UMNO NAK BEKERJASAMA DENGAN PAS... MUKE DOK MALU...

UMNgOK nak bekerjasama dengan PAS demi perpaduan Melayu???? Muke dok malu sungguh puak2 nie.... Sedar ke tak puak-puak nie??? Hanya 2 pertubuhan yang paling layak untuk bekerjasa dengan UMNO demi perpaduan melayu adalah PERKASA....dan satu lagi APCO....
-------------------------------------------------
Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan Pas sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.


Sambil menyambut baik saranan itu Timbalan Perdana Menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.

“Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata terpulang kepada kepimpinan Pas sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Semalam akhbar memetik anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam yang juga bekas Setiausaha Pemuda PKR sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan Umno bersatu.

Ulasan

Catatan Popular