30 Jun 2010

MUNGKIN INILAH ANTARA SEBAB 'ULAMA' MASUK UMNO
Abu Nu'man30 Jun 2010 1 Komentar

....Kerja sebagai Penasihat Agama IJN... kot kerje jampi serapah ataupun bacakan yassin pada orang yang nak kene operate kot...  tak pun kerja menjawab hukum derma jantung.... terus dapat gelaran 'ulama'... mabuk pil kuda barangkali UMNO nie....
------------------------------------------------------------------------
Petaling Jaya, April - Anak bekas Mufti Perlis (sebelum MAZA), Fathul Bari Mat Jahya yang mengetuai 40 'ulama' masuk UMNO APCO... memfailkan saman pemula terhadap Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa dakwaan dan pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah terhadap mereka tidak sah.
Fathul Bari, 30, Penasihat Agama di Institut Jantung Negara (IJN) menamakan Mains sebagai defendan pertama. Mereka turut menamakan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan kedua dalam saman pemula yang difailkan menerusi firma guaman Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.
Beliau lulusan sarjana Usuluddin dari Universiti Yarmouk, Jordan pada 2008 mendakwa ditangkap, 28 Februari lalu. Fathul Bari mendakwa, ketika itu beliau menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul di Maahad Ittiba Sunah, Kilometer 15, Jalan Seremban Lama, Kuala Pilah.

**gua rasa YDP Wangsa Maju mesti kenal mamat nie....

(GAMBAR) KERETA MALAYSIA DARIPADA TIN BISKUT???
Abu Nu'man 1 Komentar

(gambar hiasan)

... kepada para mengeluar kereta tempatan... jgn terlalu mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan kualiti dan keselamatan penggunanya...

SEMUA BLOGGER DIJEMPUT PETANG INI KE PARLIMEN
Abu Nu'man 0 Komentar

MEMO MEDIA

Semua Editor, Blogger dan Wartawan,

Media Massa & Media Baru.
Saudara / saudari,

SIDANG MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT -PENDEDAHAN PENIPUAN UMNO BERKAITAN KEMASUKKAN 40 ULAM
Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan sidang media tersebut seperti berikut :-
     Tarikh : 30 Jun 2010 ( Rabu )
     Masa : 4.30 Petang
     Tempat : Lobi Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur

Sidang media akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Nasruddin Hassan At-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan.

Sekian, Terima kasih.

‘ Yang Menjalankan Tugas’

Fadhil Osman
Pegawai Media
Dewan PEMUDA PAS Pusat

LAGI AKHBAR PROKSI UMNO DITERBITKAN ESOK
Abu Nu'man 0 Komentar

Ketika Suara Keadilan berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran isu Felda, Perkasa akan mengeluarkan edisi sulung akhbarnya — Suara Perkasa esok.

Akhbar terbitan dua kali sebulan itu akan memasuki pasaran mulai 1 Julai, kata pemimpin kanannya.

Surat khabar itu menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam, kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.

Difahamkan edisi pertama akan diedarkan dalam lingkungan 50,000 naskhah.

Perkasa, yang kelahirannya mendapat perhatian pelbagai pihak keras pendiriannya yang lantang dan dilihat ultra Melayu, didaftarkan pada 12 Sept 2008 sebagai badan untuk membela orang Melayu dan Bumiputera.

Pendirian Perkasa mendapat sokongan berbelah bahagi dari dalam dan luar Umno.

Perkasa juga dilihat sebagai penggerak kepada penubuhan Majlis Perundingan Melayu yang dilancarkan awal Mac lalu.

... berita cam nie kot nak kuar dlm edisi pertama Suara Perkasa????...

ANDA BLOGGER? AWAS!!!
Abu Nu'man 0 Komentar

Seorang penerbit dan penulis blog yang dikenali sebagai ‘Putera Jihad’ dikenakan hukuman penjara lima tahun hari ini kerana bersubahat dalam serangan pengebom berani mati ke atas dua hotel mewah di ibu negara ini tahun lepas.


Mohammed Jibril Abdurahman, 25, ditangkap di pejabat syarikat media Ar-Rahmah miliknya beberapa minggu selepas serangan bom di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz-Carlton yang membunuh tujuh orang pada 17 Julai 2009.
Jibril, anak seorang ulama yang dikatakan radikal, didapati bersalah menyembunyikan maklumat mengenai jenayah keganasan dan memalsukan dokumen, iaitu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun.

Katanya, tertuduh berkelakuan sopan di mahkamah dan dengan itu wajar menerima hukuman lebih ringan daripada yang dituntut oleh pendakwa raya.

Jibril juga didapati tidak terlibat secara aktif dalam komplot serangan bom itu.

Letupan bom di dua hotel tersebut kembali menggegarkan Indonesia selepas empat tahun negara ini bebas daripada serangan yang didakwa didalangi oleh ketua militan, Noordin Mat Top yang dibunuh oleh polis pada September lalu.

Berpuluh-puluh suspek pengganas ditangkap atau dibunuh berikutan serangan bom itu, termasuk kebanyakan orang kanan Noordin.

Ketua operasi serangan, Syaifudin Jaelani ditembak mati pada Oktober lepas.

Menurut pendakwa raya, Jibril menemui Noordin dan Syaifudin sebelum letupan bom itu dan memberitahu saudara lelakinya mengenai serangan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

29 Jun 2010

RUMAH HANTU JOM HEBOH... PORT BAIK RABA ANAK GADIS...
Abu Nu'man29 Jun 2010 0 Komentar

Dua 'HANTU' masing-masing berasal dari Nepal dan Bangladesh ditahan kerana mencabul dua gadis yang mengunjungi Karnival Jom Heboh di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, tengah hari kelmarin.


Mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dalam dua kejadian berasingan. Dalam kejadian pertama kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa berusia 20 tahun yang mengunjungi Karnival Jom Heboh memasuki rumah hantu itu untuk melihat pameran menyeramkan. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata pada masa sama, suspek warga Nepal yang kebetulan berada dalam rumah hantu itu menyamar sebagai hantu sebelum memeluk mangsa dari belakang dengan tujuan menakutkan gadis terbabit.

Katanya, akibat terkejut dipeluk lelaki terbabit, mangsa menjerit ketakutan dan meminta pertolongan pengunjung Karnival Jom Heboh sebelum berjaya memberkas suspek.

Dalam kejadian kedua, katanya, seorang lagi gadis turut menjadi mangsa tetapi suspek kali ini lelaki warga Bangladesh.

Katanya, suspek terbabit bertindak memegang dada mangsa ketika gadis berkenaan sedang berjalan dalam rumah hantu.

Katanya, kedua-dua suspek yang ditahan dalam kejadian itu akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

LARANG PESAWAT ISRAEL LALU DIUDARA... APATAH LAGI BERLABUH
Abu Nu'man 0 Komentar

Malaysia Turki semalam melarang tentera Israel menggunakan ruang udara negaranya selepas kejadian kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang komando negara itu yang mengorbankan sembilan orang, bulan lalu.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Malaysia Turki, Najib Tun Razak Recep Tayyip Erdogan selepas wujud tekanan supaya kedua-dua negara melihat semula hubungan yang pernah terjalin sebelum ini. Dalam serangan komando Israel ke atas kapal misi Gaza itu, lapan yang maut adalah warga Turki dan seorang lagi memiliki dua kerakyatan iaitu Turki dan Amerika Syarikat. “Mereka (Israel) memohon keizinan Poland untuk menggunakan ruang udaranya pada hari pertama selepas kejadian serangan 31 Mei lalu.

"Bagaimanapun, mereka (Israel) tidak diberi kebenaran," kata Najib Erdogan kepada pemberita selepas pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Kanada.

.... Malaysia Turki  membenarkan kapal Israel berlabuh di pelabuhan negara mereka kita semata-mata atas tujuan perdagangan pada awal Jun lalu...

KHABAR ANGIN : PKR KENA AMBIL PEDULI
Abu Nu'man 0 Komentar

Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.


Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.

SMS itu berbunyi “empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB.”

Nik Nazmi merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa bulan depan.

Amirudin memberitahu yang, beliau dan rakan-rakannya menghormati keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

“Tidak, tidak... sebelum saudara tanya saya jawab soal dulu, tidak. Setakat ini tiada apa-apa, kami kekal dengan PKR,” kata Amirudin sebaik sahaja dihubungi The Malaysian Insider.

Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: “saya baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan.”

Dalam pada itu, Suhaimi juga melahirkan pandangan yang sama dengan berkata tidak tahu-menahu apa-apa cerita sebenar.

Khalid dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan daripada sekumpulan puak di dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar.

Kumpulan itu juga dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

KENYATAAN MEDIA DPPP: PEMBATALAN LESEN JUDI-BENARKAH DENGAR PENDAPAT RAKYAT?
Abu Nu'man 0 Komentar

KENYATAAN MEDIA
28 Jun 2010 / 15 Rejab 1431
PEMBATALAN LESEN JUDI-BENARKAH DENGAR PENDAPAT RAKYAT?

Keputusan kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Dato’Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik harus dipersoalkan keikhlasannya.

Ini kerana Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa hal-hal berkaitan judi ini telah ada nas yang jelas dan pasti berdasarkan ayat Surah Al Maaidah ayat 90. Oleh itu tidak perlu perkara ini dibincangkan atau ditimbang-timbangkan. Kenapa hanya judi sahaja yang dipertimbangkan sedangkan ISA, Hudud, rasuah, arak, aurat, pusat maksiat yang semakin membiak di negara ini tidak dibincangkan dalam konteks agama. Kemudiannya DPPP juga mempersoalkan sejak bila kerajaan UMNO/BN mempertimbangkan sesuatu perkara mengambil kira pendapat rakyat sedangkan sebelum ini mengapa tidak pernah mendengar akan rintihan rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.

Lagipun keputusan yang diumumkan oleh PM hanya dibuat selepas mesyuarat MT UMNO. UMNO bukannya sebuah kerajaan tetapi hanya satu parti politik yang bergabung dengan parti –parti lain di dalam BN membentuk kerajaan. Sejak bila mesyuarat MT menentukan polisi negara? Besarkah kuasa MT UMNO? Kemana perginya kabinet kerajaan Malaysia?

Jelas disini kerajaan semakin takut akan kebangkitan rakyat yang begitu memarahi kerajaan UMNO/BN yang suka bertindak mengikut penilaian politik tanpa memikirkan akibatnya kepada rakyat marhaen. DPPP mencabar agar kerajaan juga menyatakan pendirian mereka berkaitan hal-hal yang lain yang lebih memerlukan pendapat rakyat. Jangan hanya berpura-pura untuk mengambil hati rakyat demi ‘survival’ politik sahaja. PM juga disaran agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan atau membuat sesuatu keputusan tanpa membelakangkan kabinet kerajaan Malaysia kerana yang memerintah bukannya parti UMNO.

Disediakan oleh

UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

NIE SUME KORANG PUNYE PASAL LA
Abu Nu'man 0 Komentar

Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.


Tan mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.

Aktiviti pertaruhan haram di Malaysia dianggarkan boleh menjana pulangan bernilai RM20 bilion setahun.
Tan mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.

Pada majlis itu beliau juga menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi.

Bagaimanapun sumber-sumber yang melihat surat itu berkata tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Berjaya menyebut syarikat itu sangat kecewa dengan keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang telah diberikan secara dasarnya.

BN SERAWAK TAKDE TELOQ
Abu Nu'man 0 Komentar

BN Serawak nampaknya sudah hilang teloqnya bila membuat kenyataan kepada mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Michael Manyin (gambo).

Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.

Manyin berkata oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat.

“Bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan, kerajaan negeri mahu Ketua Kaum bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan cadangan,” katanya.

Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.

“Tidak ada undian atau pilihan raya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Temenggong Bidayuh akan memimpin seramai 152 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum berbangsa Bidayuh manakala Temenggong Melayu akan memimpin 111 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Samarahan

28 Jun 2010

NIE YANG MAKCIK SAYANG PM NIE
Abu Nu'man28 Jun 2010 0 Komentar

Makcik menyambut baik keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan di negara ini menunjukkan kerajaan sekarang mendengar pandangan rakyat dengan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan itu kepada Ascort Sports Sdn Bhd.

PM berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti rakyat di negara ini juga pertimbangan agama serta kesan politik yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Sebelum ini kerajaan mempertimbangkan cadangan mengeluarkan lesen tersebut bagi membendung pertaruhan haram khususnya ketika acara sukan yang besar berlangsung seperti Piala Dunia.

Menurut beliau, keputusan tersebut disokong penuh oleh MT dalam perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat malam ini kerana masing-masing telah mengambil kira pandangan masyarakat.


Selain pembangkang dan NGO, pemberian lesen judi sukan tersebut turut dibantah oleh Umno Johor, Kedah, Perak dan Pemuda Umno.

Malah, Gabungan Mansuhkan Judi (GMJ) akan mengadakan perhimpunan membantah pemberian lesen tersebut pada 3 Julai ini.

GAMBAR ARIEL (18 SG)
Abu Nu'man 1 Komentar

.... SAYA ARIEL GAK TAPI BUKAN ARIEL PETERPORN TAPI ARIEL SHARON LAKNATULLAH...

Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon Laknatullah sehingga kini tidak dapat sedikitpun maklumat akan 'kematiaannya' setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Sheba, selepas dikesan mengalami jangkitan baru di bahagian jantungnya pada penghujung tahun 2006. Inilah kekejaman paling dahsyat pernah dilakukan Sharon Laknatullah dan dosa besarnya tidak akan sedikit pun dilupakan umat Islam.

Namun begitulah hakikat putaran hidup manusia yang gemar menumpahkan darah ini. Saluran ke otak yang tersumbat menyebabkan seluruh sistem tubuhnya rosak dan dia lumpuh seluruh badan, tidak lagi dapat berbuat apa-apa.

Tuhan memperlihatkan kekuasaannya untuk menjadi teladan manusia lain apabila jasad Sharon mula membusuk satudemi satu sedangkan dia masih hidup. Kini hanya masa menentukan bila riwayat Sharon berakhir.

Jelas seperti apa dinyatakan dalam al-Quran surah Fusilat ayat 53, Allah berfirman yang maksudnya: “Kami akan memperlihatkan mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslahkepada mereka bahawa al-Quran itu benar.

SAYA CAKAP DARI KONTEKS PERLEMBAGAAN
Abu Nu'man 0 Komentar

Karpal yang genap 70 tahun hari ini memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.


Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun Karpal menegaskan, kesemuanya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan persekutuan.

“Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” katanya.

“Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’,” katanya.

“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.

“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,” kata Karpal.

Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk PR.

Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.

“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional.

“Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.

KITA KASI PKR TOUCH UP SIKIT
Abu Nu'man 0 Komentar

Di sebalik desas-desus mahu menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini mengumumkan rombakan kepimpinan negeri dengan Azmin Ali mengambil alih jawatan pengerusi negeri Selangor berkuat kuasa hari ini.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim pula mengambil alih kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Azmin.

Kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar tidak mengalami sebarang perubahan.

Rombakan diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat di sini petang ini.

Wan Azizah berkata, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan perhatian terhadap soal pentadbiran kerajaan negeri.

25 Jun 2010

ULTRAMEN TURUT SOKONG JEPUN KE SECOND ROUND
Abu Nu'man25 Jun 2010 0 Komentar

Persatuan Ultramen se Jepun pun turut same sokong negara mereka...


.... Jepun mendapat sokongan padu daripada ultramen dan rakyatnya sendiri....

Jepun menjadi wakil Asia kedua melangkah ke pusingan kedua apabila mengejutkan Denmark 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Royal Bafokeng, awal pagi tadi. Gol dijaringkan oleh Honda (17), Endo (30) dan Okazaki (87) sementara gol tunggal Denmark dijaringkan oleh Tomasson pada minit ke 81.

Jepun mengiring Belanda selaku juara kumpulan yang mudah menewaskan Cameroon 2-1.

DR MAZA SERTAI UMNO NEXT WEEK????
Abu Nu'man 0 Komentar

Bekas mufti Perlis Dr MAZA, dikatakan akan mengisytiharkan penyertaannya menyertai UMNO pada minggu hadapan. Beliau yang disebut-sebut akan menyertai Umno hari ini, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).


Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan bahawa MAZA telah mengubah fikiran dua tiga hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) pada hari jumaat ini (hari ini).
Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.

“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu.

... KITA TUNGGU DAN LIHAT JE LAH....

BEKAS AWEK AKU TURUN MAHKAMAH... APA CITE NI???
Abu Nu'man 0 Komentar

Semalam, bekas awek aku ,Maya Karin, yang  dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, muncul di Mahkamah Tinggi Syariah untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah.


Aku difahamkan Maya dan Steven hadir ke mahkamah untuk mendaftar perkahwinan mereka.

Malah ada yang berkata proses pendaftaran perlu jika berhadapan dengan kemungkinan cerai kelak.

“Maya dan suaminya hadir ke mahkamah untuk mengesahkan perkahwinannya.

“Selain itu, mereka juga tiada berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri,” kata pegawai mahkamah itu.

Maya Karin awal tahun ini menafikan mereka akan bercerai.

Steven pula hadir pada pukul 3 petang dengan memakai kot berwarna hitam dan meninggalkan mahkamah kira-kira 45 minit kemudian.

Pasangan tersebut meninggalkan kawasan mahkamah berasingan.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Maya dan suaminya Steven bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai kehadiran mereka ke mahkamah.

24 Jun 2010

BERTUDUNG... TAPI TAK BERBAJU... APE KES???
Abu Nu'man24 Jun 2010 1 Komentar

..dah..dah...dah...pergi buat kerje.... tgk blog je kerje...

LANTAK KORANG LA!!!
Abu Nu'man 0 Komentar

Brahim Ali pagi ini membidas KJ dengan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” dengan mempertahankan Ketua Pemuda MCA semalam.
Brahim mendakwa KJ buat tidak faham maksud yang tersirat dalam kenyataan Wee Ka Siong minggu lalu ketika mempersoalkan “adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA.”

“Pasal itu Perkasa marah. Mana mungkin Mara hendak disamakan dengan JPA. Mara khas untuk Melayu.

“JPA untuk semua kaum. Kalau hendak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu.

“Apalah Ahli Parlimen macam KJ tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Mana dia faham makna yang tersurat dan tersirat’. Kalau macam itu baik berhenti jadi Ahli Parlimen, sama macam Ka Siong,” katanya.

Brahim persoal tindakan KJ yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) sanggup menggadaikan bangsa sendiri dalam isu tersebut.

Katanya lagi ini kali pertama Pergerakan Pemuda Umno menggadaikan maruah orang Melayu dan parti.

“Saya ada bukti kenyataan Wee... Pemuda Umno pertama kali dalam sejarah jual bangsa bawah Khairy,” kata Brahim.
 
.....LANTAK KORANG LAH... APA AKU KISAH...

PERMOHONAN PERMIT HIMPUNAN AMAN GMJ 03 JULAI 2010 JAM 4 PTG INI
Abu Nu'man 0 Komentar

MEMO MEDIA


Kepada :-

Semua Editor, Blogger dan Wartawan,

Media Massa & Media Baru.
Saudara / saudari,

PERMOHONAN PERMIT HIMPUNAN AMAN GMJ 03 JULAI 2010
Adalah dimaklumkan bahawa GMJ akan membuat permohonan permit untuk perhimpunan aman GMJ pada :-


         Tarikh : 24 Jun 2010 ( KHAMIS )

         Masa : 4.30 Petang

         Tempat : Balai Polis Dang Wangi

Semua dijemput hadir untuk membuat liputan.

Sekian, Terima kasih.

‘ Yang Menjalankan Tugas’

Fadhil Osman
Pegawai Media
GMJ
017-333 9668

HISHAMUDIN BAPOK TAKUT JAWAB SOALAN
Abu Nu'man 0 Komentar

Disebabkan kegagalan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop menjawab asakan soalan ke atasnya, menyebabkan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) mendesak agar Menteri terbabit, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien turun ke dewan memberikan penjelasan bagi menjawap setiap persoalan mereka.
"Jika Timbalan Menteri tidak beri penjelasan lebih baik tidak datang dewan… dapat jawab atau tidak? Jika tidak, sepatutnya dia kata tiada jawapan.

"Saya tahu Menteri (Hishammuddin) ada di atas, suruh dia turun," kata Azmin Ali (PKR-Gombak) yang mahu penjelasan mengenai bidang kuasa Imigresen bagi menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ia diikuti oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang turut mendesak Menteri terbabit turut memberi penjelasan ekoran kegagalan Abu Seman berbuat demikian.


"Menteri mana? Lebih baik tangguhkan panggil Menteri datang. Ini menghina parlimen tiada jawapan memuaskan diterima," kata Kit Siang yang bingkas bangun menuntut penjelasan Abu Seman bagi setiap persoalan rakan seangkatannya dalam PR.

23 Jun 2010

LAGI AJARAN 1 MALAYSIA ISLAM HADHARI
Abu Nu'man23 Jun 2010 0 Komentar

nie lagi sekor.... camni pun ade juga kat Malaysiaku tercinta...

MAKAN DI KEDAI PELAYAN TUTUP AURAT DEH
Abu Nu'man 0 Komentar

Kerajaan negeri dicadangkan supaya mengadakan kempen "makan di kedai yang pelayannya menutup aurat" untuk mengelakkan dosa di kalangan umat Islam ketika mengunjungi kedai-kedai makan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, kempen itu perlu dilaksanakan kerana kebanyakan pengusaha kedai makan tidak menitikberatkan perkara tersebut walaupun ia haram di sisi agama.
"Kita telah lihat ada kempen yang dibuat seperti jaga kebersihan. Jadi saya cadangkan kerajaan buat satu kempen, makanlah di kedai-kedai yang pelayannya menutup aurat atau dengan ayat lain yang lebih elok tetapi memberi maksud yang sama.
"Kalau masuk kedai yang pelayannya tidak menutup aurat, kita tok lebai pun naik 'ra' (nafsu) juga," katanya ketika mengajukan soalan tambahan pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan ketika menjawab soalan itu berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan tersebut tetapi perlu mencari kaedah terbaik sekiranya berhasrat untuk melaksanakannya.

Terdahulu, menjawab soalan lisan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (Pas-Kemuning) mengenai pelanggaran syarat menutup aurat di kalangan penjual makanan dan minuman, Takiyuddin berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan meningkatkan pengawasan bagi tujuan itu.
Katanya, mengikut undang-undang kecil PBT di negeri ini, para peniaga Islam di semua PBT mesti menutup aurat manakala bukan Islam perlu berpakaian sopan.

DR MAZA PERTAHAN TUAN GURU ABDUL HADI
Abu Nu'man 0 Komentar

Mengapa Kerajaan BN Berbohong?
(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.

........................ (Petikan daripada http://drmaza.com/home/?p=1165)


Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya

(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

23 Jun 2010

Petikan daripada http://drmaza.com/home/?p=1165

HAK ASASI & ISLAM HADHARI ....2X5 JE
Abu Nu'man 0 Komentar

Pak Lah nie agaknya terlupa kepada konsep 'Islam Hadhari' yang dicanangkan olehnya semasa dia menjadi PM dulu... tapi perkara yang melalaikan dibenarkan, maksiat penuh berleluasa, rasuah semakin banyak, salah guna kuasa semakin bertambah. wat malu jer memperkenalkan islam hadhari tapi benda yang mengundang kemaksiatan dibenarkan... bukan ke same dengan hak asasi ??? ....
............................................................................................................................
KUALA LUMPUR : Aktivis dan pengamal hak asasi diingatkan supaya berhati-hati dalam memahami konsep dan amalan hak tersebut agar tidak melampaui batas agama, budaya, dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan.


Ini kerana ramai penyokong dan aktivis hak asasi tersilap anggap mengenai konsep dan amalan itu sehingga memberikan keutamaan yang berlebihan.

Demikian menurut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya semasa merasmikan Seminar Agama dan Hak Asasi Manusia: : Ke Arah Pemurniaan Kefahaman" di Institit Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.

Abdullah yang juga Pengerusi IKIM berkata, konflik antara hak asasi manusia dengan agama yang selalu ditonjolkan dalam media seperti isu murtad perlu diperbetulkan.

CAMNE NAK HALALKAN JUDI??? TUGASAN PERTAMA 50 ULAMA' & PENSYARAH
Abu Nu'man 0 Komentar

Dengar-dengar 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan 'ulama', dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini.
Tapi difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama.

Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.

“Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami,” kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno.

Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi.

Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai “cendekiawan berkecuali.”

Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama.

.... KITA TUNGGU JE LAH...

KESIAN KEPADA TUAN RUMAH
Abu Nu'man 0 Komentar

JOHANNESBURG, 23 Jun — Korea Selatan, negara Asia pertama melangkah ke pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010 awal pagi tadi.

Pasukan Korea Selatan memperoleh satu mata selepas terikat 2-2 dengan Nigeria, bagi membolehkannya muncul tempat kedua dalam Kumpulan B dengan empat mata.

Juara Kumpulan B Argentina menewaskan Greece 2-0.

Sementara negara Asia mencatatkan nama di pusingan kedua, dua negara dari benua Afrika mengucapkan selamat jalan dan mengakhiri perjalanan mereka.

Selain Nigeria, pasukan tuan rumah juga mengalami nasib yang sama walaupun mereka mengatasi juara edisi 1998, Perancis.

Kemenangan 2-1 ke atas Perancis yang berhadapan dengan ‘krisis dalaman’ sejak seminggu lalu tidak cukup untuk ke pusingan kedua.
Afrika Selatan merupakan negara tuan rumah pertama gagal ke pusingan kedua.

Mexico memperoleh tiket ke pusingan kedua dari Kumpulan A dengan perbezaan jaringan.

Mexico dan Afrika Selatan mengumpulkan empat mata.

Kumpulan A dijuarai oleh Uruguay yang mengatasi Mexico 1-0.

Daripada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam tadi dan awal pagi ini waktu Malaysia, Kumpulan A menawarkan Uruguay dan Mexico manakala Kumpulan B menyediakan Argentina dan Korea Selatan untuk pusingan kedua yang menjanjikan persaingan 16 pasukan.

22 Jun 2010

KES TEMBAK REMAJA : PERBICARAAN 12 OKTOBER
Abu Nu'man22 Jun 2010 0 Komentar


Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan 12 Oktober depan bagi memulakan perbicaraaan berhubung kes kematian pelajar tingkatan 3 Aminulrasyid yang didakwa ditembak mati oleh Koperal Jenain Subi pada 26 April lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar memberikan tempoh selama tujuh hari perbicaraan dijalankan bermula 12 oktober ini.

Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokthar mengatakan seramai 15 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes kematian tersebut pada tarikh perbicaraan dimulakan.

Peguambela kepada Koperal Jenain Subi, Salim Bashir berkata, pihak pendakwaan telah memberi 38 dokumen untuk dikemukakan tetapi ia akan dinilai semula dalam masa terdekat ini.

" Jika kita memerlukan dokumen tambahan, kita akan membuat permohonan. Setakat ini yang kita terima, kes ditangguhkan kepada 12 oktober nanti untuk dibicarakan.

" Sebagai peguambela, saya akan meneliti dokumen yang diberikan untuk memastikan Jenian mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

LANTAK HANG LAH NONG CHIK
Abu Nu'man 0 Komentar

Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru menyatakan pendirian tegas tidak mahu terlibat dalam “pertelingkahan politik” dengan mana-mana pihak termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.


Setiausaha Agung MAS Shamsuri Suradi berkata setiap pendapat yang disuarakan itu hanya bersifat peribadi semata-mata dan tidak akan memberikan kesan kepada badan itu.

“MAS tidak kisah apa yang orang nak kata kerana itu pandangan dan pendapat peribadi mereka jadi kami tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan itu.

“Begitu juga dengan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang kata MAS tidak mempunyai hak dalam pembangunan Kampung Baru, bagi kami itu hanya pendapat peribadi beliau yang penting kami tahu apa tanggungjawab dan peranan kami terhadap Kampung Baru.

“Justeru kami tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap isu ini lagi sehingga kami mengadakan mesyuarat,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.

BAGI LA UMNO ADAKAN JUDI WORLD CUP....
Abu Nu'man 0 Komentar

Sejak 11 Jun hingga semalam, sebanyak 156 serbuan dilakukan di seluruh negara dengan 120 orang ditahan melibatkan nilai pertaruhan berjumlah RM300.7 juta.


Daripada jumlah itu, Bukit Aman sendiri melalui operasi yang dijalankan oleh Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) telah menahan 30 orang melibatkan nilai pertaruhan sebanyak RM200 juta.
Ada di antara mereka yang ditahan merupakan pelajar, namun beliau enggan mengulas lanjut jumlah mereka yang ditahan itu.

Beliau percaya lebih 200,000 orang rakyat negara ini yang terlibat dengan pertaruhan judi bola sepak itu sejak Piala Dunia bermula pada 11 Jun.
Nilai pertaruhan bagi setiap satu sindiket boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 bagi satu perlawanan dan boleh mencapai sehingga RM100,000 bagi tiga perlawanan sehari.

Ops Soga akan diteruskan sehingga tamat Piala Dunia, 12 Julai, namun polis akan meneruskan operasi pemantauan terhadap sindiket perjudian bola sepak yang melibatkan liga-liga bola sepak yang lain.

21 Jun 2010

MUNG WAK GAPO AWANG ADEK?.. TAK RETI2 NAK SURUH KERAJAAN PUSAT BAGI ROYALTI MINYOK
Abu Nu'man21 Jun 2010 0 Komentar

Pada 25 Okt tahun lalu, ketika pembentangan bajet negeri, Kerajaan Negeri Kelantan dianggar mengalami bajet defisit sebanyak RM29.50 juta pada tahun ini dengan perbelanjaan mengurusnya dianggarkan berjumlah RM416.88 juta berbanding hasil yang dianggar berjumlah RM387.38 juta.


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata defisit bagi tahun 2010 dijangka berjumlah RM29.50 juta berbanding defisit bajet 2009 berjumlah RM20.20 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata Kelantan akan terus mengalami defisit belanjawan selagi negeri itu gagal mencari punca hasil baru bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.

Nik Abdul Aziz berkata tiga Exco mempunyai dua timbalan memandangkan skop portfolio yang disandangnnya besar dan luas iaitu Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, yang dipergerusikan Exco Kanan, Datuk Husam Musa; Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, yang dipengerusikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, dipengerusikan Datuk Takiyuddin Hassan.

Exco lain yang mempunyai seorang timbalan ialah Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri dipengerusikan Dr Mohd Fadzli Hassan; Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah.

Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Desa dan Bioteknologi Che Abdullah Mat Nawi; Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar, Jawatankuasa Perumahan, Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar Mohd Anizam Abdul Rahman serta Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan Sukan Negeri Abdul Fatah Mahmood.

Nik Abdul Aziz berharap dengan pelantikan jawatan timbalan itu akan melincinkan lagi pentadbiran negeri di samping dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cekap.

TERPULANG PADA ANTA NAK KOREK LUBANG MANE
Abu Nu'man 0 Komentar

Jangan korek lubang sendiri.” Demikian rumusan nasihat Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengulas mengenai kemungkinan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno, Jumaat ini.


Idris berkata, pihaknya berharap Asri tidak akan menyertai Umno dengan mengambil kira perkembangan dan pengalaman masa lalu dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

“Kita tidak ada benda (tidak kisah), cuma kita berharap beliau tidak sertai Umno... kami kesian dengan dia, tak mahu apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar (Ibrahim) berulang dan kena pada beliau,” kata Idris ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Betul atau tidak (akan masuk Umno) belum pasti, tetapi saya berharap beliau tidak akan masuk Umno,” kata beliau.

Asri yang mempunyai ramai kawan dalam PAS juga pernah disebut-sebut cuba dirujuk oleh parti Islam ini.

Idris berkata Asri juga menghadiri majlis pengebumian pemimpin veteran PAS Hassan Shukri minggu lalu.

Idris berkata, kedudukan PAS tidak akan terjejas meskipun Asri menyertai Umno, yang disebut-sebut akan menjadi kenyataan Jumaat ini.

Turut akan sertai bersama Asri iala kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi.

20 Jun 2010

Negara Kapiaq tak bagi KAPAL Israel masuk berlabuh negara depa..TAPI kita....
chedet20 Jun 2010 0 Komentar

oleh AnakKedah

Weldone MALAYSIA.. Mulut jerit anti Israel.. mai tang perut pecah berteraboq...

1) Following the Gaza Attack, Swedish Dockworkers Decide to Block Israeli Ships


Nine of the activists died as a result of the interception of the Israeli troops on the convoy carrying humanitarian aid and 50 others were injured. According to Peter Annerback, the spokesperson for the Swedish Port Workers Union, the workers of this union will block Israeli ships and not handle any of their goods during June 15-24. All of 1500 members of the Swedish Port Workers Union have mutually decided to support the 'Ship to Gaza' which was a part of the aid flotilla.

He further added that the decision to block Israeli ships and goods was taken to condemn the criminal attack on the ship convoy which was peaceful and non-violent. Since the identification of cargos with Israeli origin is still to be undertaken, there is no clear current picture available to determine how much this decision will affect the trade between these two countries of Israel and Sweden.

2) South African dockworkers announce ban on Israeli ship; Palestinians salute decision

FREE PALESTINE! ISOLATE APARTHEID ISRAEL!

The Congress of South African Trade Unions (COSATU) and Palestine Solidarity Committee (PSC) launch Week of Action for Palestine supported by the Young Communist League and other progressive organisations

February 3, 2009 -- In a historic development for South Africa, South African dock workers have announced their determination not to offload a ship from Israel that is scheduled to dock in Durban on Sunday, February 8, 2009. This follows the decision by COSATU to strengthen the campaign in South Africa for boycotts, divestment and sanctions against apartheid Israel.

The pledge by the South African Transport and Allied Workers Union (SATAWU) members in Durban reflects the commitment by South African workers to refuse to support oppression and exploitation across the globe.

Sedangkan di Malaysia...

Kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.

Jelasnya, perkara tersebut turut dinyatakan dalam laporan awal yang diterima oleh kementerian daripada Westports Berhad yang turut menetapkan peraturan untuk dipatuhi oleh kapal-kapal Israel apabila memasuki pelabuhan itu.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti.

"Contohnya, menurut peraturan yang ditetapkan, kapal-kapal Israel tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia.

"Di samping itu, anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Tambahan pula, barang-barang keluaran Israel tidak boleh dibawa masuk ke negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Biro Teknologi Baru dan Inovasi MCA di ibu pejabat parti itu di Jalan Ampang hari ini.

Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit hari ini mempersoalkan kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sedangkan Malaysia dan Israel tidak menjalinkan hubungan diplomatik.

Justeru, secara automatik hubungan dagang dengan Israel tidak patut berlaku.

Menurut laporan, Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.

Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.

Mengulas mengenai laporan bahawa pelabuhan Malaysia telah menerima kapal kargo Israel sejak 1998, Cho Ha menjelaskan, kemasukan kapal Israel adalah dibenarkan bagi tujuan perdagangan antarabangsa.

Sementara itu, Unit Komunikasi Westports Berhad ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan.

Mahasiswa Cabar Jamil Khir Buktikan Militan Di Mesir
chedet 0 Komentar

Isu kewujudan militan di bumi Mesir semakin dipanaskan, tambahan pula perencahnya ditambah oleh seorang kakitangan kerajaan yang bernama Khairi. Maka, saya mencabar Dato Seri Jamil Khir Baharom untuk buktikan dua perkara :

1. Buktikan kewujudan militan di Mesir, kemudian...
2. Buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap dalam pemikiran mahasiswa di Mesir

Sebelum ini, beliau berapi-api menyatakan di dalam akhbar kewujudan militan di Mesir dan bahayanya kerana boleh mempengaruhi mahasiswa di sini. Beliau menambah lagi bahawa “pegawai-pegawai” yang dihantar ke Mesir mampu mengawal dan memastikan perkara ini tidak berlaku.

Di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan di akhbar 17 Jun :

"Di Mesir terdapat hampir 6,000 pelajar kita yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang terutama agama dan perubatan, sudah tentu mereka terdedah dengan pelbagai aliran dan fahaman perjuangan serta pergerakan atas nama Islam.

"Namun, kita mempunyai pegawai-pegawai yang sentiasa mengawasi dan berkerjasama dengan pelbagai pihak agar pelajar kita tidak terlibat dengan sebarang gerakan yang melampau," katanya.

Beliau berkata lagi :

Beliau diminta mengulas kebimbangan kemungkinan para pelajar terutama yang mengikuti pengajian di beberapa negara terutama Mesir, Jordan dan Syria terpengaruh dengan pergerakan ekstrem termasuk kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Saya mencabar beliau, sekiranya benar kenyataan ini dibuatkan berdasarkan bukti, silakan untuk membuktikan kedua-dua bukti tadi. Bertambah parah apabila kakitangan kerajaan di Mesir yang bernama Khairi, telah mendakwa bahawa Ikhwanul Muslimin adalah nama lama bagi JI. Beliau menulisnya di dalam Facebook beliau.

Khairi Jalalluddin : Jihad yang sering disalah ertikan oleh puak militan JI atau nama lamanya Ikhwan Muslimin. (17 Jun, 11.04 pm)

Tuduhan-tuduhan mengarut seperti ini perlu dibersihkan. Sila buktikan kewujudan militan di Mesir, sila buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap pemikiran Melayu di Mesir dan sila buktikan Ikhwanul Muslimin itu adalah nama lama bagi JI.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

18 Jun 2010

Kejahatan Goldman Sachs
Pejuang Muda18 Jun 2010 0 Komentar

im_coming

Sesuatu yang perlu diketahui oleh ahli ekonomi Malaysia ialah penyebab kejatuhan ekonomi Greece baru-baru ini adalah berpunca dari Goldman Sachs. Apakah Malaysia mahu perkara itu terjadi di negara ini?

Goldman Sachs memang sangat berpengaruh dalam penguasaan keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan. Mereka mampu membuli pelabur dan bank-bank tempatan mengikut dasar-dasar zionis mereka tanpa sebarang ancaman......BACA DI SINI

1 SEN PUNYE PASAL JUTAAN RINGGIT DIHABISKAN
Abu Nu'man 1 Komentar

Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan yang juga Pengarah Pilihanraya PKR memberitahu, jika benar hakim mahkamah mahu menjaga kepentingan rakyat dengan mengelakkan pilihan raya kecil, maka beliau harus meneliti semula penghakimannya mengenakan denda RM2,000.


Oleh itu kata Fuziah, nasib Tian Chua hari ini berdasarkan “penghakiman satu sen.”

“Ia persoalan penghakiman satu sen. Jika denda yang dikenakan RM1,999.99 (kurang satu sen), beliau sudah terlepas daripada implikasi (hilang kerusi),” katanya.

“Hakim seharusnya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengkaji semula denda dikenakan.

“Dan, kini ia antara satu sen dan beribu atau berjuta ringgit yang akan dibelanjakan dalam pilihan raya kecil,” katanya.

Dalam pada lain, Lim Guan Eng mencadangkan agar Zaid Ibrahim adalah calon yang sesuai diletakkan di kawasan bandar ini, apapun itu terpulang kepada Jawatankuasa PKR dalam menentukan calon.

SPRM KECEWA DENGAN SAKSI NORZA
Abu Nu'man 0 Komentar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan tindakan sesetengah saksi kes yang berpaling tadah dengan memberi keterangan bercanggah di mahkamah dengan keterangan yang diberikan kepadanya.


Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata sebagai contoh kes rasuah yang membabitkan Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya Halimi Kamaruzaman yang dilepas dan dibebaskan mahkamah daripada pertuduhan rasuah kerana keterangan sembilan saksi kes itu bercanggah dengan percakapan awal mereka kepada SPRM.


Mustafar berkata apabila keterangan saksi itu bertukar, pihak pendakwaan SPRM terpaksa menarik balik pertuduhan dan terpaksa berhenti menerima keterangan saksi.

Katanya lagi, ini menyebabkan sesetengah kes yang dibicarakan terpaksa ditutup kerana pihak pendakwaan SPRM tidak mahu menerima keterangan lanjut saksi disebabkan keterangan yang bercanggah.

“Apabila perkara ini berlaku Timbalan Pendakwa raya (DPP) terpaksa menutup kes tersebut, jadi ada pihak yang akan menuding jari kepada kita kerana dikatakan tidak menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ini menyebabkan SPRM terpaksa mengambil tindakan terhadap saksi-saksi kes mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu dan boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan denda.

GIGI PUNYE PASAL MUNGKIN HILANG MP
Abu Nu'man 0 Komentar

Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua dilihat sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.


Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil.

Seorang bekas pegawai kanan SPR memberitahu, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Dalam buku bertajuk “Penjalanan Pilihan Raya Malaysia”, bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, “kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan

Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri.”

17 Jun 2010

TAZKIRAH DARI CHE DET : MELAYU KEMANA?
Abu Nu'man17 Jun 2010 4 Komentar

1. Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British ini akan memberi hak kepada sesiapa sahaja menjadi rakyatnya.

2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.

4. Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.

5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.

6. Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.

7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

8. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.

10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.

11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO Kehilangan penyokong.

12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

17. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.

19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

20. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

Wahai Melayu,

Kemana kamu?

dipetik dari : http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/06/melayu-kemana.html

KENE PIL KUDA BARANG KALI RAIS YATIM NIE???
Abu Nu'man 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 17 JUN - Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di sini bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya ketika menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.


.... kene pil kuda barang kali Dr. nie.... bagi satu channel TV utk pembangkang... ataupun satu slot siaran khas kepada pembangkang.... pukul 1 pagi pun takpe.... baru la nampak kebebasan media....

.... nak block blogspot kite daripada orang lain tengok... yang part tue aku pandai la.... nak sabotaj blog orang ??? Yang tue kene balajar lagi la... kalu aku tau nanti... mule2 sekali aku nak pelingkup GELI punye Facebook....

ENJIN JET : KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!!!
Abu Nu'man 1 Komentar

Peguam keluarga Sarjan N. Tharmendran, yang kini menghadapi tuduhan mencuri dua enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mahu mendedahkan semua dengan membuat laporan polis berhubung layanan buruk diterimanya ketika dalam reman.


Lawyer N. Surendran memberitahu bahawa anak guamnya dijadikan “kambing hitam” apabila dikenakan tuduhan bersubahat dan mencuri enjin-enjin pesawat jet F5 TUDM dan ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

“Dia hanya seorang staf berpangkat rendah dan kami percaya tuduhan ke atas dia hanya bertujuan melindungi pihak tertentu,” kata Surendran.

Kehilangan itu dilihat sebagai isu besar yang memalukan dan menjejaskan nama kerajaan ekoran siri peristiwa menimpa Kementerian Pertahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji tidak akan ada sebarang usaha untuk menutup kes tersebut.

Najib merupakan Menteri Pertahanan ketika kejadian manakala Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menerajui kementerian itu sekarang mendakwa ia merupakan satu kerja dalaman.

Surendran mendakwa anak guamnya itu dipaksa membuat pengakuan mencuri enjin-enjin itu.

Katanya, mereka akan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam memaksa sarjan TUDM itu selepas anggota keluarganya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pagi ini.


....terpaksalah terbang cara manual...

ZAHRAIN KAKI BLUE FILM RUPENYE...
Abu Nu'man 0 Komentar

Hari ini dalam Parlimen, Zahrain (Katak Bayan Baru) menggelar DSAI sebagai "Ketua Pembohong" kerana sentiasa membuat pembohongan.

Antaranya mendakwa yang DSAI sekali lagi berbohong apabila DSAI sendiri pernah melihat adegan skandals seks ahli seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR dan DSAI memiliki tape 'blue' tersebut. DSAI berjanji yang dia akan menunjukkan tape 'blue' tersebut kepada mereka (ahli PKR lain)... Namun sehingga ke hari ini DSAI tidak menunjukkan tape 'blue' yang didakwanya itu kepada mereka....

.... baru aku tahu rupenya yang Zahrain ini kaki filem blue... tue tak sabar-sabar nak tengok tape 'blue' tue... akhir sekali sebab DSAI tak bagi dia tape... tue yang lompat parti tue....

16 Jun 2010

BUAK GHUMOH ORGHE SUPE GHUMOH CHEK DIO...
Abu Nu'man16 Jun 2010 0 Komentar

Kerajaan Kelantan akan memulau majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di perkarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini malam ini dengan alasan penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini, Takiyuddin berkata, tindakan penganjur itu menyinggung perasaan kerajaan negeri yang diketepikan dalam banyak perkara.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Fiesta, juga berkata kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, katanya, semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti pertunjukan 1001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar, dibatalkan.

... PUOK-PUOK UMNO NIE KENE PIL KUDE APE??...

DAP PERAK BAKAL DAPAT RM10 JUTA... KAYO PAKCIK!!!
Abu Nu'man 0 Komentar


DAP Perak bakal mendapat RM10 juta setelah mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya dari Perak - Keshvinder Singh dan Datuk Hee Yit Foong — kerana melanggar kontrak kesetiaan yang mereka tandatangan selepas pilihan raya umum 2008. Di Perak, wakil-wakil rakyat yang bertindak keluar dikehendaki menandatangani perjanjian setia dengan bersetuju akan mengosongkan kerusi dan membayar denda RM5 juta.
Keshvinder keluar DAP semalam manakala Hee awal tahun lalu.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menegaskan perjanjian yang mereka tandatangan memerlukan wakil-wakil rakyat yang hendak keluar parti mengosongkan kerusi mereka dan bayar RM5 juta sebagai denda.

“DAP Malaysia akan memfailkan saman. Pada prinsipnya, kepimpinan tertinggi sudah bersetuju dengan ini, saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh dan mereka bersetuju.

“Bagaimanapun sebagai menghormati keseluruhan kepimpinan parti, kami hanya akan memfailkan saman selepas jawatankuasa eksekutif pusat parti mengadakan mesyuarat 28 Jun,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan hari ini.

Kepimpinan DAP Negeri Sembilan dan Perak telah meminta wakil rakyat yang dipilih menandatangai perjanjian kesetiaan selepas pilihan raya umum 2008 bagi mengelakkan tindakan lompat parti.

ORANG DAH CAKAP TAKDE... TAKDE LE.. TAK PAHAM-PAHAM...
Abu Nu'man 0 Komentar

“Berapa kali nak cakap yang Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports!!!”.


PMku Sayang menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Sehubungan itu PMku Sayang juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.

“Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.

“Tidak, lesen bukannya isu (sekarang),” kata beliau kepada wartawan diJabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan di sini.

PMku Sayang kelihatan cuba mengelak mengulas isu lesen pertaruhan selepas Kumpulan Berjaya menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia mengesahkan bahawa Perbendaraan telah mengeluarkan lesen kepada Ascot Sports.

PMku Sayang menegaskan pendiriannya ini ketika parti-parti politik – Pakatan Rakyat, pertubuhan bukan kerajaan dan Umno Johor membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan.

SIBUK SUNGGUH PMKU SAYANG DI KELANTAN HARI INI
Abu Nu'man 0 Komentar

PMku Sayang melakukan lawatan kerja sehari ke Kelantan hari ini.


Pada awal program lawatannya, PMku Sayang akan mempengerusikan mesyuarat Perhubungan Umno Kelantan yang berlangsung secara tertutup selama sejam pagi ini.

Selepas itu, PMku Sayang akan melancarkan Ar-Rahnu, Bank Islam dan kemudian berjalan kaki dari majlis pelancaran itu ke Stesen Teksi dan Kereta Sewa Pohon Pinang di sini.

Pada tengah hari, beliau akan menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, dekat sini, yang merupakan kunjungan pertama PMku Sayang  terhadap Baginda setelah pulang pada Mac lepas dari menjalani rawatan perubatan akibat masalah jantung di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

PMku Sayang  dijadual merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Wat Machimmaram, Jubakar, Tumpat dan akan menyerahkan bantuan Wang Ehsan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 6 Bawah.

Selepas itu, PMku Sayang dijadual menghadap Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra di Istana Telipot, Kota Bharu.

Malam ini, PMku Sayang akan menghadiri Majlis Kelantan Fiesta 2010 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, yang akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan. PMku Sayang dijangka bertolak ke ibu negara selepas majlis itu.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.