UMNO SELAMATKAN SURAU INI...

Isu ini suram sahaja kerana melibatkan surau yang letaknya di  Kuala Lumpur. Kalau surau ini letaknya di Selangor atau di negeri PR yang lain, sudah tentu barua penggempur siber UMCO sudah menyalak-nyalak mempertahankan surau ini. 


[UM] KUALA LUMPUR 2 Sept. - Surau An Nur di Jalan 4A, Taman Setiawangsa di sini sudah berusia lebih 20 tahun.

Pada 10 tahun pertama kewujudannya, semua urusan fardu ain dan fardu kifayah masyarakat Islam di kawasan itu dilakukan di surau itu dari solat lima waktu, solat Jumaat sehinggalah ke pengurusan jenazah.

Hanya selepas Masjid Muaz bin Jabal yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ siap dibina kira-kira 10 tahun lalu, barulah ‘beban’ surau An Nur berkurangan.

Kehadiran para jemaah yang terdiri daripada penghuni kawasan perumahan berhampiran, selain orang luar yang singgah sekali sekala berjaya mengimarahkan surau berkenaan sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, jemaah di situ mula bimbang apabila timbul ura-ura yang surau itu akan dirobohkan kerana tapak surau itu adalah milik Kementerian Pelajaran.

Tapak itu juga merupakan bekas tapak beberapa blok rumah panjang tetapi sudah dirobohkan sejak lebih setahun lalu dan surau itu dikatakan bakal menerima nasib yang sama.

Malah, telah ada notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta makluman daripada pegawai DBKL sendiri bahawa surau berkenaan akan dirobohkan bila-bila masa sahaja.

Namun, bagi ahli jawatankuasa surau tersebut, usaha merobohkan surau itu didakwa disebabkan hasil desakan pihak-pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan dari tanah itu.

Ulasan

Catatan Popular