SAPA BERRY WAIN? SUKE2 JE NAK BURUKKAN TUN...

Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal dalam bukunya “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times”  mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.


Bagaimanapun, SPRM tidak bercadang menyiasat dakwaan Wain kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.


Nazri Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tun dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/ mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak pun mencecah RM10 bilion.

Akhir tahun lalu ekoran dakwaan Lim Kit Siang berdasarkan kandungan buku itu, Dr Mahathir meminta kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja siasatan.

Bagaimanapun PM menolak perlunya diadakan sebuah suruhanjaya diraja untuk tujuan itu.

Ulasan

Catatan Popular