SUKE HATI AKU LA NAK BUAT APE NGAN DUIT AKU...

SUKE HATI AKU LA NAK BUAT APE NGAN DUIT AKU... BUKAN DUIT BAPAK ENGKAU...

(Azwanddin Hamzah pernah bersama Parti KeAdilan pada tahun 1999 dan memegang jawatan Ketua Pemuda KeAdilan Wilayah Persekutuan dan Exco Pemuda KeAdilan Malaysia.Kemudian menyertai UMNO pada 2008 bersama sama saudara Ezam Kotak.)

Itulah agaknya jawapan yang paling sesuai diberikan kepada Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah. Jaringan Melayu Malaysia (JMM) semalam mendedahkan bagaimana penaja portal berita propembangkang The Malaysian Insider, telah menggunakan wang yang diperoleh daripada kontrak kerajaan untuk membuat fitnah terhadap kerajaan.


Dia mendakwa Efficient E-Solution Berhad merupakan syarikat yang membiayai kos operasi portal tersebut dan mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International Sdn. Bhd.

Katanya, VPI International telah mendapat kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 tetapi kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927.

Sehubungan itu dia mencabar Pengarah Efficient E-Solution Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan supaya ke mahkamah bagi menafikan beliau terlibat dalam penajaan portal berita propembangkang The Malaysian Insider.

Katanya, tindakan itu adalah amat tidak beretika.

Walaupun JMM amat menyokong kebebasan media di negara ini khususnya bersifat alternatif seperti portal dan blog, jelas Azwanddin, ia masih perlu dilakukan secara bertanggungjawab tanpa melibatkan fitnah serta menggugat keharmonian negara.

Ulasan

  1. JMM ditaja oleh Tun M. Dibayar SD15000 sebulan oleh syarikat mokhzani mahathir yg berpengkalan di Singapura terlibat didlm perniagaan oil dan gas. Hah, apa lagi belasah le

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular