JAMIL KHAIR PERNAH CADANG GUNA DINAR EMAS

27 Ogos 2009 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom pernah mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu dikaji kembali dan diteruskan seperti yang pernah disarankan oleh Dr Mahathir.


“Sila lihat balik apa yang diperkatakan oleh Datuk Jamil Khir pada 27 Ogos 2009, kami amalkan apa yang mereka (kerajaan pusat) perkatakan. Mereka cakap, kami buat.

“Jadi, tidak salah menggunakan mata wang syariah dinar dan dirham,” kata Husam lagi dengan merujuk kepada kenyataan Jamil bahawa sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Jamil juga berkata, ramai pakar ekonomi berpendapat dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Sehubungan itu, kata Jamil, beliau mengharapkan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh Dr Mahathir bagi menggunakan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC akan dikaji kembali dan boleh diteruskan.

Saranan penggunaan dinar emas di negara ini telah dibuat oleh Dr Mahathir hampir 10 tahun yang lalu ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada 1997/1998.

Jamil berkata Tabung Haji dan Pusat Zakat juga sepatutnya meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan dan aktiviti mereka.

Ulasan

Catatan Popular