BRAHIM ALI : APA BARANG DEBAT NGAN ANAK BILIS

Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan dan mengundang pertubuhan bukan kerajaan Melayu agar sertai debat.

Dalam reaksinya, Perkasa mendakwa bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan oleh mana-mana pihak secara terbuka.

Oleh itu, pertubuhan itu menolak sebarang undangan agar diadakan diadakan dialog secara terbuka.
“Ini (Nurul Izzah) ikan bilis pada saya... budak tak lepas hingus lagi yang tak tahu sejarah perjuangan kemerdekaan. Berhingus pun dah pandai jual maruah bangsa,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali
Justeru, tambah Ibrahim beliau sebenarnya menentang pendirian bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Lawan saya bapa beliau, bukan beliau (Nurul Izzah). Beliau orang kecil,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi SMS hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mengetepikan hujah Nurul Izzah, wakil rakyat penggal pertama, sambil meminta beliau memberi tumpuan ke atas kes liwat kedua bapanya.

“Ini isu yang sangat kecil, minta beliau beri tumpuan terhadap kes liwat bapa beliau atau debat dengan ketua Wiranita (sayap wanita Perkasa). Adakah perbicaraan bapa beliau satu konspirasi?” tambah Ibrahim dalam komennya.

Ulasan

Catatan Popular