuduh serta insaf atas perbuatan.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 11 Jun 2005 lalu, murid berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas mengaji al-Quran di sebuah surau.

Kanak-kanak berkenaan telah ke rumah saudara tertuduh, namun dia telah tidur lalu memutuskan untuk pulang sebelum terserempak dengan tertuduh bertindak menggosok lengan dan bahu mangsa.

Tertuduh mengumpan mangsa dengan memberi RM10 sebelum membawa masuk mangsa ke dalam bilik kediamannya dan merogolnya.

Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada 23 Jun tahun yang sama,  pukul 6 petang dan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Tertuduh ditangkap di rumahnya di 387, Kampung Tanjung Mengkudu, Kampung Pak Madah, Bukit Payong Terengganu.

HAPUSKAN SUBSIDI MINYAK .... BODOH JUGA HAMZAH ALI NI...
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 23 September 2010... ada seorang makhluk Allah yang bernama Hamzah Ali dari Kuala Lumpur menyarankan agar dimansuhkan subsidi Petrol... mangkuk jugak mamat nie sorang... Korang baca la sendiri apa yang dia tulis tue...

(UM) Hapuskan cukai jalan

Dalam usaha menangani masalah beban kerajaan terhadap pemberian subsidi yang kian berganda setiap tahun, saya berpendapat rakyat jelata harus sama memikul tanggung jawab untuk mengambil langkah- langkah yang perlu.

Kita akan terus berhadapan dengan harga minyak yang tidak menentu dan kadar penggunaan yang semakin meningkat setiap tahun. Dengan pemberian subsidi berjumlah RM16.6 billion pada tahun lalu, ia merupakan satu angka yang cukup besar tetapi tidak mencapai matlamat yang ditetapkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Di sebaliknya kerajaan hanya berjaya mengutip pendapatan berjumlah RM2.7 billion setahun bagi cukai jalan walau pun jumlah kenderaan berdaftar di negara ini 17 juta. Ini disebabkan terdapat di kalangan pengguna jalan raya yang tidak menjelaskan cukai jalan tetapi mampu bergerak bebas dengan menggunakan kemudahan subsidi dan pengecualian cukai minyak yang diberikan.

Ini termasuk juga ribuan kenderaan negara jiran yang memasuki negara ini setiap hari yang sememangnya tidak membayar cukai jalan di negara kita tetapi turut sama mengecapi kemudahan subsidi minyak yang diberi.

Justeru saya ingin menyarankan kerajaan supaya menghapuskan cukai jalan dan menarik kembali subsidi minyak yang dipraktikkan. Kenderaan masih mampu bergerak tanpa cukai jalan tetapi tiada kenderaan yang mampu bergerak tanpa minyak. 

Kerajaan mungkin boleh mengenakan caj dokumentasi setiap kenderaan pada sekitar RM10 setahun yang dianggap amat berpatutan. Dengan harga minyak yang lebih mahal, pemilik kenderaan akan lebih berjimat manakala kerajaan pula tidak akan kerugian.

Ia juga membolehkan pelepasan cukai terhadap syarikat minyak ditarik balik dan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan bagi pembangunan sektor yang lain. Ini akan menghasilkan keadaan 'menang-menang' kepada kerajaan dan juga rakyat jelata. Pada masa yang sama ianya turut memberikan kesan berikut:

* Mengurangkan birokrasi di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus menjimatkan kos kerajaan dengan pengurangan kakitangannya.

* Mengurangkan aktiviti penyeludupan minyak di sempadan dan perairan negara. Dianggarkan kerajaan kerugian lebih RM660 juta setahun menerusi aktiviti ini.

* Mengelakkan penyelewengan oleh pemborong di mana minyak subsidi sering dijual semula ke sektor perniagaan.

* Mendidik masyarakat supaya lebih berhemah dalam perbelanjaan.

* Membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk berpendapatan rendah dengan penyaluran wang ihsan secara bulanan kepada mereka.

HAMZAH ALI
Kuala Lumpur

IBU GILA : " SAYA TETAP SAYANGKAN PEMBUNUH ANAK SAYA"
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Ibu kepada Allahyarhammah Syafiah Humaira yang mati akibat ditendang dan dipijak, pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil pada Februari lalu, Siti Nurhanim Aziz (gambar), 25, yang juga teman wanita tertuduh semasa ditemui pemberita memberitahu, dia tidak dapat menerima keputusan itu.

“Saya tidak pernah marah dengan Fazli kerana dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk membunuh Syafiah. Saya tetap sayangkan Fazli kerana dia seorang penyayang dan dia sayangkan Syafiah,” katanya.

Syafiah Humaira merupakan anak kedua Siti Nurhanim, hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi kesalahan membunuh. Siti Nurhanim juga mempunyai seorang anak bersama tertuduh, Shakimie Iqbal.
------------------------------------------------------------------
Kali ini, si ibu reda terhadap perkara yang berlaku kerana sayang melampaunya terhadap si pembunuh anaknya sendiri. Kalau dia sanggup mencurangi suami sendiri, sehingga melahirkan anak di luar ikatan perkahwinan, perlukah kita berasa pelik dengan pengakuannya itu?

Semoga keadilan untuk adik Syafiah Humaira terbela.

DAH CLEAR BELUM CHEQUE RM4 BILLION TUE??
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 22 Sept — PAS menafikan parti itu ada menerima sumbangan RM4 bilion daripada sebuah syarikat asing, Ida World Group Ahad lalu, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini.

Malah menurut beliau, PAS Kelantan juga tidak pernah menerima permohonan syarikat yang dimaksudkan untuk membuat sebarang projek pembangunan di negeri itu.

Oleh itu tegas beliau, penyebaran berita tersebut adalah satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS.

“PAS memandang serius ekoran tersebar gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan sebanyak RM4 bilion kepada PAS melalui satu cek replika.

“Bagi mewakili PAS, saya dengan ini menafikan PAS pernah menerima cek sebenar atau sumbangan bernilai RM4 bilion dari syarikat ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, PAS juga tidak tahu-menahu tentang projek syarikat ini di Kelantan.

“Setelah menyemak dengan PAS Kelantan, saya juga mendapati PAS dan kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menerima permohonan daripada syarikat ini untuk membuat sebarang projek pembangunan di sana.

“Sehubungan itu, kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS,” katanya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat.

 DAH CLEAR BELUM CHEQUE RM4 BILLION TUE??... KALU DAH CLEAR MAKSUDNYA I'DA WORLD GROUP MEMANG TAK GEBANG LA...
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.