SAPE YANG KENE PULAU? MINUM UBAT BATUK BRAHIM ALI NI

Perkasa pimpinan brahim Ali, telah mengenal pasti hampir 15 orang tokoh politik yang dianggap memusuhi dasar perjuangannya dan akan ‘dipulau’ dalam pilihan raya umum ke-13. Pemimpin-pemimpin itu termasuklah mereka dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Brahim berkata angka itu kemungkinan meningkat atau menurun menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Dalam lingkungan 15 orang sedang kami pantau... tetapi angka ini mungkin naik, mungkin turun bila sampai masa pilihan raya, mungkin mereka yang kami pantau ini berubah pendirian, di mana kami akan sokong kemudian.

“Tetapi setakat ini, kami belum ada senarai muktamad, ia akan berubah dari semasa ke semasa,” kata ketua Perkasa ini, pertubuhan yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum lalu atas nama mahu membela kepentingan Melayu, ketika ditemui di sini.

Kata Brahim, daripada jumlah itu ramai merupakan wakil-wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ramai dari PKR,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ketika ditanya sama ada pihaknya sudah mengenal pasti ahli-ahli politik yang tidak akan mendapat sokongan Perkasa ketika pilihan raya umum ke-13.

Perkasa, yang sebahagian besar ahlinya bekas ahli Umno, sejak kebelakangan ini kelihatan memihak kepada Barisan Nasional.

... BRAHIM NIE KENE UBAT BATUK KOT??? TUE YANG PENING SEMACAM JE... APA DIA INGAT ORANG MELAYU PASIR MAS NAK PANGKAH DIA DALAM PRU-13 KARANG... ORANG UMNO BELUM TENTU NAK PANGKAH DIA INIKAN ORANG PAS PASIR MAS...

Ulasan

Catatan Popular