20 Sep 2010

BANG BANG BOMM RAYA (MENYEDARKAN KITA)
abu nu'man20 Sep 2010 0 Komentar

Aku taklah berapa suka sangat tengok orang kena sakat dalam program ni lelebih lagi kalau yang agak memalukan orang yang diorang kenakan tu. Tapi minggu lepas ada sesuatu yang sangat menyentuh hati aku bila tengok 'Bang Bang Bomm Raya'.

Amat dgn Azahari, pengacara program ni memang terjal sket. Tapi segmen Terima Kasih yang diorang buat sangat menyentuh hati sehinggakan aku rasa tersentap. Betullll… touching sangat.

Satu kes tu tentang seorang anak perempuan (berlakon) yang nak tukarkan CD dengan 10kg beras untuk dimakan adik2 dia yang mana bapanya sedang sakit. Tiada seorang pun mempedulikannya walaupun di bulan Ramadhan, bulan yang manusia ringan untuk bersedekah... budak itu bukannya minta 'duit' tapi minta beras 10kg untuk ditukarkan dengan sekeping CD... namun masyarakat Islam sedikit pun tidak mempedulikannya...

Dan satu sekmen lagi apabila seorang bapa (berlakon) yang nak tukarkan semangkuk bubur lambuk dengan sepasang kain buat baju raya anak perempuan dia yang harganya RM12.90 sahaja.. bukan 'duit' tetapi sepasang kain RM12.90 sahaja... bapa tersebut mencari siapa yang sudi menolongnya di hadapan Mydin... dan yang menyedihkan apabila bapa tadi terpaksa menunggu sehingga hampir 8 jam sebelum seorang pemuda (20an) sudi menukarkan bubur lambuk dengan sepasang kain tadi...8 jam tue... kalu mintak duit mungkin kita rasa dia nak tipu... tapi mintak barang pun orang tak berani bagi...

Itulah hakikat sebenar bagaimana masyarakat kita dibulan Ramadan pun tak mampu untuk menolong orang yang benar-benar memerlukan... bagaimanakah sekiranya ada orang yang ingin meminta pertolongan kita...??? Apakah kita sudi membantunya????
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.