NIE CHING TOKLEH MASUK SURAU... WANITA UMNO TAK BERTUDUNG CAMNE

Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata telah menerima surat amaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais), yang meminta beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Dalam surat amaran itu Mais menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor.

Teo berkata surat amaran yang diterima melalui faks menjelaskan sekiranya mahu memasuki ruang solat beliau perlu mendapatkan kebenaran Mais terlebih dahulu.

“Ya, saya sudah terima surat amaran itu pada pukul 1.30 tengah hari (semalam).

“Dalam surat itu mengatakan bahawa saya dilarang memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tanpa kebenaran Mais terlebih dahulu,” katanya ketika dihubung.
 
Ahli Parlimen DAP itu berkata beliau akan mengambil peringatan daripada surat tersebut dan akan merujuk kepada Mais terlebih dahulu sebelum ke masjid dan surau.

Teo sebelum ini dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Ulasan

Catatan Popular