MALOTT 'TOLOL' KE MUNG HOK 'TOLOL' BRAHIM WEIII???

Presiden Perkasa, brahim Ali menyifatkan kenyataan bekas duta Amerika ke Malaysia John R. Malott bahawa pertubuhan itu sebuah kumpulan militan dalam rencana di akhbar The Wall Street Journal, sebagai satu “tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab.”


Beliau diminta mengulas rencana Malott berjudul “What Anwar’s Trial Means For Malaysia” di muka surat 15 akhbar itu, yang antara lain menyatakan “Satu kumpulan militan baru dikenali sebagai Perkasa, yang mendakwa bahawa hak orang Melayu sedang terancam oleh golongan minoriti China dan India, mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota parti pemerintah yang lain.”

Ibrahim, berang dengan tuduhan itu, menegaskan bahawa Perkasa merupakan pertubuhan sah bagi membela bangsa Melayu dan bukan militan yang menggunakan senjata dalam perjuangannya.

“Kita tidak ada kena mengena dengan militan. Walaupun kita badan yang lantang, banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) lain yang lantang,” katanya yang membaca dakwaan Malott itu.

Ulasan

Catatan Popular