14 Sep 2010

SEMOGA TUANKU SELAMAT PERGI DAN BALIK
abu nu'man14 Sep 2010 0 Komentar

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berlepas untuk lawatan tugas-tugas khas negara ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan rombongan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini kira-kira 10.45 pagi.

Baginda dan rombongan dijadual tiba di United Kingdom pada 15 Sept dan bakal disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulong, menurut kenyataan Istana Negara hari ini.
Menurut kenyataan itu, lawatan Seri Paduka berdua ke United Kingdom adalah bagi memenuhi undangan Putera Charles untuk berangkat ke majlis Makan Malam Gala Earth Award yang akan berlangsung di Clarence House London pada 16 Sept.

Pada 18 Sept, baginda berdua dijadual berlepas ke Amerika Syarikat bagi mengadakan lawatan ke Universiti Cornell bagi menyaksikan teknologi pembiak-bakaan kuda di universiti tersebut.

Baginda berdua kemudiannya akan berlepas ke Montreal, Kanada selepas lawatan ke Amerika Syarikat itu.
Semasa di Montreal, Seri Paduka akan mengadakan lawatan ke Lucky Harvest Therapeutic Riding Centre, McGill University Health Centre dan Montreal General Hospital manakala Permaisuri Agong pula akan melawat Montreal Children's Hospital.

Pada 21 Sept, baginda berdua akan berlepas ke Toronto, Kanada dan dijadual melawat Guelph University dan Ontario Veterinar College dan para hari berikutnya akan menghadiri majlis Santapan Malam Bersama Masyarakat Malaysia di Kanada yang diadakan di Villa Malaysia Restaurant.

Menurut kenyataan itu, lawatan tugas-tugas khas baginda ini adalah lanjutan daripada kerjasama projek Brain Gain yang dianjurkan bersama oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) adalah penerima geran Brain Gain bagi menjalankan kerjasama teknikal dan saintifik dalam melatih tenaga akademik  dan penyelidikan di kalangan tenaga penyelidik institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang terdiri daripada INSZA, UiTM, UMT dan UPM dengan Universiti McGill, Montreal, Kanada dalam penyelidikan dan inovasi gen Biostell Silk.

Inisiatif kerjasama untuk membangunkan kepakaran saintifik dalam genomics di IPTA tempatan dan institusi penyelidikan ini juga diperluaskan termasuk dalam sains pertanian dan pemakanan di Universiti Guelph.
Pihak Universiti Guelph telah dikenal pasti mampu untuk bekerjasama dalam projek Biostell Silk dan juga pertanian persis dan teknologi makanan melalui program NASA Life Support System.

Lawatan tugas-tugas khas baginda dijangka akan dapat membuka lembaran baru bagi membangunkan kemahiran kepakaran dan teknik penyelidikan dalam bidang yang strategik seperti Genomics dan Sistem Pertanian Persis.

Rombongan Seri Paduka berdua yang turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Zainol Othman serta beberapa pegawai Jabatan Perdana Menteri dijadual pulang ke tanah air pada 27 Sept. — Bernama
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.