11 Ogo 2010

TEMBAK : KES SETTLE... UDAH2 BUAT SPEKULASI
abu nu'man11 Ogo 2010 0 Komentar

Polis telah menutup siasatan kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan bekas pembantunya Siti Rohana Ismat, tetapi enggan mendedahkan motif kedua-dua mereka yang sebelum ini dianggap sebagai mati dan membunuh diri.


Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyifatkannya sebagai “akademik”.

“Kes ini sudah dianggap selesai, yang lain-lain dianggap akademik,” kata beliau di sini hari ini.

Khalid berkata, motif kes itu tidak perlu didedahkan memandangkan tiada pihak lain yang terlibat.

Ketika ditanya siapa yang menembak, Khalid berkata: “Saya tidak perlu memberitahu anda.”

“Tidak perlu bagi kita membincangkan kes ini lagi,” kata beliau sambil menambah, kenyataan hari ini adalah yang terakhir mengenai kes itu.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi Selasa lalu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini.

Polis turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 yang dipercayai milik Abdul Aziz dalam kereta itu.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.