31 Mei 2010

KPD SEMUA BLOGGERS : SIDANG MEDIA GERAKAN MEMBANTAH JUDI
KHAT KUFI on CANVAS31 Mei 2010 0 Komentar

MEMO MEDIA




Semua Editor, Blogger dan Wartawan,
Media Massa & Media Baru.
Saudara / saudari,

SIDANG MEDIA MESYUARAT KALI PERTAMA
GERAKAN MEMBANTAH JUDI (GMJ)

Adalah dimaklumkan bahawa GMJ akan mengadakan sidang media tersebut seperti berikut :-
   Tarikh : 01 Jun 2010 ( SELASA )
    Masa : 6.00 Petang
 Tempat : Tingkat 22, Pejabat SUK ,
                Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Sidang media akan diketuai oleh Suhaizan Kaiat, Pengerusi GMJ.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan.

Sekian, Terima kasih.

‘ Yang Menjalankan Tugas’
Fadhil Osman
Pegawai Media
GMJ
03-2692 5000

KHAIRY KECEWA TERTONGGENG-TERTONGGENG
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini kecewa setelah gagal dalam permohonannya bagi mengenepikan penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman RM100 juta.


Peguam Anwar, SN Nair memberitahu pemberita di sini bahawa Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Yahya menolak permohonan Khairy untuk mengenepikan penghakiman ingkar itu dengan kos.

Anwar turut diwakili oleh Wan Anwar Shadat, manakala Khairy diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah serta Badrul Munir Bukhari.

Pada 4 Disember 2008 Anwar memperolehi penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi terhadap Khairy apabila Khairy gagal memasukkan kehadiran dalam kes itu selepas writ saman diserahkan kepadanya. Khairy menfail permohonan untuk mengenepikan penghakiman itu pada 20 Januari 2009.

Anwar, 63, menfailkan saman terhadap Khairy pada 7 Mac 2008 mendakwa bahawa Khairy sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno ketika itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya, dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com, yang bertajuk “Anwar and kin no threat”.

Anwar mendakwa bahawa klip video di laman web Malaysiakini.com itu mengandungi kata-kata fitnah yang diucapkan oleh Khairy di satu ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Beliau berkata kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud yang beliau (Anwar) terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam, tidak mempunyai karektor yang baik, dan tidak layak memegang sebarang jawatan politik atau kedudukan lain.

Beliau menuntut bayaran RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan serta lain-lain relief yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Israel Menyerang Konvoi Bantuan
Pejuang Muda 0 Komentar



Tentara Zionis Israel menyerang sebuah kapal kecil yang mengangkut bantuan untuk penduduk Gaza.Sekitar 16 orang maut dan lebih dari 30 cedera, ujar laporan tersebut yang dilaporkan hari ini (31/5).

Menurut saksi, pemimpin kapal Mavi Marmara, ia melihat kapal tentera Israel dan helikopter terbang mengelilingi kapal bantuan tersebut.Sebelumnya, Israel menghubungi kapten Mavi Marmara dan menanyakan mengenai identiti serta dari mana kapal berasal.

Setelah itu, dua kapal Israel mengait kapal bantuan ini dari dua sisi namun masih dalam jarak yang cukup jauh. Para penumpang kapal segera diperintahkan oleh kapten kapal untuk menyiapkan diri mereka, mengenakan jaket pelampung dan tetap berada di dalam dek kapal.

Ratusan aktivis berada di dalam, mereka bertujuan memberikan bantuan untuk penduduk Gaza yang dicengkam oleh Israel.

Namun Israel mengatakan tidak mengizinkan bantuan tersebut memasuki Jalur Gaza dan bersumpah tidak akan membiarkan enam kapal bantuan lainnya memasuki wilayah laut Palestin.

PATUT LE EZAM LAGU TUE....
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menyifatkan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai orang yang “tidak lengkap tarbiyah.”


Ahli Parlimen Gombak ini melabelkan Ezam “tidak habis menjalani tarbiyah” dengan merujuk kepada tempoh menjadi setiausaha politik kepada Anwar, ketika itu memegang jawatan menteri kewangan, cuma dua tahun.

Itu sebabnya beliau tidak mempunyai idealisme yang kuat bagi mempertahankan PKR, kata Azmin.

Ezam baru sebulan dilantik oleh Umno-BN sebagai anggota Dewan Negara.

Beliau menyertai Umno pada 2008, dua tahun selepas meninggalkan PKR.

Azmin berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Keenam PKR di sini petang ini.

Dalam ucapannya Azmin tidak menyebut nama Ezam secara langsung, yang merupakan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan.

Sebaliknya beliau menyentuh isu lompat parti yang ditimbulkan oleh perwakilan dalam sesi perbahasan.

Azmin mendakwa, Anwar ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pernah ditawarkan ganjaran sebagai balasan tidak menekankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam jawatan kerajaan dan parti.

Ketika itu Anwar juga merupakan timbalan presiden Umno.

“Jangan dengar senator yang melacurkan dirinya, saya tahu sebagai setiausaha sulit dia (Anwar) ketika itu, hampir setiap perkara, (bekas menteri kewangan) Datuk (kini Tun) Daim Zainuddin akan menghubungi saya untuk menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama dengan (Allahyarham) Peguam Negara Datuk Mohtar Abdullah untuk membincangkan strategi Dr Mahathir untuk ketepikan jawatan kerajaan dan parti, tetapi memberikan imbuhan dan pulangan yang cukup besar asalkan tidak sentuh Dr Mahathir dalam jawatan parti dan kerajaan.

“Tetapi insan yang bernama Anwar bin Ibrahim menolak semua sogokan Dr Mahathir untuk mempertahankan rakyat dan prinsip,” kata Azmin dengan berkata, “siapa pelacur senator ini? saya tak sebut.”

Bagaimanapun kedengaran perwakilan menyahut dengan berkata, “Ezam.”

Beliau seterusnya berkata, “baru berkhidmat tidak lebih dua tahun, tetapi mengaku dia adalah anak didik Anwar Ibrahim,” katanya.

“Proses tarbiyah (pun) tak habis... yang paling lama (berkhidmat) ialah Khalid Jaafar, yang berkhidmat selama 13 tahun, Dr Mansor Othman (kini Timbalan Ketua Menteri I), dan sudah tentulah (saya) dari Gombak,” kata Azmin yang juga bekas setiausaha politik Anwar.

Azmin menambah, ini menunjukkan beliau, Khalid dan Mansor telah melalui proses tarbiyah yang sempurna dan lengkap serta tidak kehilangan idelisme perjuangan.

30 Mei 2010

APA ADE HAL... SELANGOR TAK BAGI KITA ORANG MAIN KAT K.L
KHAT KUFI on CANVAS30 Mei 2010 0 Komentar


Terbaru, Kerajaan Selangor pula mengumumkan ia tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri itu untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.


Selangor menjadi kerajaan negeri kedua Pakatan Rakyat mengambil langkah tegas sedemikian selepas Pulau Pinang.

Minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sports Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.

Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata, langkah itu diambil kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.

Menteri Besar berkata, semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

29 Mei 2010

HOW TO TRAIN YOUR FROG BY ZUNAR
KHAT KUFI on CANVAS29 Mei 2010 0 Komentar

...Bukannya susah pun nak ajar katak.... sape kate susah...

MANA ADE.. KITA ORG TAK DAPAT APE LA...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

"Mana ada... kitaorang tak dapat apa-apa la... seposen pun takde apatah lagi sejuta...." dakwa seorang jaguh lompat tinggi...

Dalam perkembangan lain Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar ahli-ahli Parlimen yang telah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menafikan yang mereka tidak menerima sebarang ganjaran sama ada dalam bentuk wang ataupun kontrak kerajaan.

Anwar membuat cabaran itu beberapa jam selepas mengeluarkan satu kenyataan di ibu negara bahawa pihaknya ada bukti wakil-wakil rakyat yang keluar PKR sejak setahun lalu ada menerima RM2 juta dan kontrak bernilai berjuta-juta ringgit.

Penasihat PKR itu mengeluarkan kenyataan itu ketika pemerhati dan pemimpin parti itu melihat isu melompat parti dijangka akan menjadi tumpuan kongres tahunan kali ini.

Malah parti itu dijangka keluar dengan satu mekanisme untuk mengawal keadaan itu pada masa depan.

Ketika berucap pada ceramah di sini malam tadi, menjelang Kongres Nasional Keenam PKR, Anwar yang juga penasihat parti itu berkata, beliau berharap wakil-wakil rakyat yang telah keluar itu agar menyahut cabaran tersebut.

“Petang tadi saya ada keluarkan kenyataan ahli-ahli Parlimen yang keluar ini menerima (ganjaran) wang RM2 juta, kita ada bukti... kita akan keluarkan dalam waktu terdekat ini.

“Sebelum kita keluarkan, kita minta mereka menafikan (yang tidak terima ganjaran,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sambil menambah, orang ramai akan terkejut dengan maklumat itu dikeluarkan.
Kata Anwar, kenyataan-kenyataan bahawa mereka tidak percaya dan kecewa dengan kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat hanyalah alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka keluar parti.


28 Mei 2010

JUDI : BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN DIMINTA BERHENTI JADI ORANG
KHAT KUFI on CANVAS28 Mei 2010 0 Komentar

PAS mengadakan demonstrasi kerana Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan aka Timbalan Kewangan Awang Adek, yang mengumumkan perkara berkaitan dengan pemberian lesen judi sukan, merupakan pemimpin yang datang dari Bachok serta menggesa kerajaan pusat membatalkan pemberian lesen judi sukan jika tidak mahu pihaknya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.


“Kami meminta kerajaan membatalkan pemberian lesen sebelum 3 Julai, jika tidak akan mengadakan demonstrasi besar-besaran dengan berarak ke Istana Negara pada 3 Julai,” kata Bendahari PAS pusat, Dr Mohd. Hatta Ramli di sini hari ini.

Hatta merupakan salah seorang yang berucap pada majlis demonstrasi anti-lesen judi sukan yang diadakan di dalam kawasan Masjid Mahmodi.

“Kami mahu Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan yang pernah diturunkan dalam pilihan raya umum 2008 sebagai bakal calon Menteri Besar Kelantan perlu meminta maaf dan meletakkan jawatan.

“Saya terkejut mengapa Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan, sebagai seorang Islam mahu mengumumkan perkara ini... beliau perlu meminta maaf kepada orang Bachok, orang Kelantan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jika langkah ini tidak dibantah ia akan menyebabkan berleluasanya budaya lesen pertaruhan membabitkan sukan-sukan lain pada masa depan.

Hatta berkata, keputusan memberikan lesen perlu dibatalkan kerana ia bukan sahaja ditentang oleh orang Islam, malah bukan Islam.

“Kami yakin kira-kira 100,000 orang akan menyertai perarakan membawa memorandum bantahan ke Istana Negara.

“Saya yakin tiada pihak yang akan menghalang, dan sesiapa yang menghalang, kami akan menganggap sebagai menyokong langkah kerajaan memberikan lesen kepada syarikat Kumpulan Berjaya,” katanya.

VELL PAARI CIUM TANGAN PM MINTA MAAF
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini memohon maaf kepada Umno termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri kerana menuduh pemimpin-pemimpin parti itu mendalangi kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, S. Vell Paari memberitahu, beliau mengambil keputusan itu selepas menjelaskan pendiriannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Mengambil kira perkembangan semasa, adalah jelas kepada saya bahawa Umno tidak terlibat dalam apa jua cara kempen GAS.

“Banyak pemimpin Umno telah dengan jelas mengatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak menggalakkan atau bekerjasama dengan V. Mugilan dalam apa jua cara (dalam menggerakkan GAS).

“Oleh itu, saya mahu meminta maaf kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya.

SAMY BIKIN KACAU LA PULAK...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

“Samy Vellu akan melakukan apa sahaja, akan menggunakan apa sahaja cara untuk menggagalkan usaha kami. Kami tetap akan adakan program ini, tetapi di tempat lain,” kata Mugilan selaku penganjur Gerakan Anti Samy Vellu (GAS), kempen yang sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, berhadapan dengan halangan pertama ekoran keputusan pengurusan premis itu membatalkan lokasi penganjuran petang ini.


Dengan pembatalan lokasi itu, kempen tersebut yang pertama kali ini diadakan menentang kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu, akan dianjurkan di tempat lain.

Ketika bertemu media pagi tadi Mugilan memaklumkan wartawan bahawa ia akan diadaka di PWTC sebagaimana telah dirancang.

“Bagaimanapun kami akan meneruskan kempen ini. Kami akan mengadakan di tempat lain... maklumat lanjut, saya akan umumkan esok,” kata beliau.

Mugilan mendakwa beliau percaya pengurusan PWTC berhadapan dengan tekanan daripada Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

“Oleh itu, saya percaya Samy Vellu memberi tekanan, beliau sudah mula bimbang dengan kesan GAS... ini tanda-tanda awal beliau sudah bimbang dengan kesan gerakan ini,” kata Mugilan sambil menambah, beliau tidak kecewa sebaliknya akan meneruskan program itu sebagaimana telah dirancang.

27 Mei 2010

APA PUNYE MANGKUK SAMAKAN MALAYSIA DGN SOMALIA
Pejuang Muda27 Mei 2010 2 Komentar

"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya lagi, "Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Idris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara.

Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan.

Menurut Idris, Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global.

Makmal itu yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini, dilangsungkan bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.
Idris berkata, mengikut perangkaan daripada Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009, adalah pada 11 peratus.

Ia, katanya, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

"Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus," katanya.


Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.

Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas "menyeluruh".

"Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan, sebagai contoh, memberi subsidi untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perkhidmatan perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa yang sama meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.

Usaha akan dibuat bagi mengurangkan pembaziran dan penyalahgunaan.

Menurut sumber yang dipetik Reuters, jemaah menteri pada Rabu lalu membincangkan cadangan pengurangan subsidi berkenaan tetapi tiada keputusan dibuat.

p/s:bodoh pny menteri,negara2 maju la bnyk dpt subsidi..kita xkan berhutang kalau kerajaan xmembazir di tempat lain....belanda dan germany belaja dari tadika sampai U pun free,xbankrap pun...citer psl somalia buat apa

HA! HA! HA! PENIAGA KAIN KALAHKAN POLIS
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Seorang peniaga kain dan adik iparnya yang pernah menjadi suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, tiga tahun lalu, masing-masing memperoleh ganti rugi RM41,500 dan RM31,500 setelah tuntutan saman mereka dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Hakim Sabariah Othman membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan yang dikemukakan peguam Azmer Md Saad yang mewakili Mohamad Zamri Ibrahim, 36, dan Mohd Suhaimi Yusoff, 31.

Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi selaku plaintif memfailkan tuntutan saman mereka pada 19 Jun 2009 atas dakwaan ditangkap dan ditahan secara salah oleh polis.

Mereka menamakan ASP Loh Pei Pei, Ketua Polis Negara (gambar sedih) dan kerajaan sebagai defendan yang diwakili peguam persekutuan, Natrah Mazman.

Dalam penghakimannya, Sabariah berkata Mohamad Zamri diberi ganti rugi itu berdasarkan alasan keterangan polis bahawa dia bukanlah suspek yang dicari dalam kes itu.

Mahkamah juga mendapati berdasarkan keterangan pihak polis, penahanannya (Mohamad Zamri) adalah secara salah dan tanpa alasan atau syak yang munasabah, malahan polis telah menggunakan kekerasan yang tidak sepatutnya terhadap beliau.

“Sehubungan itu mahkamah membenarkan ganti rugi kecederaan RM1,500, ganti rugi salah tahan RM10,000 dan ganti rugi hukuman/teladan sebanyak RM30,000, yang membawa jumlah keseluruhan ganti rugi RM41,500.

“Mohamad Zamri juga diberi ganti rugi faedah enam peratus sebulan dari tarikh saman iaitu 19 Jun 2009 sehingga penyelesaian sepenuhnya kes itu,” katanya. Adik iparnya, Mohd Suhaimi, pula diberi ganti rugi RM31,500 kerana dia ditahan atas alasan yang munasabah namun dia telah dicederakan dengan secara tidak wajar.

Kedua-dua mereka berkata akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat.

BARANG PANAS!!!: SURE UP PUNYE....
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Padan muke korang....kerajaan BN APCO akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh PEMANDU, sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi... (mangkuk punye PEMANDU)....
Bagaiamanapun tiada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan membuat keputusan dalam jangka terdekat ini.
Pengurangan dan pemotongan subsidi itu membabitkan 12 perkara:

Petrol

Harga petrol prices dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.
Harga petrol pada
2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.
Cadangan semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.


AHLI PAS PUN DIJEMPUT HADIR AHAD INI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Semua dijemput termasuk ahli PR yang mane anti kepada Samy Vellu sempena pelancaran Gerakan Anti Sami Vellu (GAS) secara rasmi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara Ahad.

Polis telah menberi permit perhinpunan dan tempat itu telah ditempah atas nama GAS sekali gus menafikan dakwaan Ketuan Pemuda MIC, T Mohan yang UMNO menaja pertubuhan GAS itu.

Mugilan mendakwa, lebih 10,000 termasuk bekas Naib Presiden MIC, V Govindaraju dijangka menghadiri perhimpunan tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan yang disingkirkan yakin Datuk Seri Samy Vellu akan meletakkan jawatan pada bulan ini.


"Mulanya saya mahu beliau berhenti pada akhir tahun ini tetapi saya telah menukar fikiran. Saya mahu beliau berhenti Julai setelah melihat sokongan kepada gerakan anti Samy Vellu (GAS)," katanya dalam sidang media.

... SAPE-SAPE MELUAT NGAN TOK SAMY BOLEH TURUN SAMA PADA AHAD INI... TAKPE WALAUPUN BERLAINAN WARNA KULIT... YANG PENTING NAWAITU SAMA....

TAHNIAH! MALAYSIA KE WORLD CUP 2010 AKHIRNYA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Tahniah le buat Malaysia kerana akhirnya dapat juga melayakkan diri ke World Cup bukan sebagai skuad harimau bolasepak tetapi sebagai pengadil. Okey la tue....

Subkhiddin Salleh, 44, mencatat sejarah kerana merupakan warga pendidik dan Malaysia pertama dilantik sebagai pengadil pusingan akhir Piala Dunia Fifa 2010 di Afrika Selatan

Ucapan tahniah dah syabas diucapkan kepada Subkiddin Salleh apabila dia dipilih antara 30 pengadil utama sepanjang perlawanan Piala Dunia Fifa 2010 dan yang lebih membanggakan lagi apabila disenaraikan antara pengadil perlawanan akhir World Cup 2010. Kalau sebelum ini pengadil Malaysia hanya diberi tugas sebagai pembantu pengadil perlawanan tapi tidak untuk World Cup 2010.

Kalau sebut pengadil dunia, pasti ramai yang rindu dengan ‘jelingan manja’ pengadil terbaik dunia, Pierluggi Collina semasa jadi pengadil perlawanan bolasepak terutama World Cup....

.... NIE YANG TAK SABAR NAK TENGOK WOLRD CUP... NAK TGK PENGADIL MALAYSIA BERAKSI...

26 Mei 2010

HUJAN DI KAABAH (SAJE NAK SHARE GAMBAR)
KHAT KUFI on CANVAS26 Mei 2010 0 Komentar


Orang kate standard la kalau Masjidil Haram banjir.. apa nak peliknya... mungkin benar kerana sisitem perparitan mereka agak lemah.. tak seperti Malaysia yang ada terowong SMART yang 'berjaya' mengatasi banjir... tapi kalau selalu sangat hujan ... tak ke itu lagi pelik????





KENYATAAN MEDIA DPPP: BENARKAH HANYA AL ARQAM SAHAJA YANG PATUT DIPANTAU?
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KENYATAAN MEDIA
26 Mei 2010 / 12 Jamadil Akhir 1431
BENARKAH HANYA AL ARQAM SAHAJA YANG PATUT DIPANTAU?

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berpendapat bahawa bukan hanya Pertubuhan Al Arqam (Al Arqam) sahaja yang patut dipantau oleh kerajaan akan tetapi harus melihat kepada UMNO juga. Ini kerana UMNO sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama dilihat lebih merbahayakan akidah daripada Al Arqam.

Kenyataan ini berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) kali ke -3 di Putrajaya tempohari yang meminta agar kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.

UMNO yang umumnya diketahui memisahkan agama dan politik atau lebih dikenali dengan istilah ‘sekular’ sentiasa berusaha menjauhkan rakyat Malaysia supaya tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama dengan memperbanyakkan hiburan yang melalaikan dan dalam masa yang sama majlis-majlis ilmu yang dianjurkan terikat dalam lingkungan ‘politik sempit’ mereka sahaja.

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia yang mana UMNO merupakan parti tunjang di dalam BN telah meluluskan lesen judi bolasepak kepada BERJAYA Group yang bukan sahaja untuk Pertandingan Piala Dunia 2010 tetapi berlanjutan sehingga melibatkan pertaruhan keatas 4 liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman melalui Ascot Sport Sdn.Bhd. juga pemegang saham utama Sport Toto Malaysia Sdn.Bhd. Bukankah tindakan ini jika dilihat secara teliti boleh memesongkan akidah umat Islam di negara ini?

Bagaimana dengan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hukum hudud? Bukankah ianya datang daripada mulut mereka yang mengaku Ahli UMNO? Mempertikaikan hukum Allah swt jelas menyebabkan akidah seseorang tersasar daripada landasan agama yang sebenar.. Kalau dikatakan konsert khas anjuran Al Arqam mengundang kontroversi, bagaimana dengan Konsert ‘Pittbull’ yang berlangsung di Bukit Kiara tempohari? Bukankah ‘Jom Heboh’ anjuran TV3 juga telah difatwakan haram tetapi mengapa kerajaan masih membenarkan program itu berlangsung? Itu belum lagi isu arak, murtad dan berbagai lagi kes yang jelas boleh menjejaskan akidah

DPPP menasihatkan Timbalan Perdana Menteri itu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jangan hanya melihat kepada suatu sudut yang sempit demi ‘survival’ politik UMNO/BN seolah-olah hanya satu pihak lain sahaja yang sesat akan tetapi harus juga melihat dari skop yang lebih besar demi memelihara akidah umat Islam di negara ini.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

GO VELL PAARI GO!!!
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

S. Vell Paari (gambo), anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan tuduhannya kelmarin bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.


“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Australia.

“Saya masih berpegang kepada apa yang saya cakap,” kata beliau ringkas.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC.

...NAMPAKNYA MIC NIE IBARAT RETAK MENUNGGU BELAH...

25 Mei 2010

KITA KASI BOGEL SORANG-SORANG
KHAT KUFI on CANVAS25 Mei 2010 0 Komentar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat “pendedahan balas” sebab dan punca mereka mengkhianati parti itu hujung minggu ini ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru.

“Kami mengarah ke sana, sekarang tunggu lampu hijau daripada (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bila dan siapa yang perlu membuat pendedahan... kemungkinan ketika Kongres Nasional kali ini... sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan yang lain,” kata seorang pemimpin kanan parti itu, tetapi enggan namanya didedahkan atas alasan parti masih memikirkan strategi pendedahan.

“Kita akan mendedahkan habuan yang mereka dapat, pendedahan akan dibuat melalui beberapa saluran yang akan membuktikan apa yang menjadi punca mereka mengkritik kepimpinan parti habis-habisan dan mahu keluar parti,” katanya lagi.

Menurut pemimpin ini, pendedahan mereka akan memfokus terhadap lima Ahli Parlimen yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Lima Ahli Parlimen PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah wakil kawasan Bayan Baru, Nibong Tebal, Kulim-Bandar Baharu, Wangsa Maju dan Bagan Serai. Selain lima Ahli Parlimen terbabit PKR juga kehilangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu masing-masing dua di Kedah dan Perak dan seorang di Selangor.

Khairy tamat latihan askar wataniah
Pejuang Muda 0 Komentar

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik. Bercakap kepada pemberita selepas lulus sebagai askar Wataniah dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah, Khairy berkata beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah. Khairy berkata walaupun sebelum ini beliau ditawarkan untuk mendapat pangkat Mejar Kehormat (tanpa proses latihan) tetapi berpendapat sebagai orang muda dan mempunyai sedikit stamina, beliau mahu menyertai Wataniah dan turut menjalani latihan tentera. - Bernama

p/s: bertambah macho la abg khairy kita ni

PERKASA TAKDE TELOQ LE TUE...
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Adakah berani Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyahut cabaran Dewan Pemuda PAS Pusat untuk berdepan dalam satu debat perdana mengenai kemungkaran judi....???
...Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan At-Tantawi berkata, pihaknya bersedia berdebat dengan PERKASA pada bila-bila masa, kecuali sewaktu muktamar parti itu bulan depan....
Muktamar PAS akan berlangsung di Kota Bharu dari 9 hingga 13 Jun depan.
Nasrudin mencadangkan debat perdana itu dengan tajuk "kemungkaran judi bercambah dalam negara: tanggungjawab siapa"....


Style Hishamudin jugak jenis main cium-cium keris... ajak berdebat penakut nak mampus....

BETUL LA TUE APA YANG ANAK SAMY CAKAP
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh (gambo) menafikan dakwaan daripada anak Presiden MIC, Vell Paari yang UMNO menaja dan menyokong Gerakan Anti Samy Vellu, komponen utama Barisan Nasional (BN) Umno mengingatkan MIC tidak sama sekali menyeret parti itu ke dalam kancah krisis kepimpinan yang dilalui sekarang.


Rauf menegaskan, Umno tidak pernah terlibat dalam memihak mana-mana ahli atau pemimpin untuk mengeruhkan keadaan dengan menyatakan sokongan agar melakukan perkara menentang kepimpinan komponen BN.

Vell Paari, yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) lebih seminggu lalu mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk mencetuskan huru-hara dalam MIC khususnya terhadap Samy Vellu.

Vellu Paari, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, sayap pelaburan MIC, mendakwa Umno memperlihatkan teladan tidak sihat dengan bertindak di sebalik tirai menyokong seseorang apabila hubungan Umno dengan Samy Vellu semakin dingin.

Beliau yang juga penasihat Pemuda MIC pusat mendakwa Umno menggunakan ahli dan pemimpin MIC untuk membunuh kerjaya politik Samy Vellu yang memimpin parti itu sejak 1979.

.... ANGIN TAKDA MACAM MAU KASI GOYAK SAMA ITU POKOK?.......

ASAL PEMBANGKANG JE...USUL UNDI TAK PERCAYA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Selepas gagal memaksa Abhisit Vejjajiva meletak jawatan menerusi bantahan jalanan dan keganasan oleh penunjuk perasaan antikerajaan, pembangkang hari ini membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Thailand itu.


Ketua Whip Pembangkang Wittaya Buranasiri mengemukakan usul itu kepada Presiden Parlimen Chai Chidchob.

Usul undi tidak percaya yang serupa dan ditandatangani oleh 184 Anggota Parlimen pembangkang daripada parti Pheu Thai juga dikemukakan oleh mereka terhadap Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, Suthep Thausuban dan empat menteri lain.

Menteri-menteri itu ialah Korn Chatikavanij (Kewangan), Chavarat Chanweerakul (Dalam Negeri), Kasit Piromya (Luar Negeri) dan Sopon Sarum (Pengangkutan).

Chai berkata beliau akan meneliti butiran usul itu dalam masa tujuh hari sebelum meminta kerajaan memberi jawapan dan Parlimen menetapkan tarikh untuk perbahasan.

Bantahan itu berlarutan selama 10 minggu sejak 12 Mac dan berakhir pada 19 Mei dengan 85 kematian dan lebih 1,400 cedera, disifatkan sebagai keganasan paling buruk dalam sejarah moden Thai.

Timbalan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi, Trairong Suwannakhiri hari ini berkata keganasan politik mengakibatkan ekonomi Thai mengalami kerugian kira-kira 150 bilion Baht.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negara mungkin berkurangan antara 1 dan 1.5 peratus tahun ini ekoran pergolakan politik baru-baru ini.

Ia turut menjejaskan pelancongan sebanyak 10 peratus, pelaburan tiga peratus dan kepenggunaan tiga peratus.

Kerajaan hari ini mengumumkan pertumbuhan 12 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku pertama tahun ini berikutan asas ekonomi Thailand yang kukuh.

Bagaimanapun, Trairong memberi ingatan bahawa pergolakan politik baru-baru ini dapat menjejaskan pencapaian ekonomi negara pada suku keempat tahun ini.

24 Mei 2010

I LUV U PM... KO MEMANG BIJAK....
KHAT KUFI on CANVAS24 Mei 2010 2 Komentar

Tok Najib dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong sudah bersetuju untuk memindahkan stesen kereta api Tanjung Pagar berusia 78 tahun ke Woodlands, Singapura.

Kalau mengikut Point of Agreement 1990 sebelum ini menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah sahaja. Tetapi Tok Najib kita nie jenis bijak malas nak buat keje dua tiga kali... kire sekali buat terus settle...

...Maka tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Woodlands ke Tanjung Pagar perlu diserahkan disedekah kepada pihak Singapura... bijak sungguh PM... buat keje sekali je....

Yang tambah bijak lagi ...tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% jah untuk Singapura.....

Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun.



... Nasib le korang dapat PM yang bijak ...

4.44 JUTA : APA PAS NAK BUAT???
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Kalu dilihatkan angka yang dikeluarkan oleh SPR sehingga 26 Mac 2010, masih terdapat sejumlah 4.44 juta atau 28.4 % rakyat Malaysia 21 tahun ke atas yang layak mengundi namun masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Daripada jumlah ini, golongan remajalah yang paling ramai belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Jadi apa tindakan PAS/ PR dalam memastikan golongan ini mendaftarkan diri sebagai pengundi sekaligus memberi sokongan kepada PR pada PRU akan datang.

INGATKAN 2 LORI FAIL SPRM BAWAK BALIK…
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengambil dua fail membabitkan syarikat konsesi balak daripada Jabatan Perhutanan Kelantan.


Pasukan yang terdiri daripada empat pegawai SPRM dari Putrajaya itu tiba di Kompleks Kota Darul Naim, dekat sini kira-kira pukul 10 pagi dan keluar pada pukul 3.30 petang dengan membawa dokumen penting dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Datuk Abdullah Sani Shaffie ketika ditemui berkata, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM yang datang ke pejabatnya selama hampir lima jam setengah dengan menyediakan fail dan dokumen yang diperlukan SPRM.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membantu SPRM melaksanakan proses siasatan dengan memberikan maklumat diperlukan. Bagaimanapun, Abdullah Sani enggan menjawab pertanyaan pemberita berhubung kes yang berlaku sehingga menyebabkan SPRM menjalankan siasatan itu.

“Pada saya, ini hanya prosedur biasa, kalau ada orang buat aduan, mereka (SPRM) tentu akan datang untuk menjalankan siasatan, saya tiada masalah jika SPRM datang, kami sentiasa memberikan kerjasama penuh seperti diminta kerana sebelum ini sudah beberapa kali SPRM kemari untuk mendapatkan maklumat.

KAMI DOAKAN YANG TERBAIK LE...
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau, Pahang Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) di sini, berada dalam keadaan stabil.


Zaharuddin, yang dimasukkan semula ke CCU sejak semalam, kini stabil.

Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung sebelum memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51 (gambar), yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam selepas mengadu sakit dada, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung.

Pembedahan yang bermula pukul 2 petang itu selesai pada pukul 10 malam, kata pembantu peribadinya Kamaluddin Suib.

APAPUN KAMI DOAKAN YANG TERBAIKLAH BUAT MEREKA BERDUA....

22 Mei 2010

AWANG ADEK : BABI HALAL SEKILO?
KHAT KUFI on CANVAS22 Mei 2010 0 Komentar

Rentetan kesan lesen judi yang dikeluarkan oleh Malaysia Darul Judi

"Bung Awang, ngak mau babi 'halal' ke... ? Hj. Naguib yang sembelih pagi tadi"...

... panggang pun sedap nie.. hias sikit nanas... anggur... tembikai.. hidang kat puak-puak UMNO...



BUAT DOSA NAK TANYA ORANG KE IKUT AGAMA???
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

... Pak Lah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka....

...Kalau dilihat daripada saranan Pak Lah kepada kerajaan BN APCO yang perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan macam suatu saranan yang amat mulia dan bijak...

... Nak buat dosa pun kene tanye pandangan orang ramai jugak ke???... kalu majoriti org kate boleh berjudi maka 'wajid' lah kita buat walaupun agama kate tak boleh.... camne ne ni Pengerusi Ikim???...

SHAHRIZAT MALU NAK KATA IKUT KELANTAN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Panas punggung BN APCO melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat (gambar) apabila terus mengadakan perbincangan bagi mendapatkan persetujuan untuk turut memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari seperti yang akan dilaksanakan di Kelantan… seolah-olah menampakkan yg BN juga turut prihatin dalam memberi cuti kepada ibu bersalin….lepas Kerajaan Kelantan mengumumkan yang cuti bersalin daripda 60 hari kepada 90 hari bermula tahun depan...


… Shahrizat menafikan yang idea itu adalah dikutip daripada Kejaan PAS apabila dia mendakwa itu adalah kelangsungan daripada usaha yang dilakukan kementeriannya empat tahun lalu masa dia menjadi menteri penuh… dia sudah lupa yang cuti bersalin daripada 40 hari kepada 60 hari sape yang mula-mula laksanakannya… bukankah Kerajaan PAS Kelantan??? Dia lupa yang dulu pun dia kutip dari idea bernas Tok Guru…


Shahrizat dengan muka tak malunye“Kementerian dalam masa terdekat ini akan melihat kembali syor yang pernah dibuat empat tahun yang lalu yang berusaha berjumpa pekerja, pihak majikan, dan badan bukan kerajaan untuk mendapatkan persetujuan supaya kerajaan menambahkan jumlah cuti bagi wanita bersalin”


Kerajaan PAS Kelantan melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.

21 Mei 2010

SIDANG MEDIA DPPP SESI 2009-2011 (22 MEI)
KHAT KUFI on CANVAS21 Mei 2010 0 Komentar

... ana kene pergi gak ke...??? ana wakilkan Ketua Penerangan jelah yg pergi ...

Sokong mahasiswa 21 tahun ada hak berpolitik
Pejuang Muda 1 Komentar

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong penuh kenyataan Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr Toh Kin Woon bahawa mahasiswa berusia 21 tahun ke atas berhak untuk berpolitik.

Mengulangi kenyataan Dr Toh bahawa tindakan empat mahasiswa sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selari dengan seksyen 119 (1a) dalam Perlembagaan Persekutuan, Ketua Penerangannya, Fadhil Osman (gambar) mempersoal kerajaan yang tidak membenarkan mahasiswa 21 tahun ke atas untuk berpolitik dan menyatakan pendirian mereka terhadap mana-mana parti politik.

"Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warga negara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihan raya.

"DPPWP mempersoalkan, kalau sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap mereka terhadap mana-mana parti politik.

“Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?" katanya kepada Harakahdaily.

DPPWP juga, katanya meminta pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM lebih profesional dan rasional dalam menangani isu ini kerana empat mahasiswa tersebut terlibat dalam kempen di luar universiti, bukan melakukan kesalahan mengabaikan pelajaran dan meninggalkan kelas pengajian atau manjatuhkan nama baik universiti.

"Tindakan diambil terhadap mereka hanya kerana mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, tetapi bagaimana sekiranya mereka adalah ahli Umno dan terlibat secara langsung dengan kempen di mana-mana pilihan raya kecil?" katanya.

Sehubungan itu, ujarnya DPPWP berpandangan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah tidak relevan kerana ia menyekat mahasiswa untuk menyatakan hak mereka.

"AUKU adalah alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka. Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik.

"Apa yang berlaku hari ini, ramai mahasiswa yang tidak tahu menahu hal ehwal negara menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bersikap proaktif dalam kepemimpinan mereka," katanya.

Empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ekoran terlibat pada PRK Hulu Selangor.

Ekoran itu, mereka tampil membuat bantahan dan memohon agar pertuduhan itu dibatalkan atas dasar Malaysia khususnya universiti sendiri mengamalkan demokrasi seperti yang diwarwarkan kerajaan.

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.