BUAT KAKI KERETA : KLIMS 3 -12 DIS 2010

Harga tiket diumumkan bagi Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS)  yang akan berlangsung pada 3 - 12 Disember 2010.  Bagi pengunjung dewasa, tiket KLIMS berharga RM15 hari biasa dan RM20 untuk hujung minggu, manakala bagi kanak-kanak tiket adalah sama iatu RM5.


Sementarar tiket untuk keluaraga adalah RM30 hari biasa dan RM40 untuk hujung minggu. Ini untuk 2 dewasa (suami isteri) and dan maximum 5 anak berusia bawah 12 tahun. Para pembuat kereta yang dijangkakan akan menyertai pameran ini adalah daripada pihak Chery, Daihatsu, Nissan, Honda, Hyundai, Isuzu, Mitsubishi, UD Trucks, Peugeot, Kia, Perodua, Proton, Toyota and Weststar Maxus. Proton dijangkakan akan membuat suatu kejutan pada pameran ini.
KLIMS yang akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) dengan tema “We Care” adalah suatu simbol terhadap pada pembuat yang menekankan kepada keperihatinan terhadap pengguna, persekitaran dan masyarakat .

“Kami telah menetapkan bahawa harga tiket bagi Kuala Lumpur International Motor Show ’10 (KLIMS’10) adalah sama seperti edisi sebelum ini iaitu pada tahun 2003 and 2006,” kata Y.Bhg. Datuk Aishah Ahmad, Presiden MAA and Pengerusi KLIMS ’10.

Ulasan

Catatan Popular