30 Jul 2010

CHUA SOI LEK TERKEJUT SEBAB LING SORANG JE KENE TAHAN.
KHAT KUFI on CANVAS30 Jul 2010 1 Komentar

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkejut apabila dimaklumkan pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden parti itu Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini.


Bagaimanapun, Chua berkata beliau dan pemimpin MCA yang lain yakin Ling akan mendapat perbicaraan yang adil mengikut sistem perundangan di negara ini.

Chua (gambar) hanya mengetahui berita itu ketika pemberita memintanya mengulas mengenai perkara berkenaan.

“Bila?... selain daripada beliau (Ling), siapa lagi (yang didakwa)?” tanya Chua kepada pemberita yang menemuinya selepas beliau melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Poi Lam di sini hari ini.

... (diulangi)  “Bila?... selain daripada beliau (Ling), siapa lagi (yang didakwa)?” ... korang pandai-pandai le pahamkan apakah maksud yang tersirat disebalik ucapan yang keluar dari mulut Chua Soi Lek....


LAGI KAMBING HITAM KES PKFZ (FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN BERITA HARI INI)
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Hari ini boleh dikatakan semua akhbar cerita pasal bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dituduh berhubung kesalahan berkaitan dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Sesyen semalam.

Habis semua rakyat Malaysia diperbodohkan oleh media arus perdana berhubung skandal berbillion ini.


Mari kita semak kronologi ringkas disebalik kes penyelewengan terbesar negara sehingga terdedahnya skandal PKFZ Malaysia ini :

Kes skandal PKFZ Malaysia ini bermula dengan melalui pendedahan Laporan Audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) yang diumumkan pada era Mahathir, 2002, berlaku kebocoran pada minit mesyuarat kabinet untuk menjadikan tanah Pulau Indah sebagai kawasan pelabuhan bebas. Maknanya terdapat individu yang mengetahui nilai dan potensi sebenar tanah tersebut pada masa itu.

Ini menyebabkan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (1997-2003) bagi Lembaga Pelabuhan Klang(PKA) Datuk Abdul Rahman Palil membeli tanah tersebut melalui Koperasi Pembangunan Koperasi Nelayan Selat Lumut (KPNSL), sebelum daripada kabinet mengumumkan projek PKFZ lagi.

Datuk Abdul Rahman Palil Abdul Rahman kemudiaannya dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Pengerusi KPNSL.

Dilaporkan KPNSL menjual tanah tersebut dengan harga yang murah, RM3 perkaki persegi.

Tanah itu kemudiannya dibeli oleh Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan harga berlipat kali ganda, RM25 sekaki persegi.

Menurut Laporan Audit PWC juga, skandal PKFZ di PPSB ini turut membabitkan beberapa pemimpin Umno dan BN.

Antaranya, Pengerusi KDSB Datuk Seri Azim Zabidi yang juga Bendahari Umno – Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) – Timbalan CEO Datuk Faizal Abdullah yang juga Ketua Pemuda Umno Kapar, dan ramai lagi yang lain.

Kos bagi melaksanakan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)dijangka melonjak kepada RM12.453 bilion jika Lembaga Pelabuhan Klang(PKA) gagal menjelaskan bayaran ansuran pinjaman Kementerian Kewangan mengikut jadual.

Dalam Hansard Parlimen Mei lalu, dilaporkan skandal yang bernilai RM1.6 bilion pada tahun 2002 itu melambung antara RM7.4532 bilion dan RM12.5bilion.

Dalam pada itu, individu dan tokoh pemimpin lain yang boleh dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah Tun Dr. Mahathir supaya skandal PKFZ Malaysia ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Baru-baru ini, Mantan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik melemparkan tanggungjawab atas kos dan penilaian daripada Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) tanah kepada mantan bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau mengatakan kos dan penilaian daripada tanah itu ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu, Dr Mahathir.

Beliau menambah lagi, Jabatan Pengangkutan adalah hanya menyatakan fakta bahawa tanah yang mereka inginkan. Tetapan kos, penilaian dan semua itu, bukan fungsi daripada Kementerian Pengangkutan dan juga mereka tidak mempunyai Jabatan Penilaian Itu kata bekas Menteri Pengangkutan pada masa itu, Tun Dr Ling Liong Sik

Seperti skandal Perwaja yang cuba diselesaikan oleh Tun Abdullah(mantan Perdana Menteri), tetapi akhinya skandal itu diam begitu saja apabila yang didakwa(Eric) sudah mati.

P/S : Harapan rakyat Malaysia supaya kes ini tidak terkubur begitu sahaja seperti yang berlaku pada kes Perwaja yang mana kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang tidak munasabah. Yang pentingnya semua yang terlibat mesti didakwa dan jangan ada dakwaan terpilih. Yang salah tetap salah. Yang hitam tidak akan menjadi putih merujuk kepada skandal PKFZ Malaysia ini.

IBU MUDA DIPENJARA 3 TAHUN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Seorang ibu muda Indonesia hari ini dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah memberi perlindungan kepada pengganas paling dikehendaki Noordin Mat Top, tahun lalu.


Meskipun Putri Munawaroh, 20, kelihatan tenang selepas hukuman dijatuhkan, penyokong-penyokongnya memekik ke arah panel hakim Mahkanah Daerah Jakarta hari ini.

“Allahu Akbar, harap anda dikutuk!” jerit seorang lelaki dengan menunjukkan jari ke arah Hakim Ida Bagus Dwiyantara.

Hakim pula memberitahu, Putri telah dibuktikan menyembunyikan maklumat tentang pengganas dan tindakannya bercanggah dengan kempen antipengganas yang dijalankan oleh kerajaan.

Bagaimanapun hukuman penjara itu, lima tahun lebih rendah berbanding yang dituntut oleh pendakwa raya.

“Tertuduh masih muda, dia tidak disabitkan sebarang kesalahan sebelum ini dan mempunyai seorang anak untuk dijaga,” kata Ida dipetik Jakarta Globe.

Peguam tertuduh, Achmad Michdan memberitahu pihaknya akan mengemukakan rayuan kerana panel menyabitkan kesalahan berdasarkan andaian yang sangat lemah.

“Pelanggan saya didapati bersalah menyembunyikan maklumant tentang Noordin dan seorang lagi lelaki hanya kerana dia sentiasa menutup pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah,” kata peguam.

“Tiada apa-apa maklumat dalam perbicaraan yang boleh membuktikan bahwa Putri memang mengenali tetamunya sebelum mereka tinggal di rumah itu.

“Ia persoalan utama dalam tuduhan yang tidak boleh dijawab, tetapi dia disabitkan kesalahan akhirnya,” katanya.

Noordin ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan ke atas rumah milik wanita berkenaan pertengahan September 2009.

Dia dikatakan terbunuh apabila meletupkan dirinya setelah pasukan keselamatan menggempur sebuah rumah di Solo, yang dipercayai menjadi tempat pesrembunyian Noordin dan konco-konconya.

Tiga suspek telah ditangkap dalam serbuan itu, termasuk Putri serta dua yang lain.

Kematian Noordin membawa kepada tamatnya pemburuan ke atas pengganas kelahiran Malaysia itu, yang terlibat dalam beberapa siri keganasan di Indonesia sejak awal alaf ini, termasuk letupan ke atas sebuah kelab malam di Bali pada 2002, yang mengorbankan lebih 202 pengunjung, kebanyakannya warga Australia.

Noordin turut terlibat dalam beberapa serangan ke atas kepentingan barat termasuk Amerika Syarikat di Indonesia dan letupan trak ke atas Kedutaan Australia di sini pada 2004.

KEMPEN ANTI SPEED TRAP ISNIN INI
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

PAS akan melancarkan Kempen Antisaman Ekor Isnin ini bagi membela pemandu dan pemilik kenderaan yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana mendakwa tindakan pihak berkuasa itu bertentangan dengan perlembagaan negara.


Jawatankuasa kempen itu yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor.

“Ini kerana kita melihat tindakan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kerana mempunyai saman ekor amat bertentangan, malah kita akan kemukakan bukti bersama nanti,” katanya.

Beliau berkata kesalahan-kesalahan mengatakan pemilik kenderaan bersalah tidak wajar kerana tiada bukti yang kukuh.

“Tidak semestinya pemilik kenderaan bersalah apabila kenderaannya disaman oleh polis atau JPJ, mungkin orang lain yang menaiki kenderaan tersebut.

“Jadi ia tidak ada bukti jelas dan JPJ juga sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka.

“Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak sokong pemandu yang memandu tanpa etika, cuma kita mahu JPJ bertindak adil kepada pemilik kenderaan,” katanya.

Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia.

29 Jul 2010

DAH LEBIH SEDEKAT KELUAR FATWA BARU NAK IKUT...
KHAT KUFI on CANVAS29 Jul 2010 0 Komentar


Hari Pahlawan disambut di Dataran Merdeka pada Sabtu ini — buat kali pertama berlangsung tanpa acara letak kalungan bunga dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara, yang menjadi amalan biasa sebelum ini.

Sambutan kali ini diubah suai dan dijalankan mengikut fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan lebih sedekad lalu, dan yang terbaru April 2009.

Perubahan lokasi sambutan juga selari dengan keputusan majlis tersebut yang memutuskan Tugu Negara di ibu negara, berusia lebih empat dekad, bertentangan dengan hukum syarak.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyempurnakan sambutan kali ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam cuti sehingga awal bulan depan.

Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan “Last Post”, bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera.

Ia telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.

Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

UDAH-UDAH LE SIASAT : CUT TARI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Artis Cut Tari menggesa pihak polis agar menghentikan siasatan berhubung klip video adegan seks yang disebarkan menerusi alam siber sejak awal bulan lalu.


Pengurusnya, Hotman Paris Hutapea telah menemui polis bersama Cut Tari dan suaminya Yusuf Soebrata di sini semalam.

“Saya, Cut Tari dan suaminya tadi menemui penyiasat untuk menanyakan kepastian perkembangan kes sekarang, yang ternyata penyebar video sudah pun dikenali pasti,” kata Hotman yang dipetik Antara dan Jakarta Globe.

Polis sudah pun menahan tiga orang yang disyaki mengedarkan klip video itu, yang adegannya bersama penyanyi Nazriel Ilham atau Ariel iaitu RJ, BT dan US.

Seramai 13 orang suspek telah disiasat setakat ini.

“Kami datang untuk meminta kepastian dan menjelaskan bahawa Cut Tari benar-benar adalah merupakan mangsa (kes ini),” kata beliau.

Menurut Hotman, pengertian pornografi adalah menghukum orang yang menyebarkan.

“Dengan tertangkapnya mereka yang menyebarkan (rakaman), maka semakin jelas kedudukan Cut Tari bahawa tidak sama sekali melakukan penyebaran, kita beri contoh bahawa untuk kes Maria Eva dulu yang bersangkutan bahkan merakam video tersebut, namun kesnya dihentikan,” katanya.

Sepuluh orang dipercayai telah menyebarkan video porno Ariel itu telah disiasat di bawah undang-undang informasi dan transaksi elektronik (ITE).

Cut Tari dan Luna Maya juga dikategorikan sebagai suspek dalam kes ini.

Prof Aziz: Benar guru aktif berpolitik langkah silap Umno-BN
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Keputusan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini, yang diumumkan semalam adalah satu langkah “terdesak Umno-BN” yang silap, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan seharusnya memansuhkan terus Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mengehendaki kakitangan awam memperoleh kebenaran bertulis daripada ketua perkhidmatan awam jika mahu terlibat dalam politik.

“Ia satu langkah yang silap. Dari sudut parti politik Umno, keputusan itu adalah langkah terdesak mereka, mereka cuba untuk menggunakan selok-belok undang-undang dan peraturan (untuk kepentingan Umno-BN) untuk memperdayakan rakyat,” kata Aziz (gambar) ketika ditemui selepas Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini hari ini.

“Langkah ini memang tidak logik. Pengumuman Ketua Setiausaha Negara menjadi bahan ketawa,” katanya Aziz lagi.

Aziz memberitahu langkah membenarkan guru-guru kumpulan itu terlibat aktif dalam politik akan menjejaskan aspek keberkecualian guru dalam perkhidmatan awam.

Mengulas lanjut mengenai aspek keberkecualian, Aziz tidak menolak kemungkinan elemen salah guna kuasa dengan memihak kepada parti-parti politik tertentu akan wujud dalam jangka panjang jika langkah baru ini dilaksanakan.

“Kini pun masalah ini sudah wujud, misalnya di universiti-universiti awam yang mengguna pakai AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), sangat jelas kewujudan salah guna kuasa di mana naib-naib canselor boleh menentukan siapa yang boleh mengambil bahagian dalam politik atau tidak.

“Jangan beritahu saya yang naib canselor tidak boleh menentukan sama ada permohonan seseorang untuk menyertai aktif dalam PKR, PAS diluluskan atau tidak, sudah pasti Umno,” kata beliau dengan menambah, persekitaran politik semasa jauh berbeza ketika negara merdeka.

BETUL LA PERKESO MELABUR DI CARLSBERG SELAMA NIE
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Dewan Negara dimaklumkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah menjual semua sahamnya dalam syarikat minuman keras, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg), baru-baru ini.


Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata saham itu dijual berikutan keputusan PERKESO melupuskan saham sedemikian pada April lalu.

Pada masa sekarang, PERKESO tidak mempunyai mana-mana saham di dalam syarikat itu walaupun pada satu ketika memang betul ia membeli saham syarikat ini, katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) peringkat kementeriannya di Dewan Negara, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Mumtaz Md Nawi yang meminta kementerian memberi penjelasan sama ada PERKESO masih lagi mempunyai pegangan saham dalam syarikat itu pada sesi perbahasan sebelum ini.

Subramaniam berkata, PERKESO tidak akan lagi membeli saham dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang dianggap haram oleh agama seperti arak dan perjudian.
gambo hiasan je...

KENYATAAN MEDIA : JAKIM PERLU PERKENAL LOGO HARAM
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KENYATAAN MEDIA
29 Julai 2010 / 17 Syaaban 1431
JAKIM PERLU PERKENAL LOGO HARAM

Kini lambakan barangan atau produk haram bagi ummat Islam kian bertambah malah semakin membimbangkan umat Islam. Lebih malang terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.

Fenomena ini mencetus kekeliruan dan memerangkap umat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti JAKIM, pihak berwajib ini juga mesti berani untuk mengisytiharkan produk - produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.

Setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal, Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram.

Sebelum ini , telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka justeru mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal , sementara pihak JAKIM tidak mempunyai skuad yang mencukupi untuk membuat pemantauan yang serius.

DPPP menjangka , andainya JAKIM mengisytiharkan produk - produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut, peluang untuk lambakan barangan haram dipasaran akan menjadi lebih kecil. Pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo haram jika mereka benar - benar mahu mencari produk halal di pasaran.

Sebahagian besar pengguna tidak mampu untuk mengenali dan mengetahui kod - kod barangan yang haram seperti produk yang mempunyai gelatin dan sebagainya termasuk produk haram yang diimport dari Israel. Kod - kod barangan yang mengandungi bahan - bahan haram hendaklah diganti dengan logo haram.

Jika logo haram dapat dikuatkuasa , maka mudahlah bagi JAKIM yang selalu menyatakan bahawa mereka mengalami kekurangan tenaga untuk memantau , justeru produk haram ini tidaklah sebanyak produk halal di pasaran.

Risiko pemalsuan logo haram juga mungkin lebih kecil berbanding pemalsuan logo halal. Lantaran logo halal menarik perhatian pengguna sementara logo haram tentunya menjauhkan pengguna.

Kaedah Islam, asal sesuatu perkara (produk) ialah halal kecuali telah datang nas yang jelas mengharamkannya atau produk itu bercampur dengan bahan dan unsur haram. Ertinya yang haram ini jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah produk yang halal . Sepatutnya yang haram itulah diletakkan logonya iaitu Logo Haram bukan logo halal .

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

28 Jul 2010

JIMAK DI BULAN RAMADHAN SELEPAS MEMBATALKAN PUASA ... BOLEH KE DAK?
KHAT KUFI on CANVAS28 Jul 2010 0 Komentar

Pertama, perlu dingatkan bahawa sengaja berbuka puasa di bulan Ramadhan adalah dosa besar sama ada berbuka dengan makan, minum atau bersetubuh (jimak). Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesiapa berbuka puasa sehari di bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya” (Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Orang yang melakukan perbuatan di atas ia telah melakukan dua dosa; pertama, dosa berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah di bulan Ramadhan. Berbalik kepada soalan; adakah tetap diwajib kaffarah ke atasnya?, para ulamak berbeza pandangan;

1. Jumhur ulamak (merangkumi Imam Abu Hanifah, Imam Malik , Imam Ahmad dan sebagainya) berpendapat; ia tetap dikenakan kaffarah kerana ia melakukan persetubuhan ketika kewajipan puasa Ramadhan masih terbelenggu atas dirinya. Orang yang berbuka puasa di bulan Ramadhan –tanpa sebarang keuzuran- walaupun puasanya batal, namun kewajipan puasa tetap tidak gugur darinya. Jadi, apabila ia bersetubuh, persetubuhan itu berlaku ketika kewajipan puasa atas dirinya masih berjalan dan kerana itu tetap dikenakan kaffarah ke atasnya mengikut pandangan teramai para ulamak.

2. Mazhab Syafi’ie; menurut mazhab Syafi’ie; tidak dikenakan kaffarah ke atasnya kerana persetubuhan itu berlaku ketika ia tidak lagi berpuasa. Jadi, mazhab Syafi’ie tidak melihat kepada kewajipan puasa, akan tetapi melihat kepada wujud puasa atau tidak ketika persetubuhan itu berlaku. Jadi, menurut mazhab Syafi’ie; persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa (yakni puasa masih ada dan kemudian dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.

Pandangan yang rajih bagi masalah ini ialah pandangan jumhur ulamak kerana ia menutup pintu helah kepada orang-orang yang ingin melanggar hukum Syariat. Jika tidak dikenakan kaffarah, nescaya semua orang yang ingin bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan akan melakukan sedemikian; mereka akan makan terlebih dahulu, kemudian melakukan persetubuhan . Maka tidak ada makna Syariat mewajibkan kaffarah jika sedikit helah sahaja sudah dapat menidakkannya. Kerana itu para ulamak hari ini menegaskan; pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur tadi.


Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://islamqa.com/ar/ref/38287/صوم).

MARADONA KENE PECAT...MALAYSIA BOLEH AMBIL JADI JURULATIH
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar



Diego Maradona dipecat sebagai jurulatih pasukan Argentina menerusi keputusan sebulat suara oleh lembaga Persatuan Bola Sepak Argentina (AAA), semalam.

AAA memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak beliau sebagai jurulatih kebangsaan, kata jurucakap persatuan.

Masa depan Maradona menjadi tanda tanya sejak Argentina tewas 4-0 di tangan Jerman pada pertemuan suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini.

27 Jul 2010

BUKAN SAHAJA SEKSI... BERBAKAT MENYANYI ANAK TPM KITE..
KHAT KUFI on CANVAS27 Jul 2010 2 Komentar

Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Najwa ingin menyemarakkan genre soul dan jazz di Malaysia terlebih dahulu. Najwa juga bangga dapat berganding suara dengan Maliq untuk lagu Kau Yang Punya. Dua tahun lalu beliau mendalami bidang seni ini di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), Kuala Lumpur, Najwa bakal terbang ke Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat. ~Sumber gambar dari carian google dan youtube.

...ku kirakan isteri bertudung ... kurang-kurang anak sopan le... rupenya hampeh....


WAKTU PEMBELAJARAN PEND ISLAM AKAN DIKURANGKAN???
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Perbincangan tidak rasmi ana dengan wakil daripada salah seorang 'orang' PPD sewaktu mengikuti kursus Bahasa Inggeris di salah sebuah PPD baru-baru ini berhubung dengan  kesan memansuhkan Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik Bahasa Inggeris (PPSMI) setelah mendapat tentangan habat daripada parti politik, NGO serta beberapa tokoh-tokoh bahasa. Beliau menyatakan bahasa kerajaan kini melalui Kementerian Pendidikan akan meningkatkan tahap kemahiran murid-murid sekolah rendah dalam penguasaan Bahasa Inggeris melalui tambahan jumlah pembelajaran dalam seminggu.

Menurut 'orang' tersebut yang juga antara ahli AJK yang terlibat dalam penggubalan dasar baru nanti menyatakan bawasa jumlah pembelajaran bahasa Inggeris akan di tambah daripada 8 jam kepada 11 jam bagi tahun satu dan 10 jam bagi tahun 2. Katanya lagi ini adalah kerana kerajaan cuba memberi tekanan terhadap konsep '3M' iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Kesan daripada itu maka pembelajaran Pendidikan Islam akan dikurangkan jumlah jamnya dalam seminggu dengan alasan Pendidikan Islam tidak melibatkan '3M' selain  alasan kebanyakan murid-murid sekolah rendah ada menghadiri Sekolah Rendah Agama selepas/ sebelum pada waktu sekolah.

Tambahnya lagi walaupun ini masih lagi dalam perbincangan dan belum dibuat keputusan rasmi berkenaan dengan isu tersebut. Setakat ini kerajaan lebih menjurus kearah cadangan tersebut disamping akan memansuhkan mata pelajaran Sains pada masa hadapan kelak.

.... SO NAMPAKNYA BUDAK-BUDAK SEKARANG MAKAN PANDAI LE BAHASA INGGERIS... SYABAS!!!

TERKINI : DEMO KEPALA LEMBU... SEORANG DIPENJARA & DENDA...
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Seorang dipenjara seminggu dan didenda RM3,000 - selepas tuduhan dipinda - mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan 'kepala lembu' membantah pembinaan sebuah kuil di Seksyen 23 di sini tahun lalu.


Seorang lagi tertuduh dikenakan denda RM3,000 manakala empat yang lain dilepaskan.

Mereka sebahagian daripada 12 lelaki yang dikenakan tuduhan berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan tunjuk perasaan itu yang diadakan Ogos lalu.

Kumpulan 12 penunjuk perasaan ini mengaku bersalah apabila dikenakan tuduhan alternatif mengadakan perhimpunan haram.

Enam tertuduh yang lain didenda RM1,000 kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.

Terdahulu pagi tadi, kesemua mereka yang tahun lalu didakwa berhubung protes berkaitan kepala lembu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan alternatif menyertai perhimpunan haram.

Mereka sebahagian daripada sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan SUK) di sini dengan membawa kepala lembu pada 28 Ogos lalu untuk membantah pembinaan kuil di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Islam.

Mereka membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariamman berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 dan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

KENYATAAN MEDIA : ISA-UMNO/BN GAGAL DENGAR SUARA RAKYAT
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KENYATAAN MEDIA
26 Julai 2010 / 14 Syaaban 1431
ISA-UMNO/BN GAGAL DENGAR SUARA RAKYAT

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyatakan kekesalan atas tangkapan terbaru ISA terhadap seorang pemuda, Fadzlullah yang ditahan di Sg.Buloh tempohari.

Fadzlullah, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. Polis hanya mendakwa beliau mengunakan kedudukannya sebagai guru agama untuk merekrut pelajar menjadi ahli Jemaah Islamiah (JI).

Akhbar melaporkan kononnya Fadzlullah ada kaitan dengan seorang pendakwah dari Syria, Aiman Dakak dan seorang guru dari Malaysia, Azzahari Murad. Pada Januari tahun ini, Aiman ditahan dengan sembilan orang lagi atas alasan disyaki pengganas, manakala Azzahari masih ditahan di bawah undang-undang pencegahan.

DPPP menyifatkan tangkapan terbaru ISA ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO/BN gagal mendengar suara rakyat. Kalau dalam tindakan menarik balik Lesen Judi Bola, PM mengatakan kerajaan ‘mendengar’ rintihan rakyat namun beberapa tindakan kerajaan kebelakangan ini tidak langsung mencerminkan yang kerajaan mengambil kira suara rakyat. Sebagai contoh, kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini. Dengan mengumumkan kenaikan ketika hari terakhir parlimen bersidang sehingga tidak sempat hendak dibahaskan, adakah ini melambangkan kerajaan mendengar suara rakyat?

Begitu juga dalam isu ISA ini, sememang tindakan kerajaan bermotifkan politik demi memuaskan hati sekutu mereka iaitu AS. DPPP juga mengecam kerajaan UMNO/BN yang memberikan alasan keagamaan untuk menghalalkan akta zalim ini sedangkan dalam masa yang sama ‘berkokok’ kononya meletakkan Islam dihadapan untuk diperjuangkan. Ternyata UMNO/BN hanya berlakon untuk mengaburi mata rakyat supaya menyokong mereka dalam pilihanraya umum akan datang.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KAMI DATANG SEBAB NAK TENGOK BRAHIM YANG TAK BUAT KERJA
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Majlis Sambutan Jaguh Kampung Pahlawan Melayu Tok Him anjuran penyokong-penyokong Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Dataran Stesen Keretapi Pasir Mas pada 17 Julai 2010 lalu didakwa dihadiri oleh lebih 2,500 orang rakyat Pasir Mas.

Sebenarnya rakyat Pasir Mas yang hadir pada majlis berkenaan bukanlah bertujuan untuk menyambut jaguh kampung seperti yang didakwanya... sebenarnya yang hadir itu ingin melihat wakil rakyat mereka yang tidak malu dan tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat Pasir Mas... termasuklah yang menyesal pangkah dia masa pilihanraya dulu...







GURU SOKONG BN SAHAJA DIBENARKAN BERPOLITIK!!!
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.


“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di bawah Peraturan 21(2) baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (KSKP) terlebih dahulu.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

.... nampaknya kalau nak sokong pembangkang pastikan dapat surat kebenaran bertulis dahulu daripada KSKP... tup tap tup tap dapat surat lain... 'surat tukar sekolah' ke pendalaman Sabah....

PENEROKA FELCRA JANGAN LUPA HUJUNG MINGGU INI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

PAS menganjurkan perhimpunan menyentuh nasib peneroka Felcra yang mana akan diadakan hujung minggu ini di Perak.

Ia pertemuan pertama membabitkan peneroka-peneroka Felcra.

Parti Islam ini menjangkakan kira-kira 1,000 peneroka akan menyertai perhimpunan yang akan berlangsung di Felcra Bandar Seberang, Sabtu dan Ahad ini.

Ketua lajnah tanah dan pembangunan wilayah PAS, Mazlan Aliman mendakwa Felcra tidak memberi layanan yang baik sebagaimana dialami peneroka Felda.

“Mereka berhadapan dengan masalah yang serupa, mereka menerima dividen rendah dan berikat dengan perjanjian tidak adil.

Kata beliau, pihaknya telah mengaturkan ceramah dan sesi pembentangan kertas kerja.
Felcra ditubuhkan pada 1966 dengan fokus untuk membangunkan tanah-tanah persendirian dalam usaha memperbaiki taraf orang Melayu di kawasan luar bandar.

Malah agensi ini juga membuka kawasan penempatan dan perladangan baru bagi mereka yang tiada tanah.
Ia dinaikkan taraf sebagai Felcra Berhad, syarikat milik kerajaan pada 1997.

PAS bersama rakan mereka di PR telah mendedahkan kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan Felda termasuk salah guna dana dalam usaha memikat pengundi kalangan peneroka dianggarkan 100,000 orang.

Sebahagian peneroka menyokong BN pada pilihan raya umum lalu, menyebabkan PR gagal di kawasan luar bandar ini - kawasan yang majoriti pengundinya adalah oranhg Melayu.

APA SALAHNYA SURAT SOKONGAN UNTUK KAWAN-KAWAN...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KJ (gambar) sambil mengakui wujudnya “Napoleon Kecil” dalam perkhidmatan awam yang “bertindak atas motivasi tertentu”, peranan ahli-ahli politik dalam memberi surat sokongan tidak boleh diketepikan sama sekali.


“Di sini, saya ingin mengatakan bahawa suka atau tidak, di kalangan penjawat awam juga terdapat ‘Napoleon Kecil’ yang bertindak atas motivasi tertentu.

“Hakikatnya, kakitangan awam juga tidak terlepas daripada kemungkinan salah guna kuasa melalui tindakan ‘pilih kasih’ atau favouritism,” kata Khairy (gambar) dalam tulisan blognya berhubung arahan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan baru-baru ini yang mengarahkan kakitangan awam agar melaporkan sebarang kes di mana ahli politik cuba mempengaruhi pemberian kontrak kerajaan melalui surat sokongan mahupun secara lisan.

“Apa guna kita mengadakan pilihan raya untuk memilih wakil rakyat sekiranya perkara seperti menulis surat sokongan pun tidak dibenarkan?, katanya lagi.

“Jika seorang wakil rakyat gagal membuktikan kebolehan membantu dan membela rakyat, maka beliau akan diundi keluar, manakala kakitangan awam pula tidak dipilih,” katanya.

Oleh itu, saran Khairy, pihak-pihak tertentu jangan terlalu cepat memandang serong peranan wakil rakyat dalam menyokong sesuatu permohonan kepada Kerajaan.

26 Jul 2010

Mafia Di Itali Gunakan Gereja,'Mafia' Malaysia Gunakan Masjid
Pejuang Muda26 Jul 2010 0 Komentar



Seorang bishop di Itali menulis sebuah surat terbuka kepada bos mafia Itali.Beliau memohon mereka untuk berhenti menggunakan tempat-tempat suci sebagai upacara mereka.Monsignor Giuseppe Fiorini Morosini, bishop Locri Gerace di Calabria berkata bahawa lebih dari 300 orang yang diduga anggota kelompok mafia - termasuk "Godfather" berusia 80 tahun, Domenico Oppedisano menggunakan sebuah gereja untuk upacara mereka.

Sebuah rakaman kamera tersembunyi,yang dikeluarkan oleh pihak polis telah merakam upacara perlantikan 'AJK' dengan dimulai bos mereka 'dilantik' di bawah patung Maria di dekat Reggio Calabria .
gambar hiasan je

Melayu lemah ?!?! Betoi ke???
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Dato' Hj Tn Ibrahim Tn Man - Naib Presiden PAS


Kata Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man, “PAS bertanding di kawasan UMNO hampir keseluruhannya. Ini bermakna sama ada UMNO menang atau PAS menang, kerusi Melayu juga dimenangi oleh orang Melayu. Jadi kekuatan orang Melayu hampir sama sahaja dengan perpaduan atau tidak.

“Maka dari berada dalam genggaman Melayu perasuah, Melayu penyelewengan dalam UMNO, baiklah orang Melayu bagi peluang kepada PAS yang akan melaksanakan dasar Islam bagi keadilan untuk semua”

copy from : http://dupahang.wordpress.com/2010/07/23/ayat-power-dato-tuan-ibrahim/


NAMPAK SANGAT PERKASA 'EJEN UMNO'
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) menggesa kerajaan menyiasat dakwaan Datuk Kalimullah Hassan bahawa pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menggunakan bom C4 pada 2006 melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.


Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Zahid Mat Arip berkata, "dakwaan Kalimullah itu disiarkan oleh portal berita "The Malaysian Insider". Dakwaan ini berunsur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan Najib."

“Kalimullah telah menyiarkan berita itu sebelum polis membuat penyelidikan terhadap kes berkenaan dan ini menyebabkan imej Najib tercalar.

“Saya yakin beliau mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan Najib yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan,” katanya ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today, hari ini.

Ujar beliau, "siasatan terhadap Kalimullah perlu dijalankan berdasarkan artikel-artikel yang disiarkan bertujuan untuk mengelirukan rakyat tentang kewibawaan seorang tokoh negara.

Menurutnya, Kalimullah bertindak demikian kerana ingin membantu pihak tertentu bagi mengalih pandangan umum supaya menyokong mereka.

Zahid turut mempertikaikan kontrak bernilai jutaan ringgit yang diberikan kepada syarikat milik Kalimullah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kontrak yang beliau perolehi daripada LHDN itu menimbulkan keraguan orang ramai dan LHDN harus menjelaskan perkara ini supaya tidak disalah anggap," terang beliau.

BILA RFC NAK BUKAK KAT KL NIE???
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KOTA BHARU: Kumpulan HDA Industries Sdn Bhd (HDA) membuka restoran makanan segera Islam yang pertama, Radix Fried Chicken (RFC), di Bandar Baru Kubang Kerian dekat sini semalam.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah merasmikan pembukaan restoran itu. Keistimewaan RFC ialah ia menghidangkan ayam goreng organik, lapor Bernama.

Pengarah Urusan HDA, Ismail Ahmad berkata pihaknya bercadang memperluaskan projek ternakan ayam jenis ini, iaitu yang diberi bahan makanan organik, untuk dibekalkan kepada semua rangkaian restorannya yang bakal dibuka.

“Kita bercadang membuka rantaian 11 lagi restoran ini menjadikan 12 buah kesemuanya sebelum akhir tahun ini,” katanya pada majlis perasmian itu.

RFC yang pertama terletak di Sungai Petani, Kedah yang dibuka sejak tiga tahun lalu.

PERSOALAN MEMBACA YASSIN MALAM NISFU SYAABAN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Soalan:

Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini.
Jawab:
Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dania bukan peristiwa yang disyari'atkan.
------------------
Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?
Jawab:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)
-----------------
Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan apa yg diceritakan.
Jawab:
Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah DaimahArab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz Basri Ibrahim, Kusza...Penjelasan: Baca yaasin tidak bid'ah.Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.
------------------
Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?


Jawab:
Pendapat tersebut adalah Dha'if. Perkara di atas terdapat di dalam beberapa kitab tetapi nas atau sumbernya tiada yang sahih. Tiada ditemui sumber/nas sahih berkaitan perkara di atas setelah dilakukan kajian mendalam oleh berbagai pihak.

-------------------
Soalan :
Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ?

Jawab:
Berkata Imam asSyawkani (Nailool Awthor, Jld 3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas 15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis dha'ef.

LA TAK IKHLAS RUPA NYE SEBELUM NIE
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Dekatilah masyarakat dengan ikhlas, bukannya sekadar ‘masuk frame’ atau menonjolkan diri untuk mencuri perhatian, demikian ingatan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin kepada anggota pergerakan itu hari ini.


Beliau berkata, keikhlasan adalah lebih penting kerana sebagai pemimpin mereka tahu siapa yang membuat kerja dan siapa pula sebaliknya.


“Kita kena tunjuk bahawa Umno ini sentiasa dekat kepada rakyat. Sebab itu saya tegur Pemuda, sekiranya saya turun untuk membuat gotong-royong tak perlulah dikerumuni dengan rombongan... itu nampak macam kita sengaja nak masuk frame.

“Pemuda kena keluar daripada budaya nak masuk frame. Saya tahu siapa yang buat kerja. Jadi tak payahlah nak masuk frame kalau nak dinilai oleh saya sebagai Ketua Pemuda,” katanya.

Khairy berkata, budaya menonjolkan diri ketika menyertai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pemimpin perlu dihindarkan, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan pemimpin dan pegawai kerajaan agar menjauhi budaya ingin popular.

Beliau berkata, janganlah apabila hanya ketika pemimpin atasan turun ke bawah barulah seseorang itu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah melakukannya.

“Program ini akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan (la sampai pilihanraya je..ingatkan sampai bile2) datang kerana yakin lebih berkesan daripada hanya berceramah kerana ia terus menyentuh hati rakyat dan pengundi,” katanya.

HARUSSANI PUN CKP GITU...MEMANG XLEH BERSATU PUNYE..
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

“Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.

Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.


“Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.

“Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula,” katanya.

Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”

23 Jul 2010

MAHFUZ : OK GAK TUBUH PARTI BARU... BARU MERIAH SIKIT
KHAT KUFI on CANVAS23 Jul 2010 0 Komentar

Seolah-olah menyindir cadangan Ibrahim supaya ditubuhkan parti Melayu baru, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, “baguslah kalau ada parti baru.”

Katanya, PAS memang mengalu-alukan cadangan tersebut kerana ia akan membuktikan amalan demokrasi subur di negara ini.
“Kalau beliau (Ibrahim) nak jadikan Perkasa sebagai parti politik pun bagus juga, ia akan memurnikan lagi politik dalam negara.

“Tidak perlu bubar PAS ataupun Umno, nanti ada tiga parti Melayu iaitu PAS, Umno dan Perkasa. Baru meriah sikit, nanti biar rakyat sahaja yang buat keputusan parti mana yang mereka mahu,” kata Mahfuz .

PAS menolak bulat-bulat idea Presiden Perkasam agar kedua-dua parti Melayu-Islam itu dibubarkan bagi mengorak langkah penubuhan parti baru jika usaha kerjasama perpaduan gagal menjadi realiti.


PENDAKWA BERCINTA NGAN SEPUL 'BONTOT' LA PULAK
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.


Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

TUBUH PARTI PERKASA... BUBAR UMNO & PAS...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Ibrahim Ali berkata sebuah parti Perkasa Melayu yang baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal. Katanya lagi parti baru ini seharusnya mengadaptasikan objektif kedua-dua PAS dan Umno.

“Saya tahu idea ini sesuatu yang provokatif, tetapi perlembagaan untuk satu parti Melayu yang baru, yang menggabungkan matlamat PAS dan Umno boleh dirangka oleh sebuah jawatankuasa pemandu,” kata Ibrahim (gambar).

Kata beliau, ia adalah mekanisme menjaga air muka, sekali gus mengelakkan persoalan sama ada PAS harus menyertai Barisan ataupun sebaliknya tidak timbul sama sekali.

“Bubarkan PAS, bubarkan Umno dan semua sertai parti baru,” katanya.

NIK AZIZ : PAS UMNO TOKLEH JALIN KERJASAMA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas PAS dan Umno tidak boleh berunding daripada segi politik kerana kedua-dua parti itu mempunyai dasar parti yang berbeza.


“Keputusan itu bukan keputusan saya, tetapi telah diputus oleh parti (dalam muktamar PAS) di Ipoh dua tahun lepas.

“Tak boleh... Umno dasar lain, PAS lain, tak boleh kerana dasar kedua-dua parti itu berlainan antara satu sama lain,” kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan kilang lombong emas usahasama CNC Goldmine Limited dari China dengan Perdabanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di Kampung Sokor, dekat sini.

Nik Aziz yang juga Pengerusi PKINK berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasaruddin Hassan Tantawi bahawa PAS dan Umno masih mempunyai harapan untuk bekerjasama demi perpaduan Melayu

22 Jul 2010

KING OF THE KINGS'
KHAT KUFI on CANVAS22 Jul 2010 0 Komentar


Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe, Ohio, US. Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber.
Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.




Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya.
Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.