RAZAK JADI KAMBING HITAM... GEMBALANYE SIAPA???

Detektif persendirian P. Balasubramaniam yang kini berada di sini, hari ini melontarkan kejutan dengan menegaskan, bekas pelanggannya Abdul Razak Baginda tidak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, kes yang menggemparkan banyak pihak empat tahun lalu.


Meskipun Abdul Razak, antara lingkungan yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak sehingga 2006, telah dibebaskan oleh mahkamah dua tahun lalu, tetapi ramai yang masih berpandangan sebaliknya.

“Setahu lagi, Razak merupakan kambing hitam. Dia tiada sebarang kaitan dengan pembunuhan itu,” kata Balasubramaniam (gambar) di sini hari ini.

Balasubramaniam yang tinggal di India sejak mengeluarkan dua akaun bersumpah berhubung pembunuhan itu berkata tiada sebab bagi Abdul Razak mendapatkan khidmatnya pada 19 Okt 2006 sehingga 26 Okt 2006 jika mengetahui bahawa Altantuya akan dibunuh pada malam itu.

“Ya, dia membiayai dia (Altantuya) dan dia mempunyai hubungan dengan dia, tetapi setahu saya, dia tidak bersalah. Sebenarnya perakuan saya telah menyelamatkan dia,” kata beliau.

Balasubramaniam mengeluarkan dua akaun bersumpah awal Julai 2008.

Ulasan

Catatan Popular