LUPA LA... UMNO PARTI MELAYU BUKAN ISLAM...

Noh Omar desak PAS tutup pusat hiburan dan rumah urut sepanjang Ramadhan... dengan alasan "sekiranye parti yang memperjuangkan Islam berkenaan betul-betul ikhlas dalam perjuangannya"...awat parti UMNO bukan parti Islam ke..?? ...oh ye... UMNO parti kebangsaan... parti perkauman... tue yang x berani nak tutup pusat hiburan... nanti ahli UMNO nak moreh kat dangdut mane lepas terawih... nak sahur kat pub mane pulak...???

---------------------------------------------------------------

Timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mencabar kerajaan negeri menutup pusat hiburan dan rumah urut sepanjang Ramadan.


"Pas Selangor perlu mendesak kerajaan negeri menutup pusat berkenaan jika benar-benar memperjuangkan Islam.

"Tindakan ini perlu dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, sekiranya parti yang memperjuangkan Islam berkenaan betul-betul ikhlas dalam perjuangannya," kata menteri pertanian dan asas tani itu.


Umno, katanya mendesak dan mencabar PAS bertindak segera bagi menghormati bulan mulia itu.

"Buktikan bahawa Pas tidak berada di bawah telunjuk parti komponen lain, khususnya DAP dalam menangani isu ini dan rakyat sendiri boleh menilai sejauh mana keikhlasan Pas dalam memperjuangkan Islam," katanya berceramah selamatkan Selangor di Kajang, semalam.

Menurutnya, Umno sedia berganding bahu sekiranya PAS ingin bersama-samanya mendesak kerajaan negeri mengeluarkan larangan operasi pusat hiburan sempena Ramadan.

"Kita sedia berganding bahu mengenai perkara ini dan komitmen kita amat jelas tapi kita kurang pasti apakah PAS sanggup berbuat demikian atau lebih suka mengambil sikap berdiam diri demi menjaga kepentingan politik bersama PR.

"Jangan pula disebabkan demi menjaga kepentingan fahaman politik, mereka sanggup mengabaikan perjuangan yang mereka laung dan hebohkan kepada rakyat sebelum ini," katanya.

Ulasan

  1. Sejak bila Noh Omar ni dah begitu sensitif dengan isu agama ni?.
    Nak tukar profesion ke?..baguslah tu dah menginsaf diri...kita bersyukur Allah telah memberi "hidayah" kepada nya.

    Jadi kalau Noh Omar sungguh-sungguh nak tegakkan Islam AYUH MARILAH KITA BERJUANG DI DALAM PAS.Parti yang mendokong perjuangannya dengan berlandaskan AL-QURAN,HADIS,IJMAK DAN QIAS.....bari betullll!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular