KU LI : MANSUH AKTA SEKAT KEBEBASAN

Ku Li menggesa agar akta-akta Parlimen yang disalahgunakan, tidak adil, sekaligus bertentangan dengan kebebasan yang pernah dikecapi rakyat sewaktu kemerdekaan 53 tahun lalu, dimansuhkan.
Beliau berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, AKta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 merupakan bentuk akta yang menyekat kebebasan rakyat, namun seringkali disalahgunakan untuk melindungi kepentingan individu tertentu.

Ku Li berkata, "saya mengajak saudara menyertai saya mendesak supaya ISA dan OSA dihapuskan. Undang-undang zalim ini, lebih banyak digunakan sebagai alat politik daripada sebagai alat untuk keselamatan negara. Akta-akta ini mewujudkan suasana ketakutan.
"Saya juga mengajak saudara menyertai saya mendesak supaya Akta Mesin Cetak dan lebih-lebih lagi, Akta AUKU dimansuhkan," katanya pada Sidang Kemuncak Para Pemimpin Pelajar Malaysia Tahunan ke 4 di sini semalam

"Saya tidak nampak bagaimana saudara boleh bergerak dengan bebas dan menyatakan sokongan di UK dan Eire dan pada masa yang sama melupakan nasib saudara-saudara kita di sini yang dinafikan hak asasi yang asas terhadap persatuan dan menyatakan pendapat oleh Akta AUKU.

Ulasan

Catatan Popular