22 Jul 2010

Peguam Bala serah SPRM afidavit petang ini
abu nu'man22 Jul 2010 0 Komentar

Detektif persendirian P. Balasubramaniam akan menyerahkan afidavit, menjawab 52 soalan berkaitan maklumat terbaru kes pembunuhan wanita Mongolia, menerusi dua peguamnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), petang ini.


Difahamkan kedua-dua peguam Balasubramaniam (gambar), Americk Sidhu dan Manjeet Singh Dhillon akan menyerahkan afidavit itu bagi pihak anak guamnya.
“Kami secara peribadi akan menyerahkan jawapan ini kepada SPRM pada pukul 2.30 petang ini,” kata Americk. Difahamkan Manjeet kembali ke ibu negara bersama afidavit itu semalam.
Siasatan SPRM ini berkisar pada elemen rasuah berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia ini.
Minggu lalu Americk memberitahu The Malaysian Insider bahawa afidavit detektif persendirian itu yang mengandungi respons kepada 52 soalan berhubung maklumat terbaru kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu akan diserahkan kepada SPRM minggu ini.
“Jawapan sudah disediakan... (seorang lagi peguam Balasubramaniam) Manjeet akan membawanya ke Kuala Lumpur minggu depan (ini),” kata Americk.
Difahamkan soalan-soalan itu berkaitan dengan elemen rasuah berhubung kes pembunuhan Altantuya dan akan membolehkan SPRM melengkapkan siasatan mereka berhubung aduan dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ekoran pendedahan Balasubramaniam menerusi temu bualnnya di Singapura akhir tahun lalu.

Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai-pegawai kanan SPRM di London pada 5 Julai lalu tetapi rancangan itu dibatalkan oleh suruhanjaya tersebut kira-kira enam hari sebelum itu.

Tindakan mengambil keterangan secara akuan bersumpah atau afidavit itu diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010.

SPRM membatalkan rancangannya untuk bertemu Balasubramaniam di London atas alasan implikasi undang-undang terhadap proses merakamkan percakapan saksi di luar negara.

Ketika ditemui Ahad lalu, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata pihaknya akan menemui saksi-saksi susulan jika wujud keperluan selepas meneliti afidavit Balasubramaniam berhubung maklumat terbaru kes pembunuhan model wanita Mongolia.

“Kalau ada keperluan lagi, kami akan memanggil mereka yang diperlukan... kalau ada keperluan,” kata beliau.

Sehubungan itu beliau enggan mengatakan sama ada siasatan terbaru ini akan selesai sebaik sahaja SPRM menerima afidavit daripada Balasubramaniam.

Mustafar juga mengakui bahawa Balasubramaniam adalah saksi penting yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan ini.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.