SAMAN JE EZAM TUE...

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Senator Ezam Mohd Nor jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan itu supaya “menghalang seorang lelaki daripada mendekati” suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Presiden PKR itu berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu.

Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini.

Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat “hasil menerima upah pimpinan Umno.”

“Walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekiranya beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan dikeluarkan menerusi blog Anwar hari ini.

Dr Wan Azizah berkata di perkarangan Mahkamah Tinggi semalam, seorang pemberita Berita Harian menyatakan yang dia telah diarah bertanya soalan berhubung tuduhan Ezam yang mendakwa kononnya beliau pernah menelefon mengarahkannya supaya “menghalang (seorang) lelaki mendekati saudara Anwar.”

“Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau,” kata beliau.

“Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama Umno dan tidak sebelumnya,” kata Dr Wan Azizah sambil menambah, beliau tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Anwar seperti tohmahan tersebut.

“Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas, sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” katanya lagi.

Ulasan

Catatan Popular