IKUT RAMALAN BURUNG KAKAK TUA... KAKI JUDI RUGI RM100K

Akibat percaya ramalan burung kakak tua seorang taik judi kerugian RM100k setelah memperjudikan kemenangan ke atas Belanda dalam perlawanan awal pagi semalam. Jaringan lewat Andres Iniesta dalam waktu tambahan membolehkan Sepanyol, sebagaimana telah diramalkan oleh sotong gurita “Paul” kelmarin, menjulang Piala Dunia 2010 di sini awal pagi tadi.

Kemenangan 1-0 ke atas Belanda ini merupakan yang pertama bagi Sepanyol yang muncul juara Eropah dua tahun lalu.

Legenda bola dari Brazil Pele juga telah meramalkan kejayaan Sepanyol ini pada Januari 2009.

Sotong gurita ini telah meramalkan kemenangan dan kekalahan Jerman termasuk di separuh akhir dan tempat ketiga awal pagi semalam. Ia seterusnya meramalkan kejayaan Sepanyol.

Malah Sepanyol juga mencipta sejarah memenangi kejuaraan edisi 2010 ini yang berlangsung julung kali di benua Afrika.

Dengan berada dalam kedudukan selesa di kawasan kotak penalti, meskipun pemain-pemain Belanda menganggapnya ‘offside’, Iniesta menyempurnakan bola dihantar Cesc Fabregas untuk menewaskan penjaga gol Maarten Stekelenburg pada minit ke-109.

Pertemuan kedua-dua pasukan ini dalam misi mencari kejuaraan julung masing-masing tidak menarik di separuh masa pertama meskipun Belanda kelihatan memperoleh banyak peluang.

Analisis akhir menunjukkan Sepanyol 53 peratus permainan berbanding Belanda 43 peratus.

Pun begitu pertemuan akhir ini disifatkan ‘hodoh’ oleh banyak pengulas dan pemerhati dengan Belanda menerima 11 kad kuning manakala Sepanyol pula lima.

Sepanyol menjaringkan golnya sejurus selepas barisan Belanda merosot kepada 10 orang kerana dibuang padang.

Belanda telah dua kali tewas dalam final iaitu pada 1974 dan 1978 manakala Sepanyol bermain kali pertama di final.

Jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque (tengah) menjulang trofi Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Belanda 1-0 awal pagi tadi di Johannesburg

Ulasan

Catatan Popular