31 Mac 2010

Pengurus Felda Lembah Klau Buat Gila Lagi!
chedet31 Mac 2010 4 Komentar

Cerita Encik Awang Sulung Pengurus Felda Lembah Klau belum berakhir.Dia yang bertanggungjawab merehatkan 3 orang peneroka termasuk yang berusia 72 tahun di lokap polis IPD Raub dan kemudiannya mengepong rumah Hj Borhan tempat Mazlan Aliman sedang berdailog,seterusnya membawa kepada penahanan Mazlan 2 hari di lokap sama,beberapa hari lepas buat gila lagi.

Kali ini mangsanya ialah Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang ingin bertemu ahli ahli PAS di Markaz Cawangan.Awang Sulong seperti sebelumnya mengarahkan pihak keselamatan Felda(FELSCO) membuat roadblok di jalan masuk ke Felda tersebut.Dia mengambil alih kerja polis untuk jaga pimpinan PAS.

Awang Sulung bagi alasan tak de permit sedangkan ceramah di Markaz tak perlu permit.Selepas Dato Tuan bertegas ,ceramah dapat dijalankan.Tapi ceramah tak boleh guna pembesar suara.Selepas jam 12 malam mesti keluar.

Pengurus Felda yang berlagak sebagai polis tunggu hingga jam 12.Selepas tu dia datang lagi minta Dato Tuan segera bersurai.Gelagat dia macam OCPD!Yang nyata nya Awang Sulung dah ambil alih tugas Umno untuk ganggu ceramah PAS yang di sisi undang-undangnya tak perlukan permit.Dato Tuan sempat nasihatkan dia ,jangan sibuk hal politik,lebih baik balik tidur!

Masa dia ganggu ceramah Mazlan,mungkin ada yang berkata si Awang Sulung bertindak 'macam orang gila',tapi bila dia teruskan perangai buruknya,bolah lah saya pinjam ayat ayat dari sajak Dinsman,'dia benar benar gila'.

Peguam Fadhli tolonglah percepatkan fail saman ke atas Awang Sulung sebelum dia betul betul gila.Bimbang nanti mahkamah lepaskan dia kerana di sahkan gila!

Usul Tergempar Bangunan UMT Runtuh oleh YB Ketereh
chedet 0 Komentar

Oleh YB Haji Ab Aziz Bin Ab Kadir

Saya, YB Haji Ab Aziz Bin Ab Kadir [Ketereh] akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini membincangkan kejadian bangunan Institiut Oseanografi dan Institiut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sedang dalam pembinaan runtuh, petang semalam yang mengakibat seorang buruh mati dan empat cedera parah."

Tan Sri Yang Dipertua,

Pada 29 Mac 2010 jam 5.10 petang ketika para pekerja sedang sibuk melakukan kerja-kerja binaan di Universiti Malaysia Terengganu tiba-tiba bangunan Institiut Oseanografi dan Institiut Akuakultur Tropika runtuh. Kejadian ini mengakibatkan seorang buruh mati dan empat lagi cedera parah.

Bangunan ini akan digunakan oleh ribuan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan universiti apabila siap kelak. Kejadian ini menjadi tandatanya samaada keseluruhan pembangunan kampus universiti ini selamat dan tidak mengancam keselamatan dan nyawa penggunanya.

Terlalu banyak kejadian keruntuhan dan kecacatan dalam pembangunan projek-projek di Terengganu yang mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Antaranya, keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, keruntuhan kubah Masjid Kampung Puteh, keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok, keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC), kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu dan pelbagai lagi.

Kejadian keruntuhan dan kecacatan ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi akibat kecuaian di semua peringkat dari proses tender hingga kelulusan pembangunannya. Kejadian ini mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Projek prasarana ini akan digunakan ramai orang awam dan perlu penyelesaian segera sebelum lebih banyak nyawa akan terkorban.

Terima kasih

YB Haji Ab Azizi Bin Ab Kadir
Ahli Parlimen kawasan Ketereh

Malaysia Negara Islam Tetapi Antara Rakyatnya Antara 10 Tertinggi Mengambil Arak
chedet 0 Komentar

Oleh MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia. Dalam kenyataannya di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun. DPPWP juga merasa terkejut dengan pendedahan beliau bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Di Malaysia, arak boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain. Di pasaraya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti di 7 Eleven arak dijual tanpa kawalan ketat. DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen. Kerajaan pula dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya. Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah.

Bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam. Mengapakah tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?

Sepatutnya arak perlu diharamkan terus di Malaysia. Alasan bahawa negara Malaysia mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali. Ini kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan,sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok. Arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Akhir sekali, DPPWP menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di 7Eleven. Permis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia. DPPWP juga meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan. Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa.

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Anwar kemuka dokumen kaitkan Apco-Israel-1M'sia
chedet 0 Komentar

APCO 1Israel 1Malaysia Ethos Omar Mind Teams... Anwar dedah di parlimen


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

"Sehingga kini perdana menteri belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit, peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan," katanya

Kerajaan sebelum ini mengesahkan melantik Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa.

Apco juga mengeluarkan kenyataan berkaitan penglibatan mereka, dengan menyatakan bahawa mereka menyediakan sokongan komunikasi terhadap usaha-usaha reformasi kerajaan.

Penjelasan yang dibuat melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat sebelum ini, juga dibacakan semula oleh Anwar.

"Penafian yang dibuat oleh Apco itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran perdana menteri sekarang.

"Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, atau Dato' Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya," kata Anwar seterusnya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggungjawab memperkenalkan Apco kepada perdana menteri.

Anwar dalam pada itu turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel

"Bolehkah perdana menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan Apco?

"Perdana menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum Apco secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

"Paul Stadlen yang kini mengetuai Apco di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO Apco dan invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel," tambanya.

Anwar menamakan individu berkenaan dalam menjelaskan bentuk hubungan dan modus operandi Apco dalam membentuk pertalian dengan kerajaan yang melantik syarikat itu melalui firma bersekutu

"Apco dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

"Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada Apco

"Jadi kontrak-kontrak yang melantik Apco tidak semestinya di antara Apco dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu Apco tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari Apco.

"Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.

"Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO Apco," katanya.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan hari ini bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata, wakil Rembau ingin mengalih tumpuan terhadap penglibatannya dan Omar Mustapha dalam Ethos Consulting.

"Isunya sekarang adalah wakil Rembau ingin lari daripada isu penglibatan dia dan Omar Mustapha dan Ethos (Consulting) dan tugas yang diberikan kepada Apco yang menjejaskan sekuriti negara kerana peranan perisikan," katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai penjelasan Khairy selepas beliau berucap di Dewan Rakyat mengenai kontrak Apco.

Anwar menjelaskan, peranan Apco telah wujud lebih lama sebelum itu melalui syarikat yang dikenali sebagai Mind Teams Sdn Bhd.

"Mind Teams ini adalah syarikat yang ditubuh sebelum Apco. Jadi Apco cuba lari daripada kenyataan seolah-oleh dia hanya berfungsi apabila Apco ditubuhkan.

"Saya ada maklumat bahawa sebelum Apco ditubuhkan, orang sama, pejabat sama, seorangnya CEO Apco Worldwide, seorang lagi Apco Kuala Lumpur. Jadi maknanya mereka terlibat lebih awal di Kuala Lumpur," katanya.

Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno
chedet 0 Komentar

Mohd Sayuti Omar(MSO)



MEMERHATI kepada barisan kepimpinan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 2010/13 yang dilantik pada mesyurat agung pertama dua tiga hari lepas jelas NGO itu tidak dapat lari daripada dibelenggui oleh parti Umno. Hampir separuh mereka yang menerajuinya bekas ahli Umno ataupun mereka yang sudah terpinggir dari arus perdana parti itu. Ada juga mereka yang frustasi dengan Umno dan menjadikan Perkasa sebagai gundik singgahan.

Presidenya, Ibrahim Ali seperti mana dimaklumi orang yang dibuang oleh Umno pada tahun 2004. Beliau politikus yang keluar masuk parti macam keluar masuk jamban saja. Kedudukan beliau itu tidak menghairankan. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, Ab Rahman Bakar juga ahli Umno yang tidak mendapat tempat di dalam parti berkenaan.

Manakala dua dari naib presidennya terdiri daripada ahli Umno yang tewas dalam pilihan raya lalu dan juga ahli Umno yang digantung kerana terlibat dengan politik wang. Ashraf Wajidi Dusuki merupakan calon UBN di kerusi parlimen Tumpat pada pilihan raya umum lalu tewas kepada Kamaruddin Jaaffar. Beliau juga merupakan anak tokoh Umno yang kini sudah bersara dan tidak aktif dalam Umno, iaitu Dusuki Ahmad.

Seorang lagi Naik Presiden, Mokhtar Samad adalah bekas ketua Umno Bandar Tun Razak. Keahliannya digantung kerana terlibat dengan politik wang. Disebabkan itu jawatan ketua bahagian yang dimenanginya ditarik balik.

Shuib Lazim yang memegang jawatan Bendahari agung adalah bekas ahli Parlimen Sungai Petani Kedah. Kini sudah tidak lagi diperlukan oleh Umno negeri berkenaan. Begitu juga dengan Ketua Penerangan, Ruslan Kassim bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli parti PKR. Anak didik Anwar Ibrahim yang telah meninggalkan gelanggang reformasi. Berbeza dengan Ezam Mohf noor Ruslan tidak bertidak memburukkan Anwar.

Manakala ketua Wiranitanya, Raihan Sulaiman Palestin juga merupakan ahli Umno dan bekas pimpinan Puteri Umno. Pernah mencuba nasib untuk merebut jawatan ketua Puteri Umno tetapi tewas disebabkan masalah teknikal.

Begitu juga dengan ahli jawatankuasanya terdiri daripada ahli-ahli Umno yang pernah menjadi pemimpin peringkat bahagian. Antara mereka , Ahmad Saad, Yusuf merah, Nasiruddin Rais bekas ahli pemuda Umno sebuah bahagian di Perak yang sudah tidak laku dan bermusuh dengan Zahid Hamidi.

Begitu juga beberapa nama dalam jawatankuasa dilantik merupakan bekas ahli Umno kemudian menyertai Umno semula.

Keseluruhannya kepimpinan Perkasa adalah ahli atau bekas ahli Umno. Adalah tidak benar kalau ada orang mendakwa Perkasa adalah NGO bebas dan bukan bias kepada Umno. Berdasarkan kepada latar belakang kepimpinan itu Perkasa jelas adalah perkakas kepada Umno.

Sementara itu beberapa nama yang menjadi ahli jawatankuasa penaja tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan Perkasa itu. Apakah mereka telah memufarakah dari NGO berkenaan ataupun memang disingkir.

Antara mereka ialah Fuad Hassan yang memegang jawatan Timbalan Presiden, Rohani Ahmad, Ketua Penerangan, Md Radzi Mustapa selaku penasihat undang-undang Perkasa dan Yahya Lampong yang mewakili Sabah. Begitu juga dengan aktvis dan tokoh belia Perak Yammy Samad juga tidak tersenarai dalam kepimpinan baru itu. Kamal Amir Kamal Hijaz yang turut dijemput menganggotai pertubuhan itu juga tidak kedapatan dalam mana-mana senarai penjawatan.

Wanita UMNO tiru logo & motto: KAMI PRIHATIN
Abu Nu'man 0 Komentar

Penulis: DR. LO'LO' BT DATO' HJ. MOHAMAD GHAZALI

Tarikh: 2010-03-23 21:40:00
Saya terkejut bila dimaklumkan dalam utusan meloya hari ini 23 Mac tertera dimuka hadapan logo dan motto kami prihatin yang dikatakan dari skuad syang wanita umno. Motto dan Logo KAMI PRIHATIN telah diilham dan digunapakai oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat (LKPP) sejak tahun 2006 lagi. Kami telah ada pelbagai korporat item dari T-shirt, baju F1, payung, vest, beg, pen, key-chain dll.

Saya berharap wanita umno cukup bermaruah untuk tidak terus menggunakan logo dan motto ini kerana KAMI PRIHATIN sudah sinonim dengan Lajnah Kebajikan PAS di seluruh negara.


Sampai bila harus begini?
Abu Nu'man 0 Komentar

Mayat janin dalam balang gula-gula



KUALA LUMPUR, 30 MAC- Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.

Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini.

Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam.
_____________________________________________________

Oleh : Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil

Isu buang bayi yang semakin menular hari ini, kononnya mendapat perhatian sesetengah pihak. Namun, ia tidak seperti yang diwar-warkan. Ia hanyalah gimik semata-mata. Ia berdasarkan beberapa bukti :-

1. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu penzinaan tidak pula dilihat.

2. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan isu pembunuhan manusia tidak diselesaikan dengan cara Islam.

3. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan undang-undang Islam masih lagi diketepikan.

4. Isu buang bayi diambil perhatian, sedangkan institusi pelacuran masih hidup

5. Dan banyak lagi.

Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2010/03/hukum-hakam-berkenaan-buang-bayi.html

30 Mac 2010

Hulu Selangor: Samy jumpa PM sebab tak puas hati???
Abu Nu'man30 Mac 2010 0 Komentar

Diberitakan yang Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu tidak berpuasa hati dan telah mengadakan pertemuan dengan PM tengah hari tadi (30 Mac) berhubung persediaan menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas cadangannya untuk mencalonkan G Palanivel ditolak oleh kebanyakan ahli UMNO sendiri.

Akar umbi Umno berkeras untuk meletakkan bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN dan bukan daripada wakil MIC. Umno percaya sekiranya MIC diletakkan sebagai calon maka BN akan kalah teruk disebabkan pola pengundi dikawasan tersebut.

Atas sebab itu lah katenye Datuk Samy telah menyerahkan surat rasmi mengenai nama wakil yang hendak diletakkan oleh MIC di bahagian itu kelak.

“Sekiranya calon kita tidak dipilih saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sekali lagi dalam dua, tiga hari lagi,” kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu desas-desus pemimpin Hindraf, P Uthayakumar berkata partinya, Parti Hak Asasi Manusia, akan meletakkan calon bertanding di kerusi ini. Namun keputusan muktamad hanya akan diketahui Ahad depan. sekiranya Parti Hak Asasi Manusia meletakkan calon India maka ini dilihat akan memecahkan undi kaum India di Hulu Selangor lebih-lebih lagi sekiranya calon MIC ditolak mentah-mentah oleh BN.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad Khamis lalu.

PSSPGM keluar PKR???
Abu Nu'man 0 Komentar

V. SUBRAMANIAM bersama sebahagian daripada 300 ahli PKR yang hadir melaungkan kata-kata semangat untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Tengku Hussein Hujung, Manjoi, Ipoh, Perak, kelmarin.

Apa la agaknya 'kata-kata semangat' yang dikatakan oleh "bekas" PKR... (muke budak2 tak berkhatan lagi)...  mungkin depa cakap 'jom keluar PKR'... atau pun 'hidup UMNO' (nada semangat)...

Pengumuman keluar parti itu dilakukan di Kampung Tengku Hussein Hujung, Manjoi, Ipoh dlm Program 'minum petang bersama pemimpin2 tempatan...' yang dianjurkan tu pulak oleh Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)... makne kate ngan PSSPGM2 pun isytihar masuk UMNO gak...






29 Mac 2010

Buang Bayi: Apa yang PAS Telah Lakukan
chedet29 Mac 2010 0 Komentar

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Nampaknya semuia media arus perdana memfokuskan isu pembuangan bayi di negara ini. Seperti biasa pemimpin negara mengecam perbuatan tersebut dengan ucapan yang menggambarkan kekesalan terhadap gejala tersebut, ada yang sebak menangis mengenangkan peristiwa tersebut. Saya mendapat respon banyak dalam Facebook saya, apa pula yang PAS buat untuk mengatasi masalah ini.

Apakah PAS hanya pandai menyalahkan pihak kerajaan sahaja dalam isu ini. Inilah nasib malang PAS kerana apa yang PAS buat tidak diketahui oleh masyarakat. Media perdana tidak menyebelahi PAS, sehingga masyarakat tidak mengetahui apa yang PAS buat. Mereka menganggap bahawa PAS hanya sebuah parti politik untuk mendapat kuasa sahaja. Seolah-olah PAS tidak memperdulikan persoalan, moral dan akhlak remaja.

Saya ingin tegaskan sebagai sebuah parti Islam dasarnya ialah Islam dalam perkara 3 "Dasar Pas ialah Islam". Maka jelaslah bahawa Islam yang hendak ditegakkan berbeza dengan apa yang hendak dipejuangkan oleh Umno/BN di negara ini. PAS bukan sahaja sebagai parti politik tetapi ia adalah Gerakan pelitik dan gerakan Dakwah. Walaupun aktiviti Pas nampak lebih menonjol dalam politik, sebenarnya PAS juga sebagai gerakan dakwah. Justeru itu walaupun tarikh pilihanraya masih jauh, sebagai gerakan dakwah terus berjalan sebaik sahaja pintu pagar tempat mengundi ditutup. Dalam erti kata yang lain PAS akan bergerak sebagai sebuah parti Islam bagi menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini.

PAS menggunakan pendekatan dalam membendung gejala buang bayi ini dengan kaedah mencegah dan menguatkuasakan undang-undang. Ada tohmahan PAS hanya hendak pakai undang-undang tanpa mendidik. Maka di bawah ini adalah jawapannya.

Antara program yang dilakukan untuk membendung gejala yang tidak bermoral supaya tidak berlaku pembuangan bayi ialah;

-Kuliah-kuliah yang mengisi kefahaman Islam dan penghayatan melalui ustaz dan tenaga pengajar PAS di masjid dan di surau. Pendidikan supaya mereka berakhlak dengan akhlak Islam. Kerana penghayatan agama adalah benteng yang paling kukuh dalam memerangi gejala ini.

-Pemuda Pas melalui program "Duta Penyelamat" yang turun berjumpa secara langsung dengan golongan muda mudi. Berjumpa dengan mereka yang duduk berduan yang boleh menjurus kepada perzinaan dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang menghampiri zina.

-Pemuda dan Nisa' turun ke padang bertemu dengan remaja yang datang ke tempat bandar besar pada hari keramaian seperti awal tahun baru dan sambutan kemerdekaan. Remaja dibekalkan dengan risalah kesedaran untuk mereka menjadi manusia yang jauh daripada perbuatan zina. Kerana malam itu ialah malam pesta anak muda yang menggerunkan kita sebagai orang yang beriman dan bimbnag tentang masa depan mereka.

-Di Kedah ada satu NGO yang dikendalikan oleh ahli PAS membuat kerja lapangan yang begitu menakjubkan iaitu LANDAS yang berpusat di Sungai Petani. Kumpulan ini telah bertindak membimbing mereka yang terjebak dengan kehancuran hidup seperti dadah, arak, pelacur. Mereka turun dengan bersemuka dan cuba membimbing mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

-Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamanahkan kepada Exco Pas Dr Halimah untuk mengendalikan Program Pembangunan Modal Insan dengan kewujudan SPIES (Spirtual, Physical,Intellectual, Emotional, Social). Semua acuan yang dibuat melalui program belia remaja adalah menjuruskan kepada pembinaan jati diri remaja di negara ini.

-Di Kelantan adanya Unit Belia, untuk mengendalikan program belia seperti bina insan, sukan rekreasi, kursus motivasi

-Program hidup sihat diperkanalkan supaya hidup remaja terisi dengan memperkenalkan program sukan melaui Lajnah Sukan Dan Rekreasi Pemuda. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dalam Islam juga ada sukan dan PAS bukan anti sukan.

-Kempen jauhi arak telah dibuat, kerana arak adalah ibhu segala maksiat yang boleh menjuruskan kepada perzinaan.

-Untuk mengelak supaya faktor rangsangan seks dapat diatasi, maka pihak Dewan Pemuda PAS pernah berjumpa dengan Kementerian Dalam Negeri dengan membawa contoh majalah lucah yang bercambah di pasaran untuk dijadikan bukti supaya pihak KDN bertindak, malangnya dijawab kalau rakyat kita kuat iman maka tidak menjadi masalah. Pas bimbang majalah seperti ini yang merangsang nafsu seks kepada pembaca. Kalau yang boleh pihak kerajaan kawal pun mereka tidak buat apa-apa, apa tah lagi hendak diharap untuk kawal alam siber.

- Kempen supaya mengalakkan budaya hedonism di lancarkan supaya rakyat terutama remaja dapat mengelak untuk mendekati dengan budaya yang tidak sihat.

-PAS telah melatih anak-anak kecil lagi melalui pendidikan pra sekolah, sejak umur 4 tahun melalui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Anak-anak kecil diajar supaya memakai pakaian menutup aurat, cintakan akhlak Nabi, doa dan hafalan ayat-ayat lazim. PAS menganggap mereka ialah generasi yang akan mewarnai zaman akan datang.

-Kelantan memperkenalkan kaunter berasingan di pasaraya. Semua ini sebagai langkah menutup pintu perzianaan.

-Kelantan mengadakan setiap tahun sepanjang bulan Rejab kempen bulan solat. Kerana solat adalah kunci untuk tidak mekakukan kemungkaran. Walaupun usaha ini dipandang remeh tetapi mempunyai impak yang besar.

-Beberapa program smart Muslim dan Smart Solat diadakan untuk melahir generasi yang bertaqwa kepada Allah dan mempunyai jati diri yang kental.

-Setiap kali cuti persekolahan panjang, PAS telah mengadakan Kem Pembinaan Iman selama 2 hari semalam. Program yang terbuka kepada semua remaja yang berumur 12 tahun sampai 20 tahun.Pengisian ceramah, bengkel, motivasi pelajar cemeralang, qiamullai, tilawah al-Quran.

-Program Unit Amal dan Nisa' sebagai satu program alternatif kepada remaja untuk program luaran yang bersifat rekreasi dan bersantai. Sudah tentu ia satu kelainan dengan Rakan Muda dan PLKN.

-Setiap PAS negeri ada program yang tersendiri untuk memastikan remaja belia terbimbing. Contohnya di Kedah ada Kem Bina Shakhsiah. Program yang boleh dijadikan satu alternatif yang menjuruskan kepada pembinaan iman dan taqwa serta kekuatan fizikal.

-Usrah remaja diwujudkan disetiap cawangan PAS, untuk memberi kefahaman Islam kepada remaja. Pengisian ibadat, akhlak dan adab pergaulan ditekan kepada mereka.

Mungkin orang mempertikaikan kenapa gejala tidak bermoral juga berlaku di Kelantan dan negeri yang PAS kuasai. Jawapannya kerana kuasa negeri amat terbatas, banyak peraturan dikuasai oleh kerajaan pusat. Banyak kuasa seperti polis, kastam, imigresen, Badan Pencegah Rasuah di bawah kuasa pusat. Rangkaian TV dibawah kerajaan Umno/BN, sistem pendidikan kebangsaan di bawah Umno, akta cetak yang membenarkan majalah hiburan di bawah Umno. Secara keseluruhannya ini adalah kegagalan Umno dalam menangani isu ini. Malahan Umno menjadikan ini sebagai senjata untuk terus melekakan rakyat supaya rakyat tidak mempedulikan penyelewingan dan kegagalan mereka menguruskan negara. Mereka tahu apabila belia dilekakan, maka mudahlah mereka mendapat sokongan dan undi dalam pilihanraya.

Sekurang-kurangnya PAS dengan berbagai kekangan telah berusaha membendung supaya menutup pintu perzinaan yang berakhir dengan pembuangan bayi. Mungkin banyak lagi kekurangan dalam program yang perlu diperbaiki. Walau bagaimanapun usaha PAS adalah lebih baik daripada apa yang kerajaan umno/bn lakukan sehingga keadaan semakin parah.

Ust. Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz
chedet 0 Komentar


KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Negeri Kawe boleh, negeri demo bakpo xleh
Abu Nu'man 0 Komentar

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.
nisa' dan rijal diasingkan

...tempat untuk pasangan yg sah/ keluarga serta anak2 kecil...

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.


“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.
... pandai pulak pakai tudung ngan sarong tangan....

Hulu Selangor Medan Si Katak
Abu Nu'man 0 Komentar

Kempen di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor kali ini turut ada kemungkinan bn menjadikan medan empat kepada Ahli Parlimen ‘YANG TELAH MELOMPAT-LOMPAT’ .... Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru)
Tan Tee Beng (Nibong Tebal)
 Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai)
Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu)
.Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali - muke dok malu, juga dijangka muncul di sana.



Disamping kempen BN akan turut menyentuh isu kewibawaan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar juga akan melarat ke Hulu Selangor. Isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pun menarik dijadikan bahan kempen. Terbaru, pendedahan ‘Projek 16 September’ yang diusahakan Anwar dan didakwa kononnya memperoleh sokongan beberapa pihak berpengaruh, pun bakal dijadikan modal berharga di sana.

Dengan rekod pengundi Melayu sebanyak 53.50 peratus, Cina (27 peratus), India (19.04 peratus) dan lain-lain (0.40 peratus). Maka PR harus bersiap siaga dengan segala fitnah dan tomahan yang bakal dilemparkan drp BN.

KES LIWAT ANWAR PATUT DI GUGURKAN KERANA TIDAK LOGIK AKAL
chedet 0 Komentar


Oleh Noor Diana Mohd. Razis

PANDANGAN dari dunia luar yang menganggap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim adalah tidak relevan dan sepatutnya di gugurkan. Ia juga dengan mengambil kira keputusan pemeriksaan kesihatan yang telah di jalankan keatas Saiful Bahari oleh tiga orang doctor dari hospital swasta dan Kerajaan yang mana menyatakan tiada kerosakan atau koyak di bahagian “ekzos” Saiful.

Walaupun dengan keputusan pemeriksaan itu telah di perolehi, namun Kerajaan BN masih tidak berpuas hati dan mahukan suatu keputusan yang lebih “sedap” di dengar dan di baca yang akan memberikan impak yang besar kepada Anwar Ibrahim.

Kerajaan BN cuba meyakinkan kepada rakyat Malaysia dengan cara diplomasi dengan menyatakan bahawa biarlah mahkahmah yang menentukan kesahihan kes liwat Anwar. Kerajaan BN berlagak seolah-olah mereka berkecuali dan bersih.

Rakyat Malaysia amat maklum, mahkamah di bawah ‘taklukan’ Kerajaan politik BN. Kita tidak dapat menyalahkan mahkamah memandangkan setiap petugas mahkamah dari 'bawah' sehingga ke 'atas’ di bayar gaji mereka oleh kerajaan BN. Mustahillah mereka akan ‘makan tuan’ atau ‘menggigit tangan yang menyuap nasi kemulut mereka’ ? Sudah pastilah sikap kesetiaan kepada 'majikan' mempengaruhi selok-belok perjalanan kes dan sudah tentulah keputusan mahkamah pasti akan berpihak kepada “BOSS” mereka. Ini tidak mustahil.

Jika di imbas kembali terdapat keraguan keatas statement yang menyatakan ada semen dalam ‘ekzos’ Saiful berdasarkan laporan kesihatan terawal dari beberapa orang doctor. Namun bila ianya tidak lagi menjadi suatu kemustahilan sekiranya ‘musuh politik’ Anwar dengan kuasa yang penuh di tangan mereka mewujudkan bukti baru dengan mempergunakan kembali DNA Anwar yang telah di ambil pada tahun 1998. Malah, Saiful juga pernah memaklumkan kepada doctor yang memeriksanya, bahawa dia merasakan seperti ada bahan plastic tertinggal di ‘ekzos’nya.

Kita dapat merungkai suatu kesimpulan mudah mengenai kes Anwar ini dimana kita dapat melihat dengan sejelasnya bahawa kerajaan BN pada hari ini benar-benar dan begitu teruja untuk melihat karier politik Anwar yang menjadi igauan mimpi ngeri buat mereka musnah sama sekali. Puak-puak ini ingin melihat Anwar di sumbatkan kedalam penjara buat kesekian kalinya.

Bagi BN, selagi Anwar masih bernafas di luar penjara, selagi itulah tidur mereka tiada pernah lenanya kerana gangguan mimpi-mimpi buruk ‘kehilangan kuasa’ yang tiada pernah putusnya. Selagi Anwar masih bebas bergerak di luar penjara, selagi itulah trauma dan ketakutan menemani hidup mereka siang dan malam.

Lihat sahaja bahana PRU12 yang di jalankan setelah Anwar di bebaskan, Negara telah mengalami suatu anjakan semangat reformasi yang ulung maka terhasillah gelombang tsunami politik yang mana melihatkan kejatuhan beberapa negeri ke tangan Pakatan Rakyat.

Kita juga dapat melihat beberapa ‘kuasa-kuasa besar’ seperti Samy Vellu, Sharizat Jalil, Koh Tsu Koon dan beberapa orang lagi tersungkur di kawasan yang telah lama mereka wakili. Merekta tersungkur dan tersembam dengan penangan kepimpinan Pakatan Rakyat. Beberapa siri PRK yang di jalankan hanya dua kawasan sahaja yang bertahan kepada BN, malah satu kerusi milik BN di Kuala Terenganu sebelum itu di rampas oleh Pakatan rakyat. Rentetan aura reformasi inilah yang menyebabkan kepimpinan BN, ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Maka kerana itulah Anwar harus di ‘check-in’ kan kembali ke dalam penjara. Kerana itu jugalah BN bertekad untuk menghapuskan karier politik insan yang bernama Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan kes fitnah ke-2 ini, isteri, anak-anak dan keluarga Anwar juga di heret kekancah pengaiban. Di ceramah-ceramah yang di hadiri oleh ahli keluarga Anwar, di edarkan risalah-risalah yang mengaibkan Anwar. Di mana letaknya peri-kemanusiaan insan-insan ini ? Hilangkah sudah pertimbangan mereka sebagai seorang manusia sehingga tergamak melakukan sesuatu yang bersifat kebinatangan demi kuasa yang mereka dambakan?

Ambil contoh Ibrahim Ali yang bermati-matian menafikan cerita bahawa dia adalah salah seorang pemegang saham judi. Sehingga Ibrahim Ali bersumpah dengan menyebut 'nama Al-Qur'an' dalam dewan Parlimen dan ingin mengemukakan saman malu pada orang yang mengeluarkan cerita ini. Ini baru kes saham judi, sudah dia melenting tak ketentuan. Kalau Ibrahim Ali di tempat Anwar ? Mungkin dia bisa di serang sakit jantung barangkali !

Terlalu banyak misteri dalam pentadbiran kerajaan BN hari ini. Misteri kematian dan pengeboman Altantuya, misteri kehilangan enjin jet tentera, misteri kewujudan semen Anwar dalam ekzos Saiful, misteri kematian Teoh Beng Hock dan beberapa siri lagi misteri-misteri yang boleh di kategorikan ‘doubt around the circle’.

Suatu perkara, kita mungkin lepas di dunia, ingatlah suatu perkara, kita pasti tersangkut di akhirat nanti. Fikirkanlah.

Jangan bincang isu calon secara terbuka - Zahid Hamidi
chedet 0 Komentar

BAGAN DATOH 28 Mac - Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak membincangkan isu calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor secara terbuka. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jalan terbaik adalah dengan menyerahkannya kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi BN untuk membuat keputusan.

Tegasnya, pertikaian atau perbincangan mengenai isu itu secara terbuka hanya akan memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk membidas.

"Biar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tentukan dengan kebijaksanaan beliau untuk memilih calon. Jangan guna gelanggang terbuka untuk memilih calon masing-masing.

"Siapa pun calon tidak penting, yang penting adalah mesti di kalangan komponen BN. Kemenangan dalam pilihan raya itu yang sepatutnya perlu difikirkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Ilmu dan Muafakat (Pikat) Bersama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, Jumaat lalu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara yang perlu difikirkan oleh kepimpinan komponen BN sekarang ini adalah calon yang boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Calon tersebut juga, katanya, perlu popular serta dikenali untuk diketengahkan mewakili imej BN.

"Calon itu nanti perlulah calon yang dikenali masyarakat sebagai calon yang boleh berkhidmat dengan baik untuk rakyat kerana memang matlamat BN adalah untuk tujuan tersebut," katanya.

Sementara itu, mengulas cadangan meletakkan calon MIC bertanding mewakili kawasan tersebut kata Ahmad Zahid, mereka boleh mencadangkan sesiapa sahaja calon yang difikirkan layak.

Namun, tegasnya, cadangan tersebut tidak semestinya diterima kerana kuasa menentukan calon terletak di tangan Perdana Menteri.

bunyi lain jer ayat yang akhir sekali tu

Qua Vadis MCA?
chedet 0 Komentar

Chua Soi Lek yang tercalit dengan skandal seks pada akhir tahun 2007, kini dinobatkan sebagai Presiden MCA yang baru, setelah menewaskan dua orang calon presiden yang lain, iaitu Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi. Chua Soi Lek meraih 901 undi, sementara Ong Ka Ting memperolehi 833 undi, dan Ong Tee Keat mendapat 578 undi.

Dengan kata lain, Chua Soi Lek sekadar memperolehi 38.9% sokongan daripada 2,318 orang perwakilan yang hadir untuk mengundi pada hari ini, mencatat kadar kehadiran 97.52%.

Dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden pula, Kong Cho Ha yang berganding dengan Chua Soi Lek telah ditewaskan oleh Liow Tiong Lai, dengan majoriti 65 undi. Kong Cho Ha adalah Naib Presiden yang meraih undi tertinggi dalam pemilihan parti pada tahun 2008, namun kini memperolehi 1,106 undi; sementara Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan juga Naib Presiden sebelum ini telah memenangi 1,171 undi.


Naib Presiden

Dalam pertandingan Naib Presiden pula, Ng Yen Yen (1,158 undi), Donald Lim Siang Chai (1,469 undi), Gan Ping Sieu (1,202 undi), dan Chor Chee Heung (1,202) berjaya tampil sebagai pemenang.

Artikel Penuh

Jangan cepat melatah dengan laporan media musuh - Nuridah
chedet 0 Komentar

13 Rabiulakhir 1431H
Hashim Abdullah

TEMERLOH, 28 Mac: Ahli-ahli PAS diminta tidak cepat melatah dengan isu-isu yang dibangkitkan media milik Umno tetapi sebaliknya mereka mestilah merujuk kepada media rasmi parti.

"Sebarang masalah yang boleh memecah belahkan parti kita hendaklah dijauhi. Sekarang media berusaha memecah belahkan kita dan Pakatan Rakyat. Kita hendaklah berhati-hati dengan media yang berusaha memecah belahkan parti kita dan Pakatan Rakyat, kita kena tahu sepak terajang mereka. Kita kena rujuk media rasmi parti kita,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika berucap di majlis penutup Mesyuarat Agung PAS Kawasan Temerloh, kali Ke 23 di Markaz PAS Sungai Gau, dekat sini.


Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh media Umno yang sedang melagakan para pemimpin PAS dengan pelbagai isu. Usaha ini juga dibuat oleh sesetengah media baru yang pada asasnya dimiliki oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS juga.

Bagi menghadapi situasi ini, ahli PAS di gesa meningkatkan komitmen perjuangan bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat memperolehi kejayaan dalam pilihanraya umum akan datang.

Kata Nuridah, setiap ahli terutamanya muslimat perlu meningkatkan kualiti keimanan bagi persiapan menghadapi perjuangan yang lebih mencabar.

Nuridah berkata setiap ahli tidak boleh hadir ke program parti hanya sekadar memenuhi aktiviti program semata-mata tetapi hendaklah melaksanakannya atas kesedaran dan rasa amanah kepada Allah.

“Hadir program parti bukan sekadar memenuhi kegiatan parti sahaja tetapi sebenarnyakita kena sedar ia amanah atau tanggungjawab kepada Allah. Amanah ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak.

“Apa lagi dalam suasana gejala social yang melanda dalam negara sekarang begitu buruk maka perjuangan menegakkan Islam adalah suatu tuntutan yang amat penting. Kita bimbang kemelut sosial dalam negara telah masuk ke dalam rumah kita, kita tidak berjuang menegakkan Islam kita akan dipersoalkan, ” katanya

Dalam usaha memperkukuhkan perjuangan Nuridah mahukan setiap muslimat PAS meningkatkan kualiti keimanan kepada Allah disamping berusaha meningkatkan juga kuantiti keahlian.

“Kita perlu meningkatkan kualiti keimanan kepada Allah dan dalam masa yang sama kita menggandakan kuantiti keahlian,” katanya.

Harakahdaily.net/-

26 Mac 2010

Air Mata Melayu Di Johor "Darul UMNO"...
chedet26 Mac 2010 1 Komentar

Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..

Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...

setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...

Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la .. dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..

Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..

Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..

kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah ..

hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..

Lokasi: Denai Pinggiran Johor ..

Markaz Tarbiyyyah Pas Kawasan Wangsa Maju
Abu Nu'man 0 Komentar

Alhamdulillah semalam (25 Mac 2010) Ajk Pas kawasan serta Dewan Pemuda Pas (muslimat tak dapat hadir) bersetuju untuk membeli lot bangunan untuk dijadikan Markaz Pas Kawasan Wangsa Maju. Meeting yang bermula sekitar jam 10.30 mlm itu diadakan di premis yang Insya Allah bakal menjadi milik Pas Kawasan Wangsa Maju. YDP dengan berbesar hati bersetuju dengan premis ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada JKK yang diamanahkan. JKK telah bersetuju untuk membayar  dahulu 10% drp harga yang telah dipersetujui dan Insya Allah membayar baki deposit sekira 5% - 15% atau lebih bagi mengurangkan kos bayaran bulanan nanti.


Kemudiannya AJK yang hadir pada mesyuarat tersebut mengadakan solat hajat disitu momohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan perjalanan dalam membeli premis seterusnya dijadikan Pusat Tarbiyyah bagi Kawasan Wangsa Maju.. Amin
Penyerahan 10% deposit (duit infaq orang ramai)kepada lawyer sebagai wakil pihak pemilik bangunan.

500 berkumpul di kedutaan Sweden bantah akhbar hina Nabi
chedet 0 Komentar

lokman Nor Adam (bersongkok)menumpang majlis

Ketua pemuda PAS Pusat berucap
Berkumpul di perkarangan bangunan Tabung haji sebelum bergerak ke kedutaan Sweden
Pengarah DACS pusat sedang berucap


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Lebih 500 Pemuda PAS dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di kedutaan Sweden hari ini bagi membantah tindakan tiga buah akhbar Sweden menyiarkan lukisan menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka berarak bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat menuju kebangunan kedutaan dengan membawa pelbagai kain rentang, sepanduk dan poster yang mengecam tindakan akhbar-akhbar berkenaan.

Mereka turut melaungkan 'Kasih nabi', 'Cinta Nabi', 'Biadap Sweeden dan 'Jahanam Sweeden' sepanjang perarakan.

Satu memorandum bantahan juga berjaya diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan kepada Duta Sweeden Helena Sangeland dalam pertemuan mereka.

Turut serta dalam penyerahan tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Memorandum tersebut antara lain mendesak kerajaan Sweeden mengambil tindakan terhadap akhbar dan pelukis karikatur yang menghina pemimpin ulung umat Islam itu.

Berucap kepada persrta himpunan selepas serahan itu, Nasruddin berkata perbuatan pelukis karuikatur dan akhbar yang menyiarkannya adalah biadap dan telah mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam dunia.

"Betapa biadab dan jahanamnya mereka.

"Kita mintak mereka mengambil tindakan tegas ke atas pelukis dan akhbar yang menyiarkan karikatur ini," katanya disambut laungan takbir peserta himpunan.

Beliau juga meminta akhbar berkenaan memohon maaf kepada umat islam seluruh dunia di atas tindakan yang telah mengguris hati tersebut.

Sabki dalam ucapannya pula berkata mana-mana pihak tidak boleh menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana baginda begitu istimewa bagi setiap umat Islam.

"Kita menyatakan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat yang istimewa dalam hati umat Islam," katanya.

Manakala Jais yang turut berucap menyatakan pendirian GPMS bersama dalam isu ini dan tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menghina Islam.

Perarakan anjuran Dewan Pemuda PAS ini turut disokong oleh 19 NGO Islam yang lain.

Selain melaungkan suara bantahan, Nasrudin bersama beberpa peserata himpunan turut membakar bendera negara itu.

Sementara itu, beliau juga turut mengutuk tindakan terbaru Zionis Israel yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan membina kuil yahudi pada 16 Mac lalu.

Zionis juga jelasnya telah berjanji akan membina sekurang-kurangnya 62 lagi kuil di sekitar masjid suci umat Islam itu.

Azizulhasni Awang....Our Hero!!
chedet 0 Komentar

The Gold Lost ... by a whisker

By Ivan Speck

The margin may have been just half a wheel but it was all Sir Chris Hoy required to re-establish his domination of track sprinting here last night.

The 10th world championship gold medal of his glittering career, won in the men’s keirin event, was seized not with the imperious form of Beijing but through gritted teeth and a steely-eyed glare.

With Malaysia’s Azizulhasni Awang closing him down with every turn of the pedals, Hoy held on to burst through the line and erupt in celebration of Britain’s first gold of the week.

The magnitude of his achievement only struck him as his heartbeat slowed in the aftermath of the race. He said: ‘It’s fantastic. It makes it more special to be back here where I won my first world title eight years ago. I would never have predicted then that I would be coming back in eight years’ time, let alone to win my 10th world title, so I’m delighted.

‘That was a hard victory. The standard is going up and up all the time and there is no room to relax and certainly no complacency from me.’

Sir Chris Hoy

In the bag: Sir Chris Hoy snatches keirin victory

Hoy’s progression to the final was not without its own drama at the start line — the second day in succession in which the Scot had suffered an unexpected beginning to a race.

After his broken pedal on Wednesday, the knight of the realm had barely made it across the line in his first heat when he found himself sitting on his backside.

Malaysia’s Josiah Ng Onn Lam curiously decided to cut straight across Hoy, cutting under his front wheel and leaving Hoy in an undignified heap on the ground, raising his arms to the roof in exasperation. Lam was rightly disqualified from the re-run, leaving Hoy to channel his anger into qualification.

He added: ‘I certainly didn’t enjoy it and it made me angry, but that’s another emotion that you are trying to keep in check. I didn’t want to let the red mist descend and then lose the plot.’

Hoy apart, things are not progressing so smoothly for the rest of the British team. Two days into the competition in the Ballerup Super Arena, the signs are that the crushing domination of track cycling which reached its all-conquering peak in Beijing, where seven of the 10 Olympic golds were brought home, may be

on the wane, temporarily at least.

There is no need to panic just yet. London is still more than two years away and performances have dipped only a fraction, but it seems that the rest of the world in general, and Australia in particular, has caught up.

It is Australia, not Britain, who head the medal table with four golds already, one appropriately in last night’s women’s team pursuit final in which the British trio of Wendy Houvenaghel, Lizzie Armitstead and Joanna Rowsell were made to settle for silver.

Victoria Pendleton failed to collect a medal of any colour after a poor first day of competition. With young partner Jess Varnish, she could finish only fourth in the women’s sprint — one of the new events on the 2012 Olympic programme.

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.