PENGARUH WORLD CUP : LA SELAMA NI SOLAT NGADAP KE AFRIKA ... INGATKAN MEKAH...

Nie kes pengaruh World Cup 2010 barangkali ...

Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa membetulkan arah kiblat solat bagi umat Islam di Indonesia dari arah barat menjadi arah barat laut mulai Rabu (14 Julai).


Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Anwar Ibrahim berkata majlis itu tidak memberikan perincian mengenai ukuran darjah perubahannya kerana ia akan bergantung kepada kedudukan wilayah masing-masing di Indonesia.

Dengan pengeluaran fatwa baru ini, MUI meralat fatwanya sendiri yang dikeluarkan 22 Mac tahun ini yang antara lain menetapkan kiblat solat bagi Indonesia ialah arah barat kerana negara ini berada di sebelah timur Mekah.

Kiblat bagi umat Islam yang bersolat di Masjidil Haram Mekah ialah mengadap ke bangunan Kaabah (ainul kaabah) sementara kiblat bagi orang bersolat yang tidak dapat melihat Kaabah ialah ke arah Kaabah (jihat al-Kaabah).

Beberapa laporan media tempatan menyatakan bahawa setelah perkiraan semula dilakukan oleh ahli Falaq, mereka memutuskan bahawa arah yang selama ini diyakini itu salah kerana ia mengadap ke Afrika, ke arah Somalia, Kenya dan Tanzania.

Namun Ketua MUI itu meminta masyarakat Islam di Indonesia tidak panik dengan perubahan arah kiblat itu.

Ulasan

Catatan Popular