"I KNOW YOU BRAHIM ALI" : TOK GURU
KOTA BARU, 6 Sept – “I know you (saya kenal awak)”, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nada sinis menempelak kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali (gambo) yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran.
Dalam pada itu, Tuan Guru berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.
Tuan Guru berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara’ah di Pasar Siti Khadijah di sini.
“Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di sini sini hari ini.
Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Aziz mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.



Ulasan
Catat Ulasan