PERGIMU AMAT-AMAT DIALU-ALUKAN

Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan Tan Sri Musa Hassan (gambo) sebagai Ketua Polis Negara, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.
Ismail yang kini merupakan timbalan kepada Musa akan memulakan tanggungjawab baru mulai 12 September ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraan wajib pada 2007 tetapi perkhidmatan beliau disambung dua kali.
Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa Musa agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara atas alasan kadar kes jenayah dan rasuah telah meningkat di bawah kepimpinan beliau.

Musa pula menekankan, beliau tidak pernah kecewa dengan keputusan perkhidmatannya tidak disambung.
“Saya tidak kecewa. Saya sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan polis,” katanya lagi.

Ulasan

Catatan Popular