Pemain Bolasepak Iran Dibuang Dari Kelab Kerana Tidak Puasa


Seorang bintang bolasepak Iran yang ternama,Ali Karimi telah dibuang dari kelabnya,Steel Azin FC kerana didapati tidak berpuasa.Pihak kelab menyatakan mereka terpaksa membuang Ali Karimi kerana tidak patuh terhadap ajaran Islam dengan tidak berpuasa.

Karimi, 31 tahun, merupakan pemain kedua yang paling banyak memperkuat pasukan Iran dan juga pencetak gol terbanyak ketiga untuk pasukan Iran. Karimi pernah memperkuat Bayern Munich selama dua musim dengan mencetak 4 gol dari 50 penampilannya.

Di bawah undang-undang Iran, semua muslim diwajibkan untuk mengamati bulan suci, sementara mereka yang tidak berpuasa, termasuk non-muslim, diharapkan untuk menjauhkan diri dari makan atau minum di depan umum.

Ulasan

Catatan Popular