KUMPULAN 'USTAZ' UMNO 'TAK BELAGA ANGIN' DENGAN OTAI UMNO

Nampaknya kumpulan 40 ulama ustaz muda yang menyertai Umno minggu lalu ' tidak berlaga angin' apabila menafikan dakwaan mereka mahu menerapkan pemikiran MAZA dengan menganggotai parti itu.

Jurucakap kumpulan ulama ustaz muda itu, Fadlan Mohd Othman, dakwaan yang dibuat itu adalah tidak benar sama sekali kerana Asri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tindakan kumpulan tersebut menyertai Umno.
“Kami menyertai Umno adalah untuk berdakwah kepada masyarakat dengan berlandaskan al-Quran dan sunnah.... kene dakwah 'mak' umno dan puteri umno pakai tudung dulu bang ustaz...
“Jadi apa sahaja yang berkaitan dengan al-Quran dan sunnah kita akan terima termasuk daripada Asri. Mudah kata sesiapa yang berada di pihak yang betul kami akan sokong,” katanya... PAS perjuangan songsang kot tue yang dok pakat sokong UMNO APCO...

“Sebenarnya Asri tiada kena-mengena langsung dengan kami, mungkin ada persamaan tetapi hakikat kami berbeza,” kata pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia itu... pensyarah pun dah main politik jugak...

Fadlan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa kumpulan ulama tersebut adalah pengikut Asri dan mempunyai agenda tersendiri apabila menyertai parti itu.

Ulasan

Catatan Popular