CHUA SOI LEK NAK SOUND BALIK TPM

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecewa dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menggunakan insiden 13 Mei 1969 untuk memberi amaran kepada MCA agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) jika mahu memperjuangkan kepentingan komuniti Cina.


Kata Dr Chua, pemimpin-pemimpin BN tidak perlu memukul “gendang perkauman” kerana rakyat Malaysia kini lebih matang dalam memahami perkembangan semasa.

Selain itu kata beliau, apa yang diminta oleh MCA bukan dengan mengetepikan kepentingan atau hak mana-mana kaum lain.

Bekas Menteri Kesihatan itu menekankan rakyat Malaysia kini lebih matang berbanding persekitaran 1969 dan boleh terlibat dalam perbincangan-perbincangan waras.

Timbalan Perdana Menteri semalam mengingatkan Dr Chua agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata Dr Chua seharusnya bersikap lebih terbuka dan peka terhadap sensitiviti serta keperluan bangsa lain di negara ini.

Ulasan

Catatan Popular