SOTONG KURITA PUN PANDAI BUAT RAMALAN

Sotong bernama Paul yang berusia dua tahun dan berasal dari England bertukar menjadi selebriti selepas membuat tekaan serarus peratus tepat dalam semua lima perlawanan melibatkan Jerman termasuk saingan suku akhir menentang Argentina.

Sebelum ini sotong kurita yang meramalkan Jerman pada Piala Dunia 2010 dengan tepat, baru-baru ini telah memilih Sepanyol akan memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman.

Jerman, yang dilihat sebagai pasukan pilihan selepas beberapa gergasi tumpas sebelum ini, gagal mengatasi juara Eropah Sepanyol untuk mara ke final kejohanan Piala Dunia 2010, awal pagi tadi.

Dalam pertemuan yang dilihat sengit dan dramatik, Sepanyol mengatasi Jerman, yang menewaskan Argentina 4-0 di suku akhir, dengan jaringan tunggal pada minit ke-73.

Gol tunggal Sepanyol dijaringkan oleh penyerang Barcelona Carles Puyol.

Dengan kemenangan ini, Sepanyol akan bertemu satu lagi pasukan dari Eropah, Belanda minggu depan.

.... MUJUR TAK DOK MALAYSIA... TIDAK KAKI JUDI UMNO TAK BALIK RUMAH DOK TUNNGU SAPE LA PULAK MENANG WORLD CUP TAHUN NIE...

Ulasan

Catatan Popular