TOK GURU UMUM TENGKU FARIS PETRA SULTAN KELANTAN BARU

KOTA BARU, 13 Sept — Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini, demikian diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz membuat pengumuman itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar pada pukul 12.30 tengah hari tadi tadi.

Tengku Muhammad Faris (gambar) menggantikan ayahanda Sultan Ismail Petra yang gering sejak Mei 2009.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut Perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Sementara itu, tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.
Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang Dewan.

“Malahan kita telah telah fakskan kenyataan bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat satu pengisytiharan di Istana Balai Besar pada 11.30 nanti.

“Mengenai pengisyhtiharan itu saya tidak dapat dedahkan,” kata beliau dipetik Bernama.

MENYUSUL LAGI

Ulasan

  1. Great post, I am almost 100% in agreement with you

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular