MASJID AKAN DIBINA DIBEKAS TAPAK WTC... ISLAM KIAN DITERIMA

NEW YORK, 4 Ogos — Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid berdekatan Pusat Dagangan Dunia (WTC), yang musnah diserang pengganas 11 September 2001.


Pada prosiding yang didengar dengan kawalan ketat polis di Pace University di sini semalam, keputusan panel sembilan anggota memutuskan untuk tidak memberi perintah status perlindungan kepada 45 Park Place — kawasan yang disyorkan untuk membina pusat kebudayaan Islam dan sebuah masjid.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM350 juta (AS$100 juta dolar) — termasuk masjid.
Anggota panel berkata mereka membuat keputusan itu bukan berdasarkan pertimbangan sama ada penggunaan masa depan kawasan itu sebagai masjid sesuai ataupun sebaliknya, tetapi atas persoalan merit kesenian bangunan terbabit sama ada ia bernilai untuk dilihat dari sudut status premis ternama.

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan yang berusia 152 tahun berkenaan, beberapa blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat.

Bangunan 45 Park Place — kawasan yang disyorkan untuk membina pusat kebudayaan Islam dan sebuah masjid. 




Ulasan

Catatan Popular