UMNO PUN PULAU PERKASA... BRAHIM NAK TUMPANG SAPE???

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di sini semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

"PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita.

"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beberapa parti komponen BN secara terbuka membidas kepemimpinan PERKASA kerana tindakan mereka menjejaskan usaha kerajaan mencapai matlamat konsep 1Malaysia, walaupun Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak orang Melayu akan sentiasa dilindungi dan terjamin.

Ulasan

Catatan Popular