21 Sep 2010

PELIK : SULTAN ISMAIL CABAR LANTIKAN SULTAN FARIS PETRA
abu nu'man21 Sep 2010 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Peguam-peguam mewakili Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra berkata, pemasyhuran anakanda sebagai Sultan Kelantan yang baru minggu lalu tidak sah dari segi perlembagaan dan akan dicabar di mahkamah.

“Tuanku Ismail Petra masih Sultan (yang sah) dan kami akan meminta campur tangan Mahkamah Persekutuan,” kata Datuk Param Cumaraswamy.

Pada sidang media khas 14 September lalu, seorang anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan negeri,” katanya.

Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu.

Kata beliau, Tengku Muhammad Faris telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September meskipun isu-isu perundangan masih dipertimbangkan di Mahkamah Persekutuan.
Param mendakwa istiadat pemasyhuran telah menjejaskan kedudukan anak guamannya.

Dua persoalan yang diketengahkan untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan ialah sama ada Tengku Mahkota mempunyai kuasa penuh sebagai sultan untuk melantik semula Majlis Perajaan Negeri dan untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkannya menaiki takhta.

Menurut Param, wujud dua isu perundangan ekoran pindaan perlembagaan negeri dan pelantikan Tengku Mahkota sebagai sultan.

Pertamanya, kata beliau, pramasa bagi Tengku Mahkota mengambil alih kuasa yang diberikan kepada sultan memandangkan isu berkenaan masih dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Keduanya, menurut beliau, status Majlis Perajaan Negeri sendiri sedang dipertikaikan boleh memilih dan melantik Tengku Mahkota sebagai Sultan Kelantan.

Hari ini, petisyen ketiga difailkan untuk meminta pandangan Mahkamah Persekutuan sama ada Tengku Muhammad Faris sebagai Tengku Mahkota dan Pemangku Sultan mempunyai kuasa di bawah perlembagaan negeri untuk membuat pindaan.

Kata beliau, oleh kerana isu-isu itu kini telah dibawa ke perhatian Mahkamah Persekutuan, maka mereka yang menasihatkan Tengku Mahkota harus mengelak daripada melakukan perkara yang boleh prejudis petisyen didengar.

Mahkamah Persekutuan dijadual untuk memutuskan sama ada mereka mempunyai budi bicara untuk mendengar dua petisyen pertama pada 23 Oktober ini.

Kata Param, kemungkinan mahkamah juga akan memutuskan petisyen yang ketiga.

“Kami mahu panel penuh Mahkamah Persekutuan mendengar kerana kes ini mempunyai kesan mendalam membabitkan negeri-negeri lain yang mempunyai sultan,” kata beliau.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.