12 Ogo 2010

Stesyen TV Jerman Siar Program Ramadhan Selama Sebulan
Pejuang Muda12 Ogo 2010 0 Komentar


Semaraknya Ramadhan tidak hanya terjadi di negara dengan majoriti penduduk beragama Islam. Di Eropah, suasana Ramadhan juga terasa kelainannya.Jerman misalnya, stesyen tv negara itu kini menayangkan secara khusus program Ramadhan setiap hari selama sebulan penuh. RTL2 demikian nama stesyen tv tersebut, mengaku memiliki misi khusus untuk lebih menghubungkan perpaduan warga Jerman dan sensitiviti pandangan terhadap komunitas muslim.

"Satu hal yang boleh menjangkau semua teori tentang perpaduan. Tapi kami secara sederhana menginginkan tersampainya pesan hanya sekali," ungkap Carsten Molis, Head Marketing RTL2 seperti dikutip dari Harian Der Spiegel edisi Online, Khamis, (12/8).

Molis menyebutkan dalam cara yang sama, pihaknya juga menghadirkan program berunsur ketimuran dan perayaan natal setiap tahun. Pihaknya tentu memasukkan materi ramadhan sebagai salah satu program tahunan sebagai penghormatan terhadap penonton muslim. "Kami berharap isu sensitif tentang Islam dapat beransur hilang disetiap stesyen tv Jerman," katanya.

Pusat Komuniti Muslim di Jerman menyambut positif idea tersebut. Bagi mereka, penayangan program Ramadhan merupakan sebahagian tanggungjawab sosial yang harus dihargai. "Inisiatif seperti ini merupakan contoh yang baik bagi stesyen besar lain di Jerman," ungkap salah satu tokoh komuniti muslim Jerman, Aiman Mazyek.

Perwakilan Gereja pun menyatakan dukungannya terhadap program Ramadhan. Jurucakap Gereja Protestan di Jerman, Reinhar Marwick, mengatakan sangat gembira ketika keberagamaan di Jerman kian hidup dalam program tv.

Sebagai informasi, berdasarkan survei tahun 2009, komuniti muslim di Jerman berjumlah antara 3.8 juta hingga 4.3 juta orang atau kurang lebih 5 persen dari total populasi Jerman yang mencapai 82 juta orang. Sebahagian besar komuniti muslim di Jerman merupakan keturunan Turki dan lebih dari setengahnya memiliki pasport Jerman.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.