NAJIB : "UBAH CARA HIDUP" DI BULAN RAMADHAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan umat Islam negara ini supaya jangan membazir di tengah-tengah keghairahan membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.


Beliau berkata perbuatan membeli mengikut nafsu adalah pembaziran yang harus dielakkan.

Katanya, adalah satu kebiasaan untuk umat Islam yang sedang berpuasa untuk membeli pelbagai jenis juadah kerana didorong oleh rasa lapar dan dahaga.

“Berpada-pada bila berbelanja. Perbelanjaan yang kita gunakan itu boleh (guna) untuk keperluan lain,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di bazar Ramadan di Presint 2 di sini hari ini.

Pada tinjauan mesra itu, Najib mengunjungi beberapa buah gerai, antaranya Char Kway Teow Pulau Mutiara, Pak Tam Murtabak Putrajaya Istimewa dan Puteri Chendawan, Gerai Alip, Kelantan Fried Chicken, Noor Mila Nasi Ayam Berempah dan Roti Bom Presint 16.

Perdana Menteri turut meluahkan rasa gembiranya kerana para peniaga memperoleh pendapatan lumayan dengan berniaga di bazar tersebut.

“Bazar Ramadan ini bagus dan para peniaga memberitahu mereka memperoleh pendapatan yang lumayan,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular