UMNO TANAH MERAH BUAT LAWAK... KAH..KAH..KAH..
Lucu la UMNO Tanah Merah nie... bukan pasal dakwaan kate Kerajaan PAS x buat kerja... tapi lawaknya depa buat Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1.... kate jangan gunakan sekolah untuk tujuan politik....
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_13.htm
TANAH MERAH, 11 JULAI - Rakyat diingatkan tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang kononnya mereka lebih berkemampuan membela nasib rakyat berbanding UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO bahagian ini, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (gambar) berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan parti-parti pembangkang termasuk kerajaan Pas di Kelantan gagal menunaikan janji-janji yang dibuat.
"Lihat sahajalah apa yang berlaku di negeri di bawah pemerintahan pembangkang termasuk di Kelantan. Segala-galanya bukan sahaja menjadi kelam-kabut malah banyak janji manis yang ditabur sewaktu pilihan raya hingga kini masih tidak dapat ditunaikan.
"Semua ini harus memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita. Jangan kita menggadai masa depan anak-anak kepada kelompok yang hanya hadir di persada politik negara semata-mata untuk merebut kuasa.
"Jangan dibiarkan kita menjadi mangsa apabila yang 'dikejar tak dapat yang dikendong keciciran'," katanya berucap pada Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 di sini semalam.
Persidangan itu telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hadir sama, Ketua Wanita UMNO bahagian, Dayang Saniah Awang Hamid; Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Almidi Jaafar dan Ketua Puteri UMNO bahagian, Emi Shahrina Sihabudin.

Ulasan
Catat Ulasan