13 Sep 2010

PELIK : SULTAN ISMAIL PETRA FAIL PETISYEN KEPADA TENGKU FARIS PETRA
abu nu'man13 Sep 2010 0 Komentar

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra (gambar) memfailkan dua petisyen di mahkamah bagi mencabar pertaba-lan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Raja Kelantan yang baru.


Peguam mewakili Raja Kelantan, Rashid Zulkifli, berkata baginda sudah memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi meminta mahkamah menentukan tahap kuasa Tengku Muhammad Faris ketika baginda tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya.

Katanya, tindakan berkenaan dibuat selepas mengetahui Pemangku Raja Kelantan merancang untuk meminda perlembagaan negeri bagi melucutkan kuasa baginda sebagai pemerintah, jika tidak mampu menjalankan tugas untuk jangka masa lebih satu tahun.

“Memandangkan isu berkenaan perlu menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan, maka tidak wajar atau sah bagi Pemangku Raja bertindak mendahuluinya,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu Jumaat lalu melaporkan dengan memetik sumber bahawa Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai Raja Kelantan yang baru, bagi menggantikan ayahandanya, yang gering sejak lebih setahun lalu.

Istiadat pemasyhuran itu akan berlangsung di Istana Balai Istana Besar mulai jam 11.30 pagi ini.

Rashid berkata, pihaknya mengambil langkah luar biasa untuk menulis kepada pihak media memandangkan wujudnya keperluan mendesak bagi menyatakan pendirian baginda.

Beliau turut memberi amaran bahawa percubaan untuk meminda perlembagaan negeri boleh menyebabkan Pemangku Raja berdepan dakwaan mencampuri prosiding dan menghina mahkamah.

“Sebarang pindaan dan pertabalan, jika diteruskan, akan dicabar kesahihannya oleh baginda Raja,” katanya.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.