SATU AMARAN... SATU LAGI TEGURAN... APA CITE NIE???
Setiausaha Bahagian Penerbitan, Teks & Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Abd.Samad semalam telah ‘menegur’ Suara Perkasa berhubung artikel muka depan edisi sulungnya bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA”, dan sedang mencari pencetak pengganti bagi meneruskan penerbitan keluaran kedua, 15 Julai ini.Akhbar dwibulanan terbitan Perkasa itu terpaksa mencari pencetak baru kerana syarikat pencetakan semasa, KLK Press Sdn Bhd tidak sanggup memikul risiko implikasi perundangan.
Ketua Pengarangnya Daud Ibrahim telah mengadakan pertemuan kira-kira 105 minit dengan Datuk Zaitun dan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi serta beberapa pegawai kanan kementerian.
Dalam pada lain, Datuk Zaitun itu juga telah memberi ‘amaran’ kepada Suara Keadilan: “Kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan.”
Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menanggung implikasi undang-undang sekiranya parti itu bertindak menerbitkan akhbar Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat.
Akhbar itu didakwa telah menerbitkan sebuah artikel “Felda Bankrap” yang dianggap berunsur fitnah.


Ulasan
Catat Ulasan