KATA PERKASA BELA MELAYU... NIE APA CITE?

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali bersetuju dengan cadangan Tun Mahathir agar usaha pembangunan semula Kampung Baru akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu. Tambahnya lagi kerana keadaan semasa hari ini memerlukan Kampung Baru dibangunkan dengan turut melibatkan orang bukan Melayu.


“Beliau bercakap dengan realiti tapi ada pihak cakap dengan ideologi. Beliau bercakap dalam konteks realiti hari ini dan kita perlu menerimanya malah ia juga merupakan strategi untuk pembangunan Kampung Baru berjalan lancar.

“Jadi orang Melayu perlu sedar bahawa penglibatan orang bukan Melayu penting dalam membawa modal pelaburan.

“Saya tidak merasakan bahawa cadangan tersebut salah kerana kita memerlukan pelabur, jika tidak bagaimana pembangunan Kampung Baru akan menjadi realiti kerana kalau kita bina bangunan nanti siapa yang akan beli?” katanya.

Dalam pada lain, Che Det berkata dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.

“Kita boleh membangunkan Kampung Baru sebagai kawasan komuniti Melayu berniaga tetapi saya rasa ia juga perlu melibatkan sekali orang bukan Melayu untuk ambil bahagian dalam pembangunan tersebut sebab ia akan menjadi lebih menarik.

“Ketika menjadi perdana menteri saya cuba untuk membangunkan Kampung Baru tetapi penduduk membantah,” kata Dr Mahathir pada Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM yang disiarkan dari Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Ulasan

Catatan Popular