RUPANYA REMAJA YANG HILANG TUE KEMARUK SEKS


GEORGETOWN: Pasangan kembar, Nurulain dan Nurulashiqin Kamarazmi, bersama teman mereka, Suhaili Abd Razak, masing-masing berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak hari raya kedua, ditemui di sebuah flet di Green Garden, Paya Terubong di sini, pagi semalam.

Ketiga-tiga remaja terbabit ditemui tinggal bersama seorang lelaki 20 tahun dipercayai teman lelaki pasangan kembar itu dan seorang lelaki 19 tahun, jam 8.30 pagi.

Mereka yang ditemui selamat, dibawa ke Balai Polis Ayer Itam di sini, bersama dua lelaki terbabit untuk diambil keterangan. Remaja perempuan terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 4.30 petang bagi pemeriksaan lanjut kerana mereka mengaku mengadakan hubungan seks ketika menghilangkan diri dan juga pernah melakukannya sebelum ini.

Ketua Balai Polis Ayer Hitam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Mohd Napiah berkata, pihaknya mendapat maklumat remaja perempuan itu berada di flet berkenaan selepas menerima aduan seorang lelaki.

Seorang daripada lelaki itu dipercayai teman lelaki pasangan kembar dan siasatan awal mendapati semua remaja terbabit mengaku melakukan hubungan seks. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, katanya.

Mohd Fadzli berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu yang bekerja sendiri, bersama remaja berkenaan datang ke negeri ini dengan menaiki bas di Batu Gajah pada 14 September lalu sebelum menyewa dua bilik di sebuah hotel di Lorong Kulit di sini, selama tiga hari.

APA DAH JADI DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA???

Ulasan

Catatan Popular