NAK BELI SUARA PERKASA KENE JADI AHLI GAK KE.... KENE ADE KAD AHLI

Akhbar dwimingguan Harakah, satu lagi akhbar tabloid komponan Pakatan Rakyat, diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri atas alasan telah melanggar syarat permit penerbitan.

Surat tunjuk sebab ini meminta Harakah memberi 3 penjelasan iaitu:-
1) Mengapa ia gagal membekalkan lapan naskhah setiap edisi sebelum dipasarkan
2) Kenapa dijual di kawasan-kawasan terbuka sedangkan permit hanya membolehkannya dipasarkan di pejabat atau markas PAS.
3) Kenapa dijual kepada ahli-ahli bukan PAS.
Pengurusan akhbar itu menerima surat bertarikh 7 Julai 2010 (semalam) tengah hari ini.

Harakah yang mempunyai edaran dalam lingkungan 100,000 naskhah setiap edisi dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab ini dalam tempoh tujuh hari.

“Saya terkejut kerana perkara-perkara yang digariskan dalam surat tunjuk sebab ini tidak disentuh langsung dalam pertemuan 5 Julai lalu,” kata Taufek lagi apabila pihak KDN mempersoalkan Harakah dijual kepada bukan ahli PAS sedangkan sebelum ini tidak disentuh dalam petemuan lalu.

.... LA LEPAS NIE NAK BELI HARAKAH PUN KENE BAWAK KAD AHLI GAK KE.... DAH TUE KALU SUARA PERKASA CAMNE???.....

Ulasan

Catatan Popular