SEKOLAH HAMIL : 5 PELAJAR DAH DAFTAR

Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

“Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.

“Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini.

Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama.

Mengenai tindakan undang-undang Syariah terhadap pelajar terbabit di atas kehamilan mereka tanpa hasil pernikahan yang sah, Mohd Ali berkata perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan keluarga remaja terbabit dan terpulang kepada Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan lanjut.

Ulasan

Catatan Popular